in ,

Abang Tesla Kongsi Gambar Bertiga, Bawa Dua Isteri Bercuti & Umrah

Tindakan usahawan dan pempengaruh media sosial, Abang Tesla memuat naik video isteri menangis sebelum dimadukan mengundang kecaman ramai.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila Abang Tesla mengeluarkan kenyataan bahawa isteri pertama untuk dihargai dan isteri kedua untuk dicintai. Kecoh satu Malaysia sampai kena interview!

Terbaru, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam membuktikan dia hidup bahagia dengan dua isteri kesayangannya.

Jika sebelum ini dia dirakam menyuap isteri-isteri makan, kali ini Khal bawa mereka bercuti dan mengerjakan umrah pula. Alhamdulilah!

Menerusi satu perkongsian di Facebook, usahawan ini dilihat berada di lapangan terbang sambil diapit kedua-dua bidadarinya.

Tulis Abang Tesla, itu adalah percutian pertama mereka bertiga dan destinasi yang dituju adalah Turki sebelum mengerjakan umrah.

Di ruangan komen, orang ramai meninggalkan kata pujian dan bersyukur perkahwinan mereka baik-baik sahaja meskipun ramai yang mengkritik.

“Mereka bahagia tapi orang lain pula yang sakit hati. Isteri dia gembira tapi perempuan lain pula yang suruh dia berpisah,”

– Netizen

Apa-apa pun didoakan rumah tangga Abang Tesla kekal bahagia, poligami itu indah apabila kena caranya kan?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DOLLA

Dolla Viral Menari di Bukit Bintang Sempena Video Muzik Single DAMELO

Tahniah! Kiki Dijulang Sebagai Juara Bintang Kecil RTM 2023