Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Zul Huzaimy, Eman Manan Dalam Drama Rambong



KONSPIRASI PEMBUNUHAN DALAM RAMBONG DI TV1

Kelainan cuba ditonjolkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi drama yang bakal menemui penonton setia salurannya pada 20 Mac 2010 (Sabtu), jam 3.05 petang menerusi TV1 bertajuk Rambong yang mengetengahkan lakonan aktor-aktor hebat negara termasuklah Zul Huzaimy, Eman Manan, Zulkefli Zain, Soffi Jikan, Noremynadia, Farah Idris dan Jobot Maheran.

Memaparkan kisah konspirasi pembunuhan dalam plot cerita yang berbeza, Rambong cuba lari daripada jalan cerita drama lain yang selalu dikaitkan dengan bidang perniagaan sebaliknya berlatarkan kisah yang disampaikan menerusi perumpamaan hidup ini umpama tarian. Malah drama ini berpegang manusia melenggangkan gerak dengan tertib agama dan budaya agar lenggoknya tidak sumbang dipandang masyarakat.

Mengambil latar kampung yang hanya menggunakan sampan sebagai perhubungan dari tanah besar ke kampung itu, Che Yem seorang pemuda yang segak dan berjiwa halus tinggal bersama adiknya Memei di kampong Tasek, utara semenanjung.

Kisah bermula ketika pesta songkran atau pesta air di kampong itu di mana pada petangnya diadakan persembahan tarian rambong. Sedang asyik pemuda pemudi bergembira menari sambil mencurah-curah air dan menyapu bedak di muka, ketika itulah persembahan menjadi gempar dengan salah seorang gadis kampong iaitu Memei ditemui mati terapung dihanyut arus sungai.

Mayat Memei dibawa kepada penduduk kampung di tengah-tengah pesta songkran. Semua yang ada ketika pesta itu berasa sedih dan takut dengan apa yang berlaku. Che Yem bagaikan orang yang sudah dirasuk ketika melihat mayat adiknya di depan mata, hanya Memei sahaja keluarga yang tinggal setelah kematian ibu bapanya.

Lalu sebagai seorang yang disegani di kampung itu, Alang Din mengambil tanggungjawab menguruskan mayat itu dan berjanji akan mencari siapakah pembunuh Memei.

Che Yem menjadi pendiam dari seorang yang suka bergelak ketawa. Indah yang merasai perubahan diri Che Yem cuba menceriakan Che Yem dengan selalu berdamping dengan Che Yem. Alang Din pada mulanya tidak menyokong tindakan membalas dendam Che Yem. Setiap gerak geri Che Yem diperhatikan oleh Alang Din. Begitu dengan Che Yem yang sentiasa mengekori setiap pergerakan Alang Din kerana Che Yem percaya bahawa Alang Din yang membunuh Memei.

Che Yem memperkemaskan diri untuk menuntuk bela pada kemuncak pesta songkran iaitu hari yang ke 14. Begitu juga dengan Indah yang sentiasa berwaspada dengan memakai cucuk sanggul beracun di kepala pemberian ibunya, Che Rina.

Ketika pesta sedang rancak, Indah sudah diracuni dengan ubat pelali oleh Alang Din dan diculik pulang ke rumah Alang Din. Che Yem sedar akan kehilangan Alang Din dan Indah ditapak pesta lalu segera pergi ke rumah Alang Din.

Che Yem memecah masuk pintu rumah Alang Din. Alang Din ketika itu cuba melakukan perkara yang terkutuk terhadap Indah. Alang Din terperanjat dengan kehadiran Che Yem lalu menyerang Che Yem. Mereka bertempur didalam rumah. Che Yem hampir tewas dengan pukulan Alang Din Ketika bertempur, segala rahsia yang selama ini dirahsiakan oleh Alang Din terbongkar. Che Yem tidak terdaya lagi untuk melawan pukulan Alang Din.

Lalu bagaimanakah kesudahan drama ini? Dapatkah Che Yem membuktikan kebenaran yang cuba diperjuangkannya demi menuntut bela terhadap kematian adiknya? Saksikan Rambong pada 20 Mac 2010 (Sabtu), jam 3.05 petang menerusi TV1.

Tags: ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Eman Manan dan Pelakon Filem Wayang
  • Akukah Tanggang & Mahsuri Bakal Ditayangkan di TV3
  • Telemovie Parit Jawa Menyayat Perasaan Penonton
  • Drama Taubah Lakonan Eman Manan Jehan Miskin
  • Filem Haru Biru: Sinopsis
  • ADIBAH NOOR, OGY, ZUL HUZAIMY DI SESI RAKAMAN “KECOH PETANG RAYA”
  • Eman Manan Dapat Jodoh Gadis Muda Dalam Telemovie Manual Cinta
  • Eddie Pak Jelas Isu Hilangkan Diri dan Pembayaran Filem Dimensi Cinta
  • Filem Wayang Khas Hari Seniman 2011
  • Gambar Scha Pelakon Filem Dimensi Cinta



    • http://www.yahoo.com dyesebel81

      suka tengok Zul Huzaimy berlakon…pandai dia jiwai watak. time berlakon citer ala2 rempit, suka tengok keSLENGEan beliau. go, go Zul Huzaimy!

    • Hola

      saya terlepas untuk menonton cerita ini. Dari mana nk menonton ye?



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK