in

Zizan Razak Mendominasi Senarai Pencalonan ABPBH2012

Tahniah buat Zizan Razak yang mendominasi pencalonan Anugerah Bintang Popular 2012 dengan lapan pencalonan termasuk lima dari Kategori Online. Seperti yang diramal, Zizan dikatakan akan mengulangi kejayaan dan akan menang dalam kategori Pengacara TV Lelaki Popular. Zizan akan bersaing bersama Bintang Paling Popular ABPBH 2011, Aaron Aziz dalam kategori Pelakon Filem Lelaki Popular bersama-sama Adi Putra, Shaheizy Sam dan juga Bront Palarae.

Nama yang disebut selepas Zizan ialah Neelofa yang berjaya menempatkan dirinya dalam tiga pencalonan. kategori Pengacara TV Wanita Popular. Mampukah bintang ‘Azura 2012′ ini menamatkan penguasaan rakan seperjuangan beliau dalam rancangan Nona iaitu Fara Fauzana yang sudah lama menguasai anugerah ini? Neelofa turut tercalon dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.

Dalam masa yang sama ABPBH 2012 juga menyaksikan kemunculan beberapa nama baru dalam kategori yang agak sengit. Umpamanya, Jihan Raja Lawak tersenarai bersama-sama artis senior yang lain seperti Didie Alias dan Sharifah Shahira untuk kategori Artis Komedi Wanita Popular.Tidak kurang juga pencalonan semula artis yang sudah lama tidak tercalon dalam peringkat akhir seperti Fahrin Ahmad bagi kategori Pelakon TV Lelaki Popular dan Dato’ AC Mizal untuk Pengacara TV Lelaki Popular.

Kategori penyanyi lelaki dan wanita popular tidak menyaksikan banyak perubahan. Pemenang Anugerah Juara Lagu ke 27 baru-baru ini, Yuna sekali lagi akan bersaing bersama-sama Shila Amzah, Stacy, Jaclyn Victor dan Najwa Latif. Sebut tentang AJL 27, empat finalis AJL 27 iaitu Black & Malique, MOJO, One Nation Emcees dan duo Hafiz & Adira memonopoli pencalonan kategori Artis Duo dan Berkumpulan Popular di samping gandingan Najwa Latif & Sleeq menerusi lagu “Untuk Dia”.

Kehangatan drama bersiri “Vanilla Coklat” nampaknya masih berterusan apabila kedua-dua pelakon utamanya tersenarai kali ini. Aiman Hakim Ridza tercalon untuk kategori Artis Baru Lelaki Popular manakala Izzara Aishah untuk Pelakon TV Lelaki Popular. Pasangan ini sekali lagi dicalonkan bersama untuk kategori online iaitu Gandingan Serasi di Layar.

Kontroversi yang diraih Emma Maembong nampaknya memberikan rezeki buatnya. Pelakon berbakat ini tercalon dalam kategori Artis Baru Wanita Popular di samping bintang YouTube, Ainan Tasneem.

Artis Baru Lelaki Popular

1. Aiman Hakim Ridza
2. Izzue Islam
3. Jimmy Palikat
4. Shah Iskandar
5. Taiyudin Bakar

Artis Baru Wanita Popular

1. Ainan Tasneem
2. Emma Maembong
3. Hanez Suraya
4. Nad Zainal
5. Wawa Zainal

Artis Duo/Berkumpulan Popular

1. Black & Malique
2. Hafiz & Adira
3. Jimmy Palikat & One Nation Emcees
4. Mojo
5. Sleeq & Najwa Latif

Penyanyi Lelaki Popular

1. Aizat
2. Black
3. Faizal Tahir
4. Hafiz
5. Hazama

Penyanyi Wanita Popular

1. Jaclyn Victor
2. Najwa Latif
3. Shila Amzah
4. Stacy
5. Yuna

Pelakon TV Lelaki Popular

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Beto Kusyairy
4. Fahrin Ahmad
5. Johan As’ari

Pelakon TV Wanita Popular

1. Fasha Sandha
2. Izara Aishah
3. Nabila Huda
4. Neelofa
5. Siti Saleha

Pelakon Filem Lelaki Popular

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Palarae
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak

Pelakon Filem Wanita Popular

1. Lisa Surihani
2. Maya Karin
3. Neelofa
4. Nora Danish
5. Yana Samsudin

Artis Komedi Lelaki Popular

1. Angah
2. Jepp
3. Johan
4. Nabil
5. Zizan Razak

Artis Komedi Wanita Popular

1. Aliza Abdullah @ Enot
2. Didie Alias
3. Jihan Raja Lawak
4. Noorkhiriah
5. Sharifah Shahira

Pengacara TV Lelaki Popular

1. AC Mizal
2. Awal Ashaari
3. Aznil Nawawi
4. Faizal Ismail
5. Zizan Razak

Pengacara TV Wanita Popular

1. Adibah Noor
2. Didie Alias
3. Fara Fauzana
4. Neelofa
5. Sharifah Shahira

Penyampai Radio Lelaki Popular

1. Ag
2. Faizal Ismail
3. Halim Othman
4. Johan
5. Nabil

Penyampai Radio Wanita Popular

1. Abby Fana
2. Dj Lin
3. Fara Fauzana
4. Linda Onn
5. Raja Azura

====

5 Finalis Kategori Online ABPBH 2012

Kategori Online: 1. Watak jahat dalam filem atau drama popular

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Palarae
4. Sofi Jikan
5. Zizan Razak

Kategori Online: 2. Gandingan di layar serasi

1. Aaron Aziz & Nadiya Nissa
2. Adi Putra & Nora Danish
3. Aiman Hakim Ridza & Izara Aishah
4. Johan & Zizan Razak
5. Shaheizy Sam & Yana Samsudin

Kategori Online: 3. Watak animasi tempatan popular ABPBH

1. Anak-anak Sidek
2. Boboiboy
3. Kacang
4. Upin & Ipin
5. Usop Sontorian

Kategori Online: 4. Artis berpengaruh di laman media sosial

1. Aaron Aziz
2. Shila Amzah
3. Stacy
4. Yana Samsudin
5. Zizan Razak

Kategori Online: 5. Artis lelaki stailo

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Awal Ashaari
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak

Kategori Online: 6. Artis wanita stailo

1. Lisa Surihani
2. Melissa Francis
3. Nora Danish
4. Stacy
5. Yana Samsurdin

Kategori Online: 7. Artis Asia Paling Popular

1. Aaron Aziz
2. BIGBANG
3. Shila Amzah
4. Super Junior
5. Zizan Razak

Tahniah kepada semua yang tercalon. Selamat maju jaya!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rahsia Tun Dr Mahathir Mohamad Kekal Muda

Paparan Istimewa Majalah 3 Ops