Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Wajah-Wajah Dato’ Siti Nurhaliza di Anugerah Skrin 2009



Sebagaimana yang kita sedia maklum, Dato’ Siti Nurhaliza tidak melintasi red carpet pada Anugerah Skrin 2009 lalu. Maklumlah ini hanya anugerah untuk drama dan filem sahaja, bukan anugerah untuk muzik. Kita tunggu sahaja kemunculan penyanyi ini di Anugerah Juara Lagu atau pun di Anugerah Bintang Popular nanti. Lagipun, penat penyanyi yang baru pulang dari Jakarta masih belum hilang.

Jadi, Dato’ Siti Nurhaliza hadir sekadar memenuhi undangan untuk mempersembahkan tiga buah lagu dalam bentuk medley iaitu lagu Balqis, Nirmala dan Ku Percaya Ada Cinta. Anda berpuas hati dengan persembahan Siti kali ini? 

Seperti biasa penyanyi terulung yang popular ini tampil cantik dengan busana ala Arabian rekaan Rizman Ruzaini, namun Budiey sangat kecewa kerana persembahannya bagaikan tiada elemen luar biasa. Rata-rata peminat Siti Nurhaliza juga kecewa dengan persembahan penutup Anugerah Skrin kali ini yang terlalu sekejap.

Budiey ada juga mendengar keluhan dari para peminat Siti Nurhaliza yang mengatakan, memang dah jadi perkara biasa apabila nama Siti Nurhaliza dan juga peminat dijadikan umpan atau pelaris untuk mendapat jumlah penonton yang ramai dan Siti Nurhaliza antara tumpuan untuk acara anugerah dan event-event lain.

Menjadi artis terkenal seperti Siti Nurhaliza sememangnya tidak boleh lari daripada undangan seperti ini, namun, apa yang penting pihak Siti dan juga penganjur harus memikirkan tentang konsep showmanship yang lebih luar biasa kerana siang-siang lagi, peminat sudah menetapkan penanda aras dengan showmanship Siti Nurhaliza yang dilakukannya sebelum ini.

Contoh terdekat, apabila Dato’ Siti Nurhaliza dijemput untuk mempersembahkan nyanyian di Konsert Jomheboh di Bukit Jalil Ahad lalu, ternyata ramai peminat terhibur dan berpuas hati dengan persembahan di konsert itu berbanding dengan persembahan Siti di Anugerah Skrin.

Walau sekejap mana pun persembahan Siti di Anugerah Skrin, lensa Budiey tidak letih untuk menangkap gambarnya… hehehe

Tags:

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Siti Nurhaliza @ Anugerah Industri Muzik 1998
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Red Carpet APM 2009
  • Dato’ Siti Nurhaliza di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu 25
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Tahun 1997
  • Rakaman Eksklusif Dato’ Siti Nurhaliza Bersama Peminat
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Anugerah Skrin 2008
  • Siti Nurhaliza Bersama Idola Kecil 3
  • Gambar Siti Nurhaliza di Anugerah PPMH 2011/12
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Majlis Tahlil Arwah Bapanya
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Petang ABP2008



    • but

      yes ada jugak pic ct, thanks budiey… mmg setuju persembahan sekejap sgt n takde climax, ku sampaikan 1 lagu je mgkin lbg bagus… tgk ASK dr mula sampai last semata-mata nak tgk siti…

    • bunga tanjung

      siti pregnant ke? ……nampak perut dia buncit. ape2 hal pun siti tetap best.

    • http://www.facebook.com/lazzu.ardy lazzu ardy

      memang pun tarikan
      mula2 baca kat utusan yang cakap siti bt persembahan pembukaan
      jd kat otak dh pikir, tengok siti je lah
      tp tgk2 bukan siti
      tgulah sampai siti kuar
      hahaha….
      tp yg bagus, siti nampak kurus (^_^)
      dan yang tak bagus, mcm semua cakap, persembahan terlampau pendek
      tp dpt tgk siti, oklah

    • D@N

      bapak besar peha dia…biaq betui??

    • ct_amyiesa

      biar la peha bsr… asl x menyusahkan org…. wakakakakaka =))
      apepown…. suke sngt kt ct….. semoge ct sukses smpai bler2….. cyg ct…

    • shida5959

      cantk sgt….love u siti…

    • bizcoat

      siti dah mcm princess jasmine from aladdin!! phewwittt prettty siti.

    • aimaya

      fesyen yg cukup berbeza dr yang lain…………..ada scallop lagi.

    • Che Wan Azlan

      Tahniah kpd Dato’ Siti Nurhaliza. Doto’ Siti memang No.1, semoga bergembira dan berbahagia bersama keluarga tersayang. Semoga Dato’ Siti tabah menghadapi hari-hari akan datang. Apa-apa pun yang berlaku, saya tetap akan menyokong Dato’ Siti. Perkara yang baik semuanya datang dari-Nya dan perkara yang tidak baik semuanya datang dari diri manusia itu sendiri. Sekian Terima Kasih..

    • putera nur qaseh

      Alhamdulillah. bagi saya, walaupun sekejap persembahan siti pada mlm itu. Namun ia cukup mengubati rindu di hati. Dato’ Siti Nurhaliza tetap the best. Thanks untuk budiey kerana sudi post gambar2 yang cukup hebat ini. -Peace No War-

    • dijah

      setuju ngan bunga tanjung. nmpk sgt buncitnye

    • butter-fly

      wah! cantik gile baju sini mase ni.. suke nye!!! tahniah kpd pereka nye..
      btol la, skjp sgt perfromace siti…
      gimme more siti nurhaliza next time!!!

    • Hamba Allah

      Baju malatop…sesuai sgt dgn Dato’ CT.
      Vokal mantap wpun sekejap sgt persembahannya…tak puas rasanya!
      Apa2pun Dato’ CT still diva no 1.

    • Ah Loy

      thumbs up!!!!

    • TEPUNG TUKIR BANGGOL

      TAHNIAH SITI.NAMA TETAP MENJADI PUJAAN RAMAI.SUARA MU IBARAT BULUH PERINDU .BURUNG CENDERAWASIH MENJADI IDOLA……..

    • kiah

      pakaian memang lah cantik sesuai dgn title penyanyi popular malaysia!! tapi persembahan ct, nampak hambar…. lagipun ct masih keletihan dari business & show tripa beliau……

    • http://- as

      luv u ct



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK