in

Tomok Lancar Album Solo Pertama

Mencipta sejarah menjadi vokalis New Boyz, kemudian berjaya dinobatkan sebagai juara One In A Million dan kini Tomok atau nama sebenar Shah Indrawan Bin Ismail telah berjaya merakamkan album solo pertamanya.

Semalam, jam 3.45 petang, pasti menjadi detik manis yang pasti diingati oleh Tomok kerana telah melancarkan album yang berjudul TOMOK. Satu transformasi kepada genre muzik yang selama ini diidamkan oleh Tomok. Ya, inilah Tomok yang baru.

Me & Album Baru @tomok_nb_oiam

Budiey ingin mengucapkan tahniah kepada Tomok atas kejayaan ini. Semoga album solo TOMOK ini dapat mengembangkan lagi populariti Tomok dan terus berada dalam industri untuk jangka masa yang panjang.

Ia menjadi lebih bermakna kerana majlis pelancaran yang dianjurkan oleh Monkey Bone & 8Unit ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Monkey Bone, Ahmad Izham Omar, pencipta lagu, penulis lirik, keluarga, peminat setia Tomok yang menggelarkan diri mereka Tomokianz serta media dan penulis blog.

Memetik ucapan dari Ketua Pegawai Eksekutif Monkey Bone, Ahmad Izham Omar yang juga menjadi Penerbit Ekskutif album TOMOK:

“Kematangan Tomok ketika ini menjadikan beliau layak untuk menghasilkan album solonya sendiri. Kredibiliti yang ada pada Tomok sebagai penyanyi sememangnya tak dapat dinafikan lagi dapat memberikan impak kepada industri.”

Ahmad Izham memang rasa teruja dengan album ini dan yakin album ini dapat menyuntik sesuatu yang berbeza dengan artis lain.

Tomok

Bagi Tomok sendiri, album ini adalah satu simbolik bagi menghargai sokongan peminat dan juga insan-insan yang banyak membantu dari awal penglibatan beliau sebagai New Boyz sehinggalah kini bergelar penyanyi solo.

Tomok juga turut bercerita secara ringkas bagaimana beliau terlintas untuk menyertai program realiti di 8TV, One In A Million yang banyak memberi kesan dan mengubah kehidupannya.

Turut diberi peluang untuk berucap sepatah dua kata, Tomok tak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada semua insan-insan yang banyak membantu menaikkan nama beliau dari awal sehingga kini.

Tomok berharap album ini dapat mendekatkan dirinya kepada peminat yang tak putus-putus sentiasa menyokongnya. Seterusnya dapat memberi impak kepada industri muzik tanahair.

Rindu Terhenti merupakan single pertama Tomok bagi album ini. Kini, Berlari menjadi single kedua dan menjadikan ia lebih manis, lagu ini membuahkan hasil kerana lagu RIndu Terhenti dan Berlari berjaya dipilih ke peringkat akhir di Anugerah Juara Lagu Ke-24 dan 25.

Album ini ada 12 buah lagu yang best-best. Antara lagunya ialah Berlari, Bagaikan Bidadari, Kisah Kita, Merentas Masa, Hujan Pagi, Semarak, Arjuna, Hati Hanyalah Cawan, Pukau, Cintaku di Indonesia, Demi Kamu dan Rindu Terhenti.

Budiey suka dengar lagu Berlari, Cintaku di Indomesia dan Bagaikan Bidadari.

Album TOMOK ini menampilkan gabungan Tomok bersama produser baru dan lama seperti Afiez New Boyz, Edry KRU, Aidit Alfian, Audi Mok dan Aubrey Suwito. Gabungan mereka ini sememangnya memberikan sesuatu kelainan dalam industri hiburan tanahair masa kini.

Kepada semua peminat Tomok, jangan lupa untuk mendapatkan album pertama Tomok ini yang telah pun berada di pasaran pada 14 Oktober yang lalu. Peminat pun dah ada yang hafal lagu-lagu Tomok.

Nantikan juga kemunculan Tomok melalui roadshownya yang akan diadakan nanti.

Tomok

Tomok

Tomok

Tomok

Tomokianz

CD Album Tomok

Budiey: Undian peringkat awal Anugerah Bintang Popular dah pun bermula! Kepada pembaca yang nak mengundi, boleh mendapatkan naskah Berita Harian utk mengundi bintang pilihan anda ! Layari website baru ABP: www.abpbh.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PRIVATE PRACTICE MUSIM KE-3

Band Hujan Lancar Album Lonely Soldier Boy