Tiada Maafkah buat Rosnah Mat Aris?
Foto kredit: Mstar Online
Tiba-tiba nama Rosnah Mat Aris hangat, meletop dan heboh diperkatakan. Isu sensasi yang menyentuh sensitiviti umat Islam masih panas diceritakan sana sini. Ironinya, siaran Sensasi yang tidak sampai setengah tahun bersiaran kini hanya tinggal kenangan. Dah takdir nak buat macamana…
Tidak perlu mencari atau menuding, siapa yang bersalah dalam isu Sensasi ini. Haruskah TV3 menyalahkan Rosnah Mat Aris yang sememangnya terkenal dengan mulutnya yang laser itu seratus peratus?
Rasanya ketika ucapan laser Kak Rosnah ada ketawa-ketawa kecil yang datang daripada pengacara rancangan Sensasi… Tapi tak apa, sekarang pengacara Awal Ashaari dan Intan sudah hilang kerja. Sabar je la ek.
Tanggal 30 Januari pastinya menjadi detik hitam bagi pelakon drama yang berusia 52 tahun itu. Soalan dari Sensasi yang mempersoalkan mengapa Kak Ros gemar berkawan dengan lelaki lebih muda telah mengundang kontroversi.
Ini kerana jawapan Rosnah Mat Aris dikatakan menghina status usia isteri Rasulullah. Padahnya, bukan sahaja program Sensasi telah dihentikan siaran, imej baik dan reputasinya tercalar malah Rosnah Mat Aris telah pun digam oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) selama setahun. Ini bermakna wajah Rosnah Mat Aris tidak akan keluat di TV1 dan TV2 selama setahun.
Hukuman ini diputuskan dan diumumkan sendiri oleh Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin dan berpendapat apa yang Rosnah Mat Aris ucapkan itu adalah sesuatu yang terkeluar daripada norma masyarakat terutamanya umat Islam. Memang kata-kata itu tidak patut keluar daripada mulut umat Islam.
Tidak ada maafkah buat Rosnah Mat Aris? Dia sudah pun meminta maaf dan menarik balik kata-kata lasernya itu. Mengapa tidak beri peluang kedua kepada Rosnah Mat Aris? Kesian dia, kan?
Terlanjur perahu boleh diundur, namun terlajak kata buruk padahnya. Mampukah imej yang tercalar ini dipulihkan oleh Kak Rosnah. Saya sebagai pemerhati dunia hiburan amat simpati dengan apa yang telah diputuskan oleh Mesyuarat Khas Jabatan Penyiaran RTM. Semoga Rosnah Mat Aris tabah menghadapi dugaan ini. Tidak mengapalah, Kak Ros, rezeki ada di mana-mana. Semoga Kak Ros tidak digam oleh TV3 dan astro cukup lah…
Lain kali, mana-mana stesen TV nak buat rancangan macam Sensasi, kenalah buat secara rakaman sebab senang nak ditapis.
Harapan saya lepas ni, TV3 boleh merangka kembali program TV yang lebih sensasi dan terhangat. Namun, biarlah kali ini dirancang dengan lebih teliti dan kalau nak sensasi pun, biarlah sensasi yang lebih sopan santun dan lebih tertib. Kena juga ada faedah dan teladan yang boleh menerap dan mendidik masyarakat. Bukan hanya mengejar rating atau hits penonton.
Bercakap pasal hits ni teringat saya pasal ada sesetengah blogger yang berbalah sesama sendiri semata-mata kerana blog. Mengejar takhta dengan hits paling banyak pelawatnya adalah satu persaingan sihat. Tidak elok kita berbalah kerana dunia hiburan Malaysia memang kecil sangat. Saya harap mereka yang berbalah itu dapat berdamai untuk kebaikan semua.
Akhir kata, semoga isu Kak Ros kena gam ini menjadi pengajaran buat artis dan selebriti yang lain. Sebelum anda mengeluarkan apa-apa kenyataan, berfikirlah dahulu. Jangan pakai redahnya. Nak minum air teh pun kena tapis jugak, nanti terminum sekali dengan hampas-hampasnya sekali. Ops!
Mesti Baca: Sensasi, Mana Dia Sensasi?

Prop ‘Sensasi’ yang kini hanya tinggal kenangan. Foto ini saya ambil ketika menonton Gangstarz di Studio Finas malam tadi. Foto-foto dan ulasan ringkas di Gangstarz akan diletakkan kemudian.
Tags: Blog, Rosnah Mat Aris, TV1, TV2, TV3Baca artikel lain yang berkaitan:









March 5th, 2007 at 3:48 am
“Nak minum air teh pun kena tapis jugak, nanti terminum sekali dengan hampas-hampasnya sekali. Ops!”
Nakal jugak ko ni, ek!
March 5th, 2007 at 7:20 am
Hey Mr Manager, nice meeting you last nite. Nakal ke? Hahaha tau tak pe. yang penting ‘orang tu’ kena kaw-kaw hari ni ek… kesian dia.
March 5th, 2007 at 1:19 pm
Pada saya live telecast programmes bukan lah isunya tetapi artis yang terlibat didalam programme itu. Dalam program rakaman pun, kalau anda tidak ‘cermat dan cerdik’ , anda mengatakan sesuatu dan bertindak dengan ‘bodoh’.
Who you are is reflected by apa yang anda sebut, cara anda menyebut dan perlakuan anda secara umumnya. Saya percaya, kita semua sudah maklum dengan ROSNAH!
Dalam pada itu, saya turut hairan dengan beliau yang HAIRAN dengan tindakan RTM dan kritikan orang terhadap beliau. To her, her action of saying sorry was enough and dia tidak faham kenapa RTM masih mahu menggamkan beliau. Kalau kita ingin mengikut logik beliau, any person bolih mencaci dan bolih terlepas dengan hanya memohon maaf.
Memohon maaf adalah perlakuan terbaik secara peribadi yang WAJAR di lakukan olih anda yang telah menodai kesucian tetapi anda perlu juga di hukum kerana noda itu
March 5th, 2007 at 2:41 pm
Tak kisahlah kot, tapi rasanya rosnah mat aris agak keterlaluan dengan membandingkan dirinya dengan seseorang yang terlalu besar. Simon crowell pun marah apa bila seorang peserta American Idol cuba nyanyi lagu aerosmith. Too big for you. Hahahaha!
Dilihat dari pelbagai faktor, mungkin ramai yang dah meluat dengan rosnah mat aris. dari segi berpakaian dan sebagainya. Saya sebagai diri saya tak kisah tapi melihat kepada crowd di malaysia, artis dengan contoh yang terbaik adalah yang paling disukaim sebagai contoh Siti Nurhaliza (suatu masa dahululah)
Berasaskan kepada faktor2 inilah, satu kesilapan besar sudah cukup utk total ban, berdasarkan faktor2 lain tadi. Parents di Malaysia, masih lagi mahu sesuatu yang baik untuk anak mereka. Di umur 50an, rasanya, agak kurang manis macam tu kan?
Itu hanyalah pendapat saya bang budiey. Harap tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak. Kalau ada saya pohon maaf kerana ia berlaku tanpa niat saya.
March 6th, 2007 at 8:40 am
kesian lak kak nah blonde ni…hiks
March 6th, 2007 at 11:31 am
bagus gak kak nah blonde ni kena gam.. over sangat… bangga sangat dengat mulut lepas dia tu… kan dah kena… rumah dah kata pergi, kubur dah kata mari pun masih tak sedar diri lagi.. bangga bergaya cam orang muda…kadang kadang tengok pun geli
March 7th, 2007 at 6:40 pm
Anyway, kak nah lain kali cakap tu biarlah berlapik. Itu pentingnya ‘ilmu’ itu walaupun sedikit perlu ada pada setiap artis, tak kira pelakon atau penyanyi. At least tau yang mana tak sepatutnya cakap bla bla terutama bab2 agama, politik dan personal.
For me, sensasi sepatutnya memanggil orang yang ber’ilmu’ sikit untuk jadi tetamu jemputan. Rambut blonde ke rambut putih ke tu hak masing2 lantak pi la…
November 18th, 2008 at 1:30 pm
52?da tua bangka pmpuan ni ek,ni la dunia artis penuh dgn hipokrit.
muda2 xpela nak brgaya camtu org ckp ada style la tp ble da kerepot badan pun da cam tong drum,bkn nak mengata tp ble da pkai cmtu bdk baru lahir pun terlopong mulut,nyampoh rsa.. nape la xde gris pnduan etika brpkaian utk artis2 kte,tgk time anugerah2 msti ada yg seksa2,nmpak lurah ats bwh pak hji tgk pun mata berdarah,kpd menteri penerangan jgn berat sebelah,jgn tutup mata,kenakn la hkuman yg sma pd artis2 yg brpkaian sparuh bogel nih,mereka mnjd role model pd gnerasi akn dtg,jgn slhkn rmja zman skg lau xmalu mengenakn pkain yg cam xckup kain.to artis2 yg da tua,bwa2 la brtaubat,sdar2 la dri,slagi msih idup di muka bumi ini…