in

Telemovie Hujan Tak Berhenti

Khas Hari Malaysia di RTM : Telemovie Hujan Tak Berhenti Pada 16 September Ini

Sambutan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September mulai tahun lalu berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya kerana buat pertama kalinya kerajaan mengiktirafnya sebagai sambutan peringkat Kebangsaan (cuti umum kebangsaan). Dengan pengiktirafan ini, bermakna pada tahun-tahun akan datang semangat nasionalisme dan sentimen positif rakyat bukan hanya dilahirkan pada 31 Ogos tetapi juga bagi tarikh 16 September setiap tahun.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) nyata tidak ketinggalan turut sama mengajak masyarakat seluruh negara menghayati pengertian sebenar sambutan Hari Malaysia dengan menghayati sebuah telemovie menarik, Hujan Tak Berhenti pada 16 September ini, jam 3.05 petang di TV1 yang berkongsi kisah nilai persahabatan yang diterapkan dalam diri setiap insan dalam plot drama terbitan Unit Drama TV RTM ini.

Hujan Tak Berhenti mengambil latar lokasi Kundasang dan Ranau di Sabah ini berkongsi lakonan mantap Syed Ali, Hafiz Nafiah, Naufarah Yasin, Emma AF8, Jalius Jaidin dan Lana Nodin tentang wataka utama bernama Aman berasa sangat terganggu apabila melihat tapak sebuah jambatan usang terbengkalai di kampung sahabatnya Marsha. Apatah lagi, dia menjadi mangsa memikul rakannya Elly yang tercedera berbatu-batu akibat ketiadaan jalan alternatif untuk ke kampung Marsha. Aman nekad untuk cuba memperbaiki jambatan usang di kampung Marsha. Aman disanjung kerana menunjukkan karisma seorang lelaki membuatkan Rosli tidak senang duduk membaca peluangnya untuk memikat Elly tertutup oleh karisma Aman.

Di masa yang sama, adik Marsha, Bella, mencari seorang guru tari yang mampu membetulkan langkah sumbang mereka dalam tarian Zapin. Bella optimis, kelainan tarian yang dibawakannya bersempena dengan sambutan Hari Malaysia yang pertama mampu memikat juri-juri di hri persembahannya, malangnya, Bella dan rakan-rakannya hanya berani berlatih di dalam persembunyian, bimbang tarian yang dicubanya mengguriskan hati Alan, sepupunya yang berpengaruh dalam tarian tradisional kampung dan pada pandangannya sangat ortodoks. Aman hadir cuba menyelesaikan masalah Bella walaupun dia tidak arif tentang tarian Zapin dan terpaksa meminta bantuan Rosli yang lebih kemas dan hebat dalam tarian Zapin.

Segala yang disimpul mula terbelit apabila Rosli menjadi duri dalam daging terhadap usaha Aman. Rosli sangat tidak berpuas hati apabila karisma Aman semakin disanjung. Apatah lagi, gadis yang disukainya mula memendam rasa terhadap Aman. Rosli mula merancang untuk mematahkan setiap usaha murni Aman tetapi dengan cara yang lebih halus dan lebih tajam. Dia mencagarkan persahabatan yang dibina sebagai batu galas untuk melunaskan kesumat jiwanya. Adakah Aman akan tewas dengan permainan Rosli? Ataupun Rosli yang terjerat di dalam permainannya?

telemovie ... Hujan Tak Berhenti

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ais Krim Magnum Lancar Perisa Baru Coklat Belgian

Program Khas RTM Sempena Hari Malaysia