Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Telefon Band di Hard Rock Café, Kuala Lumpur

TELEFON mengegarkan Hard Rock Café, Kuala Lumpur

Telefon, kumpulan live-band yang cukup terkemuka di Thailand kini bersedia untuk mengegarkan pentas utama Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada dua bulan akan datang ini, bermula dari 1 Jun 2008 hingga 31 Julai 2008! Kumpulan yang di anggotai oleh 7 orang pemuzik berbakat besar ini akan mula membuat persembahan dari pukul 11.00 malam, dari hari Isnin hingga Sabtu! 

Telefon di anggotai oleh Somkuan Siralert (Bass & Ketua Kumpulan), Apichet Phanmanee (Vokal), Santis Juengpicharnvanit (Gitar), Wongsakon Kasamsri (Vokal), Narongchai Sornsuwan (Drum), Ekkalak Atthakasem (Keyboard) dan Rachata Tapasitanan (Vokal). 

Ditubuhkan pada tahun 1995, genre muzik yang di persembahkan oleh Telefon juga terdiri dari pelbagai variasi. Sama ada Hip Hop, R&B, Rock, Pop, Dance hinggalah ke lagu-lagu Top-40 hari ini, Telefon berjaya mempersembahkannya dengan hebat sekali!

Kumpulan ini mempunyai corak persembahan yang cukup unik, begitu dinamik dan mampu mengawal pentas dengan cukup bagus! Dalam erti kata lain, Telefon mampu mengegarkan mana-mana pentas persembahan mereka!! Sehingga hari ini, Telefon telah berjaya membuat persembahan yang begitu memberansangkan sekali dan ini termasuklah di cawangan- cawangan Hard Rock Café serata dunia seperti di Jakarta, Bali, Bangkok, Pattaya, Shenzhen, Kowloon Hong Kong, Beijing dan juga Kuala Lumpur. 

Jangan lepaskan peluang untuk turut serta berhibur bersama Telefon di Hard Rock Cafe, KL sepanjang bulan Jun dan Julai 2008 ini! Mempersembahkan hanya persembahan yang berkualiti sahaja, Telefon akan mengegarkan pentas utama Hard Rock Cafe dari pukul 11 malam, dari hari Isnin hingga Sabtu! Jumpa anda di sana ! 

Hard Rock Café terkenal kerana ia menyediakan kumpulan-kumpulan pemuzik tempatan dan pemuzik asing yang handal seperti kumpulan Telefon . Sememangnya anda akan di janjikan persembahan yang cukup hebat sekali. 

Hard Rock Café Kuala Lumpur terletak di Jalan Sultan Ismail.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03- 2715 5555.

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Show Live Band Redemption di Hard Rock Cafe
  • SingleTrackMind LIVE @ Hard Rock Café Kuala Lumpur
  • Jogadanz Band di Hard Rock Café, Kuala Lumpur
  • Show Bobby Kimball Toto di Hard Rock
  • Siluet Band Kembali Menggegarkan Hard Rock Café, Kuala Lumpur
  • Show SILUET BAND di Hard Rock Café, Kuala Lumpur
  • John Ford Coley Live Di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur
  • Gwen Stefani Concert Live - The Sweet Escape in Kuala Lumpur
  • Sunburst KL International Music Festival 2008
  • Show Pretty Ugly, Flop Poppy, Nitrus, 6ixth Sense, Brainhead, Meet Uncle Hussain & Hujan di Planet Hollywood



  • Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET