in ,

Sufian Suhaimi Tuju Ucapan Hari Lahir Buat Elfira Loy?

MESKIPUN tali pertunangan Sufian Suhaimi dan Elfira Loy sudah pun berakhir, namun peminat masih tidak henti-henti mendoakan yang terbaik buat mereka.

Secara kebetulan, hari ini adalah hari lahir Elfira yang ke-24 dan Sufian dilihat menjadi antara yang terawal mengucapkan ‘selamat hari lahir’ kepada bekas tunangnya itu.

sufian-suhaimi-lagu-baru-1-copy

Sufian menerusi Twitter miliknya dilihat memuat naik ucapan tersebut pada pukul 12.07 tengah malam dengan menulis ‘Happy Birthday’.

sufian-4-1024x428

Walaupun ringkas dan tidak menyatakan kepada siapa ucapan itu ditujukan, namun netizen seolah-olah sudah dapat ‘menghidu’ siapakah gerangan individu yang dimaksudkan.

Rata-rata netizen mendoakan Sufian agar lebih tabah dalam menempuhi dugaan ini selain berharap penyanyi berusia 26 tahun ini sentiasa baik-baik sahaja.

Perkongsian itu secara tidak langsung mengimbau kembali kenangan pada ulang tahun kelahiran Elfira sebelum ini di mana Sufian menghadiahkan pelakon itu dengan 23 kuntum ros merah sebagai simbolik sambutan hari jadi yang ke-23 tahun.

sufian-1-1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey – Filem PETER RABBIT

Zizan Razak Mendominasi Pencalonan Akhir Anugerah Meletop AME2018