in

Zizan Razak Mendominasi Pencalonan Akhir Anugerah Meletop AME2018

ZIZAN RAZAK KUASAI PENCALONAN AKHIR ‘AME 2018’ DALAM 4 KATEGORI

Zul Ariffin, Siti Nordiana dan Jep Sepahtu turut menyerlah dengan pencalonan kedua terbanyak pada penganjuran edisi kelima

Senarai penuh pencalonan akhir ‘Top 5’ bagi 16 kategori pencalonan yang dipertandingkan untuk anugerah pilihan penonton, ‘AME 2018’ sudahpun dikenal pasti setelah talian undian fasa pertama ditutup secara rasmi pada 23 Februari lalu.

Acara gilang gemilang ini bakal dipancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad, 8 April 2018, jam 9.00 malam secara eksklusif di empat buah saluran utama iaitu Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Ria HD (123) dan Astro Maya HD (134).

Ia turut boleh diakses secara live streaming menerusi YouTube di saluran ‘MeleTOP’ serta perkhidmatan Astro Go, NJOI Now dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Sebagai bonus, program istimewa ‘Showcase Eksklusif AME 2018’ turut disiarkan menerusi platfrom digital di laman Astro Go pada 8 April kelak bermula jam 5.00 hingga 6.30 petang.

Sidang Media Pencalonan Akhir Anugerah Meletop Ame2018

TRIVIA PENCALONAN AKHIR ‘AME 2018’

1. Selebriti popular, Zizan Razak mendominasi senarai akhir ‘Top 5’ dalam empat kategori iaitu ‘Bintang Filem MeleTOP’, ‘Fesyen MeleTOP’, ‘Artis Lawak MeleTOP’ serta pencalonan bersama dengan penyanyi hip hop, SonaOne menerusi kategori ‘Grup/Duo MeleTop’.

2. Filem lakonan Zizan Razak, ‘Abang Long Fadil 2’ turut tercalon dalam kategori ‘Filem MeleTop’.

3. Manakala Zul Ariffin, Siti Nordiana dan Jep Sepahtu turut menyerlah dengan pencalonan kedua terbanyak, masing-masing dalam tiga kategori.

4. Pelakon Zul Ariffin tersenarai dalam kategori ‘Bintang Filem MeleTOP’ untuk dua buah filem lakonan beliau iaitu ‘J Revolusi’ dan ‘Tombiruo; Penunggu Rimba’. Selain itu, Zul Ariffin juga merupakan calon akhir untuk kategori ‘Pelakon TV MeleTOP’.

5. Filem lakonan Zul Ariffin, ‘J Revolusi’ dan ‘Tombiruo: Penunggu Rimba’ juga dicalonkan untuk kategori ‘Filem MeleTOP’. Manakala drama lakonan beliau, ‘Titian Cinta’ juga turut tercalon untuk kategori ‘Drama MeleTOP’.

6. Selebriti terkenal, Siti Nordiana turut cemerlang menerusi kategori individu ‘Hos MeleTOP’, ‘Penyanyi MeleTOP’, dan ‘Pelakon TV MeleTOP’.

7. Drama lakonan Siti Nordiana, ‘Cekelat Semanis Honey’ serta program yang beliau kendalikan selaku hos, ‘Gema Gegar Vaganza’ turut dicalonkan menerusi kategori ‘Program MeleTOP’.

8. Pelawak terkenal, Jep Sepahtu menerima pencalonan akhir untuk kategori ‘Artis Lawak MeleTOP’, ‘Penyampai Radio MeleTOP’ dan pencalonan bersama dengan isteri beliau yang juga merupakan pelakon Sari Yanti menerusi kategori ‘Couple MeleTOP’.

9. Dalam masa yang sama, program yang menampilkan Jep Sepahtu sebagai tonggak utama, ‘Sepahtu Reunion Live 2017’ juga turut tercalon menerusi kategori ‘Program MeleTOP’.

10. Kolaborasi mantap penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan bintang versatil, Faizal Tahir turut diangkat menerusi dua kategori iaitu ‘Grup/Duo MeleTOP’ dan ‘Lagu MeleTOP’ untuk lagu popular ‘Dirgahayu’.

11. Komposer dan penyanyi popular, Hael Husaini serta bintang sensasi, Ayda Jebat tidak kurang hebatnya apabila turut tersenarai dalam kategori ‘Lagu MeleTOP’ dan ‘Penyanyi MeleTOP’ menerusi lagu ‘Jampi’ dan ‘Nakal Nakal Nakal’.

12. Seiring dengan populariti yang diraih, senarai akhir ‘AME 2018’ juga menyaksikan kebangkitan penyanyi dan komposer muda atau istilah lebih tepat, ‘Budak Baru Nak Up’ (BBNU) yang turut bergelar calon akhir dalam beberapa buah kategori yang dipertandingkan.

13. Antaranya termasuklah Khai Bahar dan Haqiem Rusly menerusi kategori ‘Penyanyi MeleTOP’ dan ‘Lagu MeleTOP’ untuk lagu hits mereka, ‘Bayang’ dan ‘Tergantung Sepi’.

14. Wany Hasrita juga turut bersaing sebagai calon akhir untuk kategori ‘Artis Baharu MeleTOP’ dan pencalonan bersama dengan rakan seperjuangannya, Tajul menerusi kategori ‘Grup/Duo MeleTOP’.

15. Anak-anak selebriti popular yang menjadi tumpuan ‘netizen’ seperti Syeriv Samheizy dan Arif Jiwa Asyraf turut tercalon buat kali pertama menerusi kategori ‘Si Cilik MeleTOP’. Manakala pemenang tahun lalu, Yusuf Iskandar serta calon ‘favourite’ Aaisyah Dhia Rana dan Lara Alana turut tercalon pada penganjuran kali ini untuk dua tahun berturut-turut.

16. Pasangan sensasi, Fattah Amin dan Nur Fazura tidak kecewa, masing-masing dengan dua pencalonan. Malah, pasangan ini turut bersaing menerusi kategori individu ‘Fesyen MeleTOP’. Fattah Amin juga merupakan calon akhir untuk kategori ‘Pelakon TV MeleTOP’. Manakala Fazura pula menerusi kategori ‘Bintang Filem MeleTOP’.

17. Dalam masa yang sama, drama lakonan pasangan ini, ‘Hero Seorang Cinderella’ juga tercalon menerusi kategori ‘Drama MeleTOP’.

18. Selain itu, filem lakonan Fazura, ‘J Revolusi’ juga turut dicalonkan menerusi kategori ‘Filem MeleTOP’.

Sidang Media Pencalonan Akhir Anugerah Meletop Ame2018

FAKTA MENARIK TENTANG ‘AME 2018’

1. Pelbagai kejutan yang merangkumi kriteria pemilihan pengacara, penyampai trofi dan barisan artis popular yang bakal membuat persembahan istimewa pada malam itu telah disusun rapi bagi menyemarakkan lagi edisi tahun ini. Pemilihan setiap mereka adalah berdasarkan pelbagai aspek termasuklah keserasian dan populariti.

2. Berbeza dengan penganjuran sebelum ini, ‘AME 2018’ membuat kejutan besar bagi memberi kelainan apabila tidak lagi menampilkan pengacara bersama untuk mengendalikan pentas utama bersama pengacara utama, Nabil Ahmad dan Neelofa. Sebaliknya, kali ini penonton bakal dihiburkan dengan kaletah barisan selebriti yang dijemput istimewa untuk mewarnai pentas menemani Nabil dan Neelofa secara bergilir-gilir.

3. Antara nama-nama besar yang bakal menemani mereka termasuklah pelakon & pengarah yang terkenal dengan watak Pok Ya Cong Codei; Sabri Yunus, ikon rock tanah air; Datuk Mohd Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie, selebriti popular yang juga merupakan calon akhir ‘AME 2018’ seperti Zul Ariffin dan Zizan Razak serta ramai lagi.

4. Manakala antara nama-nama popular yang bakal membuat persembahan pada malam kemuncak kelak termasuklah Awie & Mus May, Mas Idayu, Ernie Zakri & Syamel, Hael Husaini, Haqiem Rusly, Xpose Band. Pentas ‘AME 2018’ juga akan diserikan dengan persembahan eksklusif daripada kumpulan yang cukup sinonim dengan lagu-lagu berirama hip hop dan R&B yang baharu sahaja membuat kemunculan semula selepas menyepi selama 10 tahun; Ruffedge, serta artis seberang yang sedang tular dengan lagu berhantu ‘Surat Cinta Untuk Starla’; Virgoun.

PETIKAN KENYATAAN RASMI WAKIL ASTRO

Namanzee Harris, Ketua Strategi Kandungan & Inovasi Astro
“Saban tahun penganjuran AME sentiasa mengundang sudut persepsi berbeza yang diambil secara membina untuk meletakkan jenama ini di tanda aras yang cemerlang. Menginjak tahun kelima, segala perancangan dan penelitian sudahpun memasuki fasa terakhir bagi memastikan acara ini berlangsung gilang gemilang seperti yang dirancang.

Pakej kandungan pengisian yang padat dan penuh kejutan sudahpun dirangka untuk memberikan impak paling mendalam kepada bukan sahaja penerima anugerah yang dipertandingkan serta penggiat seni tanah air tetapi juga jentera peminat hiburan yang merupakan tunjang utama di sebalik kejayaan AME selama ini.”

Pengurus Kandungan ERA, Dhan Andreas

“Seperti tahun-tahun berikut, ERA akan mengekalkan momentum sebagai rangkaian radio dan digital yang akan menyajikan hiburan dan informasi berguna kepada pendengar bagi AME 2018. Kami amat berbesar hati dengan penglibatan kami dalam mengetengahkan penyanyi-penyanyi berbakat, dan melihat nama-nama besar kali ini, kami yakin pemilihan pemenang kali ini pasti memberikan debaran yang hebat kepada penonton.”

CARA UNTUK MENGHANTARKAN UNDIAN ‘AME 2018’ BAGI FASA KEDUA

Undian fasa kedua untuk menentukan pemenang akhir untuk setiap kategori boleh dibuat menerusi laman web rasmi di www.anugerahmeletopera.com.my, aplikasi ERA dan Raku serta melalui kiriman SMS bermula 6 Mac 2018, jam 6.00 petang hingga 8 April 2018, jam 12.00 tengahari.

Pemenang untuk setiap kategori akan diumumkan sewaktu siaran langsung malam ‘AME 2018’ kelak. Setiap undian yang dihantar haruslah diterima dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

IKUTI INFO TERKINI ‘AME 2018’ DI PLATFORM INI

@meletop MeleTOP MeleTOP #AME2018 @mymeletop

www.gempak.com Aplikasi ERA Aplikasi Raku

Sidang Media Pencalonan Akhir Anugerah Meletop Ame2018

Sidang Media Pencalonan Akhir Anugerah Meletop Ame2018

Sidang Media Pencalonan Akhir Anugerah Meletop Ame2018

Sidang Media Pencalonan Akhir Anugerah Meletop Ame2018

Sidang Media Pencalonan Akhir Anugerah Meletop Ame2018

Sidang Media Pencalonan Akhir Anugerah Meletop Ame2018

Sidang Media Pencalonan Akhir Anugerah Meletop Ame2018

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sufian Suhaimi Tuju Ucapan Hari Lahir Buat Elfira Loy?

“Saya Dah Tak Percaya Cinta” – Hans Isaac