in

Stacy, Bunkface, Aizat, Faizal Tahir Meriahkan ASTRO FEST 2009

ASTRO FEST 2009
Seramai lebih 12, 000 pengunjung memeriahkan suasana!

ASTRO Fest, sebuah acara tahunan yang diadakan sempena untuk meraikan warga Astro dan keluarga telah diadakan pada hari ini yang bertempat di Astro Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil. Seramai kira-kira 12 ribu tetamu termasuk warga Astro yang datang bersama-sama ahli keluarga tercinta telah hadir untuk memeriahkan lagi majlis Astro Fest untuk tahun yang ketujuh ini.

Menurut Cik Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Astro, ”Majlis gilang-gemilang yang telah disusun ini merupakan antara inisiatif Astro untuk menghargai kesemua pihak terlibat yang telah menjadi tulang belakang kejayaan Astro selama ini. Astro Fest 2009 juga turut dilihat sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua tenaga kerja Astro yang telah bertungkus lumus untuk bekerja dengan sepenuh hati bagi memastikan matlamat Astro tercapai. Pendekatan Astro dalam menggunakan acara-acara sebegini sebagai platform untuk menjalin perhubungan yang harmoni serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim terutamanya di kalangan warga Astro dengan ahli keluarga dan rakan taulan secara khususnya adalah tepat kerana kesempatan ini boleh diambil untuk mereka meluangkan masa dan beramah mesra dengan melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan bersama-sama. Selain daripada itu, tetamu yang hadir juga turut berpeluang untuk mendekati Astro dengan lebih dekat.”

Untuk memeriahkan lagi suasana, Astro juga dengan berbesar hati telah menjemput lebih daripada 100 orang kanak-kanak dari pelbagai rumah anak yatim seperti Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah, Rumah Shalom, Rumah Keluarga Kami dan Rumah Joy untuk turut sama bergembira dengan persembahan mantap daripada artis-artis jemputan dan menikmati pelbagai aktiviti menarik yang pastinya menyeronokkan yang telah diaturkan khas untuk mereka.

Pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk pelbagai lapisan umur telah disusun khusus untuk menarik penyertaan daripada pengunjung yang hadir pada hari ini. Selain daripada itu, warga Astro dan juga para tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan hebat dan mantap oleh para artis jemputan termasuklah Stacy (AF6), Aizat (AF5), Zizan & Johan (Raja Lawak), Christy (Astro Talent Quest), Dharsahini (Astro Vaanavil Superstar), Faizal Tahir, Meet Uncle Hussain, Bunkface dan Elyana. Selain daripada itu, terdapat juga persembahan istimewa Tarian Singa dan 24 Season Drums yang dibawakan khas untuk menghiburkan para tetamu.

Selain daripada itu, mereka juga berpeluang untuk menyertai pelbagai peraduan dan pertandingan hebat dan menyeronokkan di gerai-gerai yang telah dibuka termasuklah pertandingan go-kart dan sebagainya. Sementara buat adik-adik cilik pula, mereka boleh bergembira dan menyertai pelbagai aktiviti menarik yang terdapat di The Kids Fun & Carnival Land. Terdapat juga promosi hebat untuk barangan elektrik dan elektronik serta pelbagai lagi barangan istimewa yang dijual dengan harga yang cukup berpatutan untuk para tetamu yang hadir.

Selain daripada pelbagai aktiviti menarik dan menghiburkan yang telah disediakan, para tetamu juga telah dihidangkan dengan pelbagai juadah lazat yang menyelerakan. Acara cabutan bertuah turut diadakan khas untuk para pengunjung yang menawarkan pelbagai hadiah menarik. Mereka berpeluang untuk memenangi barangan hebat seperti perjalanan untuk dua orang ke Johannesburg, South Africa untuk menyaksikan acara akhir FIFA Confederations Cup pada bulan Jun 2009 dengan semua perbelanjaan ditanggung;  berpeluang untuk menjamu selera dengan Chef Selebriti yang dikenali ramai iaitu Chef Bobby Chin; dan hadiah lain seperti LG 50” Time Machine TV. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Short Hair Style Misha Omar Photo

Ida Nerina, Rashidi Ishak, Faezah Elai dan Diana Rusdi @ Drama Hartamas