in ,

Songlap Menang Anugerah Breakthrough Feature Shout! Awards 2012

Shout! Awards 2012 telah pun berlangsung pada Jumaat yang lalu. Banyak perkara yang diperkatakan tentang Shout! Awards. Antaranya ialah kemenangan filem Songlap yang mendapat undian paling banyak dalam kategori [highlight]Breakthrough Feature Award[/highlight] sekaligus mengetepikan filem lain.

[pullquote]Tahniah Budiey ucapkan buat Grand Brilliance dan Red Communications atas kejayaan filem Songlap[/pullquote]

[dropcap]B[/dropcap]erita ini adalah satu ganjaran berganda buat filem Songlap, selepas mengaut beberapa anugerah di Anugerah Skrin 2012.

Filem Songlap merupakan antara filem yang tercalon di enam (6) festival filem di persada luar negara termasuklah Filem Festival Abu Dhabi, United Arab Emirates; Filmfest Hamburg, Germany dan juga Filem Festival Five Flavours, Poland.

Bagi pihak Grand Brilliance, kami ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam produksi, promosi dan pemasaran filem Songlap. Akhir kata, Grand Brilliance mengucapkan ribuan terima kasih kepada Budiey di atas sokongan yang telah diberikan untuk Songlap.

Kemenangan besar ini telah membuktikan Songlap sebagai sebuah produk yang cukup unik dan bukan sahaja mendapat kritikan positif tetapi juga ia mempunyai nilai komersial yang turut mendapat sambutan yang cukup baik daripada peminat dan juga para penyokong.

Filem Songlap Menang Anugerah Breakthrough Feature Shout! Awards 2012

Shout Awards 2012

Poster Filem Songlap

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mini Konsert Amal Untukmu Palestin

Album Solo Imam Muda Hizbur Berjudul Surah-Surah Pilihan Ha Mim