Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Sinopsis Teater Patung Kertas Lakonan Dato’ Jalaluddin Hassan



blogTeater Muzikal Patung Kertas yang memakan kos RM100 ribu ini akan dipentaskan di Dewan Auditorium Tunku Abdul Rahman, MATIC, Jalan Ampang Kuala Lumpur pada 25 April hingga 30hb April 2008.

Teater muzikal ini mengisahkan tentang dunia pahit, manis, pahit dan kelat sekumpulan manusia yang digelar sebagai patung kertas atau lebih dikenali sebagai “Paper Doll”. Ia bermula dengan perhubungan akrab antara Abang Long (Lakonan Dato’ Jalaludin Hassan) dengan Adik Chu, Kerry, Syam dan ramai lagi. Mereka melakukan kebajikan dalam kumpulan ‘Patung Kertas’ yang mempromosikan primadona hitam putih dalam setiap persembahan mereka.

Pergolakan dunia patung kertas yang penuh dengan suka duka ini bagaimana pun menimbulkan konflik apabila Abang Long yang rapat dengan salah seorang penari baru dari dalam kumpulan tersebut tidak disenangi oleh seseorang. Bukan setakat itu sahaja, perebutan kawasan ‘berniaga’ juga menjadikan suasana tegang dan ada antara golongan patung kertas ini tidak ‘sebulu’ malah adegan cabar mencabar berebutkan kawasan juga berlaku.

Di sebalik kekalutan itu, Ebby Yus, seorang pemuda yang berniaga secara kecil-kecilan di siar kaki kawasan ‘perniagaan’ patung kertas ini turut dibabitkan oleh kumpulan terbabit. Kenapa Ebby pula menjadi mangsa? Inilah persoalannya yang akan dirungkaikan.

Teater muzikal ini juga menyingkap bagaimana Adik Chu akhirnya juga mengikuti jejak Abang Long yang ingin berkahwin dengan kekasih lamanya. Apakah kebajikan yang dilakukan oleh patung kertas kepada seorang kanak-kanak yang mengidap kanser?

Teater yang membariskan pelakon terhebat tanahair seperti Dato Jalaluddin Hassan sebagai Abang Long, Adik Chu dilakonkan oleh Along Fariz, sementara pelakon kacak Ashraff Muslim membawakan watak Kerry sementara dibantu oleh Zuhairi Ibrahim, Aishah Atan, Ebby Yus, Syed Wafa, Shajiry dan ramai lagi serta penampilan khas oleh Ika Fancy Group, pasti meruntun perasaan dan jiwa anda bila menontonnya.

Teater muzikal Patung Kertas pasti akan membawa satu kelainan dan memberikan satu perspektif baru kepada peminat-peminat teater. Bagi mereka yang ingin mengetahui kisah selanjutnya, jangan lupa untuk menyaksikan persembahan teater ini bermula 25 April – 30 April di Dewan Auditorium Tunku Abdul Rahman, MATIC, Jalan Ampang Kuala Lumpur.

Antara babak menarik dalam Teater Patung Kertas

Drama antara Mak Nyah dan kawan-kawan dia pasal botoks

Show Ika Fancy Group membawa lagu One Nite Only… versi remix!

Kat Mana Nak Beli Tiket?
Tiket-tiket pada harga RM 30 dan RM 50 boleh didapati di www.ticket2u.biz atau hubungi 03-4149 8600.

Budiey: Sensasi Selebriti akan memberikan 5 tiket percuma untuk pembaca Sensasi Selebriti. Nantikan peraduan Teater Muzikal Patung Kertas yang akan Budiey siarkan tidak lama lagi.

[tags]teater muzikal patung kertas, jalaluddin hassan jadi maknyah, syed yusof wafa, along, faris lelaki lembut, mak nyah, bapok, pondan, paper dolls, ladyboy, infotainment, aishah atan, jalan ampang, aksi mak nyah thailand, ashraf muslim cermin mata, ashraf sinclair, ebby yus, ika fancy group, jalaluddin hassan, kuala lumpur, lokman ghani, matic, nyah, paper doll, patung kertas, planet hollywood, shajiry, syed wafa, transexual, wahid nasir, remix songs, one nite only download, zuhairi ibrahim, result election rasmi, pelajar af6[/tags]

Tags: ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Teater Muzikal Patung Kertas Musim Kedua Lakonan Jalaluddin Hassan
  • Peraduan Jom Menonton Teater Muzikal Patung Kertas @ MTC
  • Pementasan Patung Kertas Musim ke 2
  • Sinopsis Patung Kertas Musim Ke 2
  • Gambar Cik Pot Corner @ Tukang Gossip Suria FM
  • ARISHA: Penari Ika Fancy Ke Pentas Teater Patung Kertas
  • Apa Yang Baru Dalam Teater Patung Kertas Musim 2
  • Keputusan Peraduan Jom Menonton Teater Muzikal Patung Kertas @ MTC
  • Gambar Ashraf Muslim Pegang Watak Mak Nyah @ Teater Patung Kertas
  • Teater Intan Yang Tercanai di Dewan Bahasa dan Pustaka DBP



  • 3 Komen untuk entri “Sinopsis Teater Patung Kertas Lakonan Dato’ Jalaluddin Hassan”

    1. affanazami kata:

      mcm pelik je cte ni

    2. meenzuleyka kata:

      Kalau teater ni menaiktarafkan maknyah tak apa…kalau isu lama…syok sendiri…tak payahlah…dah basi nyeh…

    3. saiful kata:

      mana ada pelik…ko ni memandai jerler affanazami….
      citer ni best tau aku sesangat ler teruja nak nengok citer ni…
      citer pasti gempak….SYABASSSSSSSS

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK