in ,

Sinopsis Filem Zombi Kilang Biskut

Mulai 20 Mac ini, sebuah filem arahan Mamat Khalid, filem Zombi Kilang Biskut akan menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia. Sebanyak 88 buah pawagam akan menyiarkannya dan Budiey difahamkan filem ini tidak akan ditayangkan di mana-mana platform lain. Filem ini diedarkan oleh TGV Cinemas Sdn Bhd.

Filem Zombi Kilang Biskut terbitan Enjit Semut Sdn Bhd ini dilakonkan oleh Awie, Usop Wilcha, Man Kadir, Dalimawati, Dayana Roza, Eina Azman, Illya, Zainuri Misfar, Soffi Jikan dan ramai lagi.

Sinopsis Filem Zombi Kilang Biskut

[dropcap]M[/dropcap]ereka semua kini bekerja di sebuah kilang di hujung kampong mereka iaitu Kilang Biskut. Abg Din Mamu mengajak Usin untuk bekerja di kilang biskut. Usin bersetuju untuk bekerja di kilang biskut dan menjadi technician bersama-sama Wahab B. Dari situ bermula pengkisahan zombie ini setelah Usin bertemu dengan Dr sofi. Sofea juga bekerja di kilang tersebut dan merupakan bos kepada Abg Din Mamu.

Mereka semua selalu di gemparkan dengan ramai pekerja yang pengsan di kilang. Mereka berasa pelik. Usin juga berasa pelik dengan kejadian tersebut dan beliau pernah ternampak kelibat yang berupa zombi di Kilang tersebut.

Secara tidak langsung, kampong mereka juga telah didatangi oleh Kamariah yang ingin mencari Usop yang telah membunuh beliau. Ramai lelaki yang menjadi korban beliau termasuk zombi, dalam pencarian beliau mencari Usop.

Konflik ini telah mencetuskan huru hara di kampong pisang dan keadaan telah menjadi kucar kacir setelah mereka mendapat tahu zombie telah mula menyerang.

Usin, Usop, Sofea, Wahab B dan Pian bersama untuk menentang zombi ini. Tetapi semasa mereka hendak menyerang mereka telah diserang oleh Kamariah.

Apa yang akan terjadi seterusnya. Adakah Usin, Usop, Sofea, Wahab B dan Pian berjaya mengalahkan zombi-zombi yang berkeliaran di kilang biskut? Dan siapa pula Kamariah yang menganggu mereka?

Nantikan Zombi Kilang Biskut di pawagam mulai 20 Mac ini.

Poster Filem Zombi Kilang Biskut

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KIX HD Anjur Program Realiti Are You Tough Enough

Liyana Manan Tak Nak Minta Maaf Pada Hanez Suraya