Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Sinopsis Drama Wulan Lakonan Dhini Aminarti dan Giovani L Tobing



Sinopsis Drama Wulan

Wulan adalah sebuah kisah realiti dalam masyarakat. Di sebalik cerita Wulan ini sebenarnya memberi pengajaran bahawa semua wanita harus menjaga kehormatan diri mereka. Jangan mudah percaya kepada lelaki yang belum bergelar suami. Usia percintaan yang lama seperti Wulan dan Budi – 9 tahun tidak bermakna kita telah benar-benar mengenali seseorang itu. Harta dan kekayaan boleh mengaburi mata dan membuat seseorang lupa diri.

Nasihat-nasihat daripada watak-watak orang tua seperti Mbah Tati (nenek Wulan), Nenek Dira (nenek Awan) dan Wahyu (bapa Budi), banyak memberi pengalaman kepada penonton.

Kehidupan tidak semudah yang kita jangkakan dan kebahagian bukan selalunya milik kita. Kisah ini boleh menjadi pengajaran bahawa hidup ini penuh dengan dugaan dan cabaran yang tidak pernah disangka. Bagaimanapun, apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

Drama ini mengisahkan mengenai seorang wanita (Wulan) yang ditinggalkan oleh kekasihnya (Budi) yang telah dikenali selama 9 tahun. Budi berkahwin dengan wanita lain yang juga pengarah di syarikat dia bekerja.

Dalam masa yang sama, terdapat seorang lelaki (Awan) yang mahu mengambil Wulan sebagai isteri tetapi terdapat banyak halangan. Banyak konflik berlaku rentetan daripada kesilapan Wulan mempercayai Budi sehingga sanggup menyerahkan sepenuh jiwa raga kepada Budi.

Plot-plot inilah yang menjadikan drama ini menarik dan semakin menarik untuk diikuti. Adakah Wulan akan terus menangis dalam episod-episod akan datang? Adakah Wulan dan Budi akan bersatu kembali? Untuk menjawab teka teki ini, ikuti drama bersiri Wulan yang disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7.30 hingga 8 malam di RTM1.

Tags: ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Profile GIOVANI L. TOBING Pelakon Drama Wulan
  • Pelakon Drama Wulan Giovani L. Tobing & Dhini Aminarti Di Malaysia
  • Profile DHINI AMINARTI Pelakon Drama Wulan
  • WULAN KEMBALI MULAI 13 JANUARI 2009 DI TV2
  • Pelakon Drama Wulan Dhini, Giovani Ketepikan Perbezaan Atas Nama Seni
  • Profile Asmirandah Pelakon Drama Wulan
  • Tipu Kanan Tipu Kiri
  • ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 4
  • Profile RIO REIFAN
  • ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 16



    • nadirah

      bilakan drama wulan di tayangkan

    • ecca

      cter ni smpei epsod ke berapa ya?kter 2 org jer ker dah msk laman nie nadirah?

    • niesah

      macamna kesudahan cerita wulan… tak sempat nak tengok…



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK