Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Siaran Langsung Majlis Pelancaran Festival Kuala Lumpur Di TV1



SIARAN LANGSUNG MAJLIS PELANCARAN FESTIVAL KUALA LUMPUR DI TV1

Hadir dengan matlamat utamanya menyatukan seluruh masyarakat Malaysia daripada semua generasi dan bangsa menerusi semangat kreativiti dan perpaduan, Festival Kuala Lumpur sekali lagi diadakan bermula 1 hingga 31 Julai 2009 ini.

Justeru sebagai pembukaan, terdahulu dilangsungkan Majlis Pelancaran Festival Kuala Lumpur pada 30 Jun 2009 ( Selasa ), jam 8.30 malam di Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur dan dipancarkan secara langsung menerusi TV1.

Pertama kali dilancarkan pada 30 Jun 2006 lalu, gabungan persembahan melibatkan genre seni persembahan, seni tampak, warisan, bahasa dan persuratan juga permainan tradisional dalam satu majlis gilang-gemilang seni dan budaya tempatan juga antarabangsa.

Siaran langsung dipancarkan dari pentas Auditorium Perdana, Angkasapuri itu bakal menampilkan persembahan hebat artis terkenal tanah air daripada pelbagai bangsa iaitu melibatkan Norynn Aziz, Daniel Lee, Dato’ David Arumugam, Bob AF, Jo-Anna (Bintang RTM 2009), Eddie Nazrin (Juara Bintang Asli Remaja 2006), Nurain Asyikin (Juara Bintang RTM 2008), Shazet Beatbox dan Esther OiAM.

Bob AF

Malah majlis ini turut menyaksikan gandingan pengacara melibatkan Nurul Alis dan Gerald (Traxx fm) mengendalikan program bersiaran menemui penonton sepanjang dua jam ini.

Majlis Pelancaran Festival Kuala Lumpur ini diterbitkan oleh Nor Kuzaimah Abd Aziz, Unit Hiburan TV, RTM.

Justeru usah ketinggalan menyaksikan Majlis Pelancaran Festival Kuala Lumpur pada 30 Jun 2009 ( Selasa ), jam 8.30 malam di Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur dan dipancarkan secara langsung menerusi TV1.

Tags: ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Pelancaran Aktiviti Seni Budaya JKKN
  • Future Music Festival Asia
  • Tiket Bas Percuma Balik Beraya Bersama TV3
  • Photo Red Carpet Busan International Film Festival 2011
  • Majlis Pelancaran 1 Komuniti 1 Persatuan di One Utama
  • Sunburst KL International Music Festival 2008
  • PILIHAN RAYA KECIL / PILIHAN RAYA PENENTU: KUALA TERENGGANU
  • SIARAN LANGSUNG PUSINGAN AKHIR PERTANDINGAN DEBAT MANDARIN ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA KALI KE 11
  • FESTIVAL MUZIK KUALA LUMPUR 2008
  • Sneak Preview Pelancaran Album Aizat Percubaan Pertama



    • Tan Boon Taik

      Tuan,

      Boleh atau tidak tolong beritahu saya bila siaran SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI PERINGKAT AKHIR PERINGKAT KEBANGSAAN 2009 akan disiarkan. Saya telah melihat iklan semasa hari kebangsaan hari dan menunggu untuk menonton tetapi malangnya gagal.

      Harap pihak tuan boleh email saya tentang tarikh dan masa ia akan disiarkan. Sekian, dan didahului dengan jutaan terima kasih.

    • http://WWW.INDIANGROUPGROUP.COM siva

      tidak boleh lupa keringat TV1 pada 3 Jun 2009 jam 8.30 malam



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK