Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Siapa Artis Wanita Bantu Bawa Pulang Jenazah Nenek Mariam?



Artis Wanita bantu bawa pulang jenazah Nenek Mariam (Korea)

KOTA TINGGI: Seorang artis wanita terkenal menyumbang RM11,000 untuk membiayai kos membawa pulang jenazah Mariam Johari, 88, bagi membolehkan wanita warga Malaysia yang terkandas di Korea Selatan sejak 64 tahun lalu itu, dikebumikan secara Islam.

Artis itu yang enggan namanya disiarkan akan menyerahkan bantuan berkenaan kepada Wisma Putra di Putrajaya, hari ini.

Seorang pegawai Bahagian Konsulat, Wisma Putra ketika dihubungi mengesahkan pihaknya sudah berurusan dengan artis itu dan menerima surat daripada anak lelaki Mariam, Jelani Sonni, 72, yang meminta jenazah ibunya dibawa pulang secepat mungkin sebelum dibakar mengikut adat masyarakat Korea.

“Konsulat Malaysia akan berurusan dengan kerajaan Korea bagi mendapatkan kebenaran membawa pulang jenazah Mariam kerana Allahyarham sudah menjadi warga negara itu. Kita juga akan meneliti kandungan wasiat yang dikatakan ditinggalkan Mariam sebelum meninggal dunia. Sejurus mendapat kelulusan, jenazah Mariam akan dibawa pulang,” katanya.

Mariam atau nama Koreanya, Kim Soon Ae yang dikatakan tidak sihat sejak empat bulan lalu, meninggal dunia ketika tidur di sebuah rumah kebajikan di Seoul, kira-kira jam 12.20 malam Sabtu lalu (waktu Malaysia).

Jelani yang menerima berita kematian ibunya, pagi kelmarin, bagaimanapun terkilan kerana Mariam dikatakan meninggalkan wasiat supaya dikebumikan mengikut adat masyarakat Korea.

Kisah Mariam mula mendapat perhatian apabila akhbar Kumpulan The New Straits Times (NSTP) menyiarkan hasratnya untuk mencari tiga anaknya di Plentong, Johor, dua tahun lalu.

Dengan bantuan Korea Broadcasting System (KBS), Mariam yang terkandas di Korea selepas dibawa tentera Jepun ke negara itu ketika Perang Dunia Kedua, akhirnya dipertemukan dengan tiga anaknya, Ramlah, 74, Jelani dan Jamnah, 67, di Seoul pada Julai 2007.

Mariam juga dibawa ke Malaysia pada 5 September tahun sama sebelum pulang semula ke Korea Selatan, kira-kira dua minggu selepas itu.

Sementara itu, Jelani yang berniaga di Pasar Ramadan Perhentian Bas Taman Kota Jaya di sini, yakin jenazah ibunya dapat dibawa pulang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam di sini.

Beliau berkata, ramai ahli keluarganya dikebumikan di tanah perkuburan itu dan terletak berdekatan rumahnya serta Ramlah dan Jamnah.

“Kami memang nak dia (Mariam) dibawa balik ke sini (Kota Tinggi). Apa pun orang kata, dalam hati kami mak masih Islam. Apabila dia pulang ke sini dua tahun lalu dan mengucap, dia memang ingat agama dia. Bila difikir-fikir, saya sendiri belum tengok surat wasiat emak, hanya dimaklumkan mengenai wasiat itu menerusi anak saudara saya, Ahmad Onn. Sekiranya benar ada surat wasiat daripadanya, saya mahu tengok,” katanya.

Penyelidik KBS, Seo Kyu Won, yang dihubungi pula berkata, rakannya, Park Keon Young sering mengunjungi Mariam termasuk ketika wanita itu dalam keadaan tenat.

“Mariam sakit sejak Mei lalu tetapi kembali sihat. Namun sejak dua bulan lalu, Mariam tenat semula dan cuba menghubungi keluarganya di Malaysia. Mariam mahu pulang melihat anak-anaknya… beliau asyik menyebut nama Ramlah, Jelani, dan Jamnah. Mungkin ketika itu Mariam sudah tahu dia akan pergi. Malah, Mariam pernah berkata ‘Saya mahu pulang ke Malaysia kerana saya dilahirkan di negara itu, ini impian saya’,” katanya.

Seo berkata, anak tiri Mariam, Ji Yong Un, 53, tidak membantah sekiranya jenazah Mariam dibawa pulang ke Malaysia.

Ketika ini, jenazah Mariam masih disimpan di rumah kebajikan Gereja Roman Katholik Beon Bong dengan namanya diletakkan sebagai ‘Mariam Binti Johari’ dan di bawah jagaan keluarga Ji.

Bagaimanapun, keluarga Ji perlu dimaklumkan mengenai urusan membawa balik jenazah sebelum 1 tengah hari waktu Korea (12 tengah hari waktu Malaysia) hari ini kerana sekiranya gagal, jenazah wanita itu akan dibakar mengikut adat masyarakat Korea. [Sumber]

p/s: Budiey ada dengar, ura-ura mengatakan artis yang pemurah ini adalah seorang penyampai radio popular. Kalau betul, Budiey rasa kagum dengan sikap pemurah dan belas kasihan beliau. Salam takziah buat keluarga Nenek Mariam.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • FINAS Terus Bantu Penggiat Filem
  • Telemovie Keliru Lakonan Maria Farida, Serina Redzuawan
  • Faizal Hussin, Jasmin Hamid dalam Drama Rendang Madu
  • Ampunkan Aku Mak Lakonan Qazem Nor & Melisa Saila
  • Sekitar Pengebumian Pengarah Yasmin Ahmad
  • Ogy Ahmad Daud Dalam Drama Ejen 008 Slot Pagi TV3
  • Sinopsis Drama Wulan Lakonan Dhini Aminarti dan Giovani L Tobing
  • Trivia: Siapa Ni Yang Kena Terjah Kat Paparazzi?
  • Artis Bantu Bina Rumah Mangsa Lecur
  • M.Rajoli Selamat Dikebumikan



    • shin chanz

      mcam fafau jer..klu ye..alhamdulillah..ini bru ikhlas..x menunjuk2 langsung..

    • Alahai

      I rase Sharifah Aini @ Siti Nurhaliza kot..

    • LAILI PHILLIPS

      Mesti Linda Onn…..

    • Nur Kasih

      Fara Fauzana…

    • Sal

      Fafau la.penyampai hot fm.dia kan sayang org tua.

    • Annie

      Kalau artis cum penyampai radio I rasa Fafau.

    • shin chanz

      alahai..sharifah aini n ct tu bkn penyamapi radio la..kompom bkn..

    • aku

      confirm fafau..kalu xsilap dia penah jumpe ngan nenek mariam ni dl

    • http://selangor2u.com/blog/ selangor2udotcom

      fafau kot…erm mungkin jugak orang len

    • idawan

      linda on kot…

    • zaza

      aku rs fafau cz sblm nie,kan die prnh jumpa nenek 2 sms wt liputan sal nenek 2 kt tb3..hihi

    • ketam batu

      linda onn kot

    • aten_zone

      dia saja yg boleh derma.
      dan orangnya adalah __________.
      sebab dia je yg pernah jumpa nenek mariam.

    • aten_zone

      isikan tempat kosong.

    • adik

      fafau rasanya sebab muka arwah mariam tu mcm muka arwah nenek dia…

    • air_mineral

      linda onn!sebab linda onn bayak duit, ada bisness besar. tak mungkin fafau.

    • awana

      bila bc paper smlm,ati trus kata ..FARAH FAUZANA coz pnh bc kat blog fafau sblm ni….muka nenek ni mcm nenek fafau, nenek yg jaga dia, nenek kesayangan dia…fafau pnh pg jb jmpa nenek ni, time nenek ni dtg msia…siap nangis lg…leh tgk dlm hot fm-blog penyampai ..maybe ada lg gmbr dia dgn nenek ni

    • zk

      tak semestinyer ada bisnes besar… ada umah bsr…. org kaya.. cnfm dia akn membantu…

      hanya yg pnh jumpa nenek mariam & niat btl2 ikhlas.. nk membantu wpun xde talian darah…

      tabik pada artis ni….

    • http://obefiend.blogspot.com Obefiend

      dia dah murtad. nak kebumi islam apa kes? wasted funds! she already asked to be buried the korean way anyway! dumbkopft

      the money is better used to help the poor in malaysia. seriously dumbkompft

      kalau dah bukan islam kebumi cara islam pun kena seksa kubur jugak

      oh and i can’t wait for the MASTIKA story for this;

      “bila diangkat mayatnya masyallah..berat sangat dan hanyir”

      HAHAHA. only in bolehland. body snatching and the religion of the dead is the main issue. pfft!

    • http://selangor2u.com/blog/ selangor2udotcom

      apa kes la dan motif sebenarnya komen ko tuh obefiend……

      kan anak dia dah kata masa dia bawa balik ke malaysia dulu emak dia tuh masih ingt lagi agama asal dan mengucap balik…

      so mana tahu wasiat tuh dibuat sebelum tuh lagi…bukan masa nak mati baru buat

    • sya

      obefiend, i rase kelaka pulak bace ape yang u tulis,
      clearly, u sorang jer yang make big fuss pasal nenek tu murtad semua… org lain tak cakap pon pasal hal tu.
      this is between arwah and god, non of us were there to witness the situation..
      we have no rights untuk tentukan sape yang kene seksa kubur sape yang tak,
      biarla sape yang nak buat amal pon, bukan gune duit u pon,
      kalaula bende yang same jadi dekat ur parents, u pon akan usaha yang terbaik,
      kalau suke nak buat kontroversi pon agak agak la… jangan nanti bile tiba mase jenazah u diangkat,
      “bila diangkat mayatnya masyallah..berat sangat dan hanyir” happens to u

    • Was-seetu

      Obefiend…when u die …YOUR body will surely be BERAT and HANYIR…and BERULAT and nobody will want to angkat you!! Good Luck mate!

    • Was-seetu

      Dari personaliti…I would guess Fafau…

    • SPORTY

      Tak kisah la siapa artis yang bantu tu…..yang penting keikhlasan…

    • hype

      ade ke patut teka artis tu adalah siti…mustahil siti sebab kalo siti mst nak heboh satu malaysia. haih logik la skit.

    • http://SIAPAARTISWANITABANTUBAWAPULANGJENAZAHNENEKMARIAM? Orng baik

      Bgtulah klu mmbantu tngn kiripun tak boleh tau, “ssungguhnya manusia takkan bisa mnikmati surga tanpa ikhlas dihatinya”

    • zarina kamal

      nenek tu kan macam dah murtad….
      siapa eh?fafau kot….

    • Anita Yusof

      Agree with selangor2udotcom. Wasiat tu mungkin dah lama. Kalau nenek tu nak ubah wasiat pun bukan dia reti……Kita pun tak tau…may be lepas dia mengucap kalimah syahadah semula (masa jmp anak2 dia di Msia), dia dah tak sentuh babi & try as much utk ikut ajaran islam sesuai dgn kemampuan dia sebagai org tua. Spt yg anak dia kata, nenek tu masih ingat agama asal dia. Yg penting nawaitu….wallahualam…

    • Ayesha Sorfina

      Kenapa nak pertikaikan isu murtad ye? Bukan ke kita sbg umat islam patut mengambil serius dlm hal2 pengkebumian saudara kita. Teliti dan faham dgn situasi arwah yg hidup terkontang-kanting di sana tanpa ada seorang pun saudara seIslam dr awal penghijrahan beliau… siapalah yg tau apa yg beliau hadapi. Sekurang2 nya.. kita telah melakukan apa yang dituntut oleh agama… semoga kita terhindar drp laknat Allah. Murtad @ tidak.. itu antara Allah dan arwah. Kita doakan sahaja arwah diterima dan diberi syafaat. Moga doa kita diberkati dan moga keberkatan itu dibekalkan kepada kita dan insan yg sudi membantu beliau.

    • mas

      Kita tak tau apa yang terjd sebenarnya kat nenek tu. Allah yang maha mengetahui. Sebagai seorang anak, mereka mesti nak buat yg terbaik untuk ibunya. Itu semua urusan Allah. Jd jangan kita pula mempertikaikannya. Jangan membuat tuduhan melulu. Tak baik. Marilah kita berdoa semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yang beriman. AL-FATIHAH……..

    • Alahai

      Budiey yg ckp penyampai radio tp xsemestinyer betul…

    • lily

      siti norhaliza

    • shasha

      aku rase LO coz nenek tu kan org Johor.. same negeri ngan LO.

    • zen

      setuju dgn mas n the rest EXCEPT obefiend
      pada obefiend sebagai seorang islam patutnya awak rasa sedih bila dgr org yg lahir islam kebumi cara kafir, kita tak tahu apa yg berlaku, engko pun sekali tak pernah jumpa dia kan, tulisan ko mcm longkang tau…insaflah takut nti mayat awk yg terbakar sbb suka sangat prasangka n look down to people

      sapa pun artis tu tak penting, sbb tu dia rahsiakan identiti sbb dia mmg nak tlg, nak harapkan manusai cam engko, semua org ko kafirkan nti…

      hanya nenek tu n allah yg maha tau apa yg terjadi sepanjang hayatnya…tp sebagai islam kita doakan lah nenek mariam tu masih lagi islam…bukan hak kita nak tentukan syurga neraka milik sapa..

    • Hamba Allah

      Aku sokong dgn selangor2udotcom, sya dan zen.
      Kita ni org Islam…doakanlah yg terbaik untuk arwah…
      Obefiend kalau ko rasa arwah tu dah kafir pun…tak baik ko keluarkan kenyataan camtu…kalau ada sanak sedara arwah nenek tu baca blog ni…tak ke kecik ati? Kalau hal yg sama jadi kat suku sakat ko…pastu orang kutuk2…mesti ko marah kan?
      Kan Budiey dah ckp awal2….
      “SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN!!!!”
      Paham tak?

    • http://obefiend.blogspot.com Obefiend

      she is now in hell playing chess with Hitler and Stalin

      hahahaha

    • nokomen

      korang jangan layan sangat ape yang obefiend tulis. itu trick die je. tarik perhatian supaye orang gi blog die. kat blog2 lain pun die buat gitu jugak

    • yes

      confirm farah fauzana…dier pnah kata nenek mariam ni mcm nenek dier….alhamdulillah….sape pun artis tu d murahkan la rezekinya….AMIN

    • afie

      insyaallah saya berkata benar kerana saya seorang reporter di johor.
      orang yg menderma adalah farah fauzana.malah, ketika arwah nenek mariam dikebumikan, farah ada ke kota tinggi dan bertemu dengan seorang wartawan akhbar yang rapat dengan beliau untuk beberapa urusan nenek mariam.farah berbaju kurung dan ditemani neneknya. bagus farah. usaha anda sangat terpuji. moga Allah merahmati mu. sama2 la kita berdoa agar nenek mariam tenang dan abadi di sana. jgan lah kita mengata atau mengutuk insan yang telah tiada..sekian..

    • izah

      Daripada mula keluar tentang cerita nenek mariam johari ni saya sangat sedih membaca kisah beliau.., saya rasa cerita nenek mariam ni ada hikmah yang besar yang Allah nak tunjukkan pada kita semua.saya sebagai seorang Islam selalu bertanya dalam hati kenapa Allah menemukan beliau dengan anaknya di saat-saat penghujung usianya.secara peribadi saya mendapat jawapan dari dalam naluri saya bahawa Allah telah memberi petunjuk kepada nenek Mariam untuk mati sebagai seorang Islam dan disemadikan sebagai seorang Islam..Sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang.Janganlah kita amembuat andaian yang bukan-bukan..Hanya Allah dan Nenek Mariam saja yang tau.Cuma apa yang mampu kita lakukan sedekahkanlah Al-fatihah kepada beliau..Wallahualam..

    • roy_jr

      saya setuju harus nenek mariam di kebumi cara islam…

    • june

      FARAH FAUZANA..!!!! tengok lah post dia kat blog hot fm. tajuk dia nenek mariam dlm kenangan. pas tu ada video dia peluk nenek mariam masa nenek mariam balik ke malaysia dulu.

    • sal

      memang ye pun farah fauzana……memang dari air muka fafau ni boleh tau kejernihan hati nurani dia berbanding ngan artis2 famous yg lain.. nada suara dan tutur katanye pun tak pernah menyakitkan telinga..kerana fafau jugeklah saya boleh duduk depan tv tengok melodi, kalau tak kerana adanye cik fafau kita di melodi tu dah lama ku ucapkan sayonara pd melodi…kalau saudara wahid tukarkan sikit intonasi suara tu ok tak ?

    • nona

      AKU RASA FAFAU, CAUSE DIA PERNAH JUMPA NENEK TUH..TK SEMESTINYA KAYA JER BOLE DERMA..INGAT FAFAU TK DE DUIT KER..LAGI SATU KALO NK TAU SI OBEFIEND NI YG KAFIAQ…INGAT DIA TU TUHAN KER BOLE TAU ISLAM KER TK ISLAM SESEORG TUH..BODO TUL..NENEK TU BUKAN PI BERCUTI KT KOREA TUH..DIA DILARIKAN KE SANA ZAMAN JEPUN..DIA MISKIN DAN BUTA HURUF..TAU KER APA YG TERJADI KT DIA SELAMA NIH..SUBHANALLAH..PEPANDAI JER KATA MAYAT ORG TU BERAT, BERULAT, MASUK KT MASTIKA..ENTAH2 MAYAT DIA YG JADI CAMTU N MASUK KT MASTIKA…NORMAL KER SI OBEFIEND NI..? CAMANA LA RUPA SI BOEFIEND NI…ISLAM KER DIA ?

    • suzana

      SALAM SUME,NK MINTAK TLGLA PD BOEDFIEND TLGLA SNYP,TLGLA JG KELANCANGANGAN MLT KO YG BBAU LONGKG TSUMBAT.NK TNYE KO DA BERAPA AMALAN KO DA BUEK,INGAT KIT KO BKN TUHAN.JGN NK SDP MLT MGHINA ATAU MELTKKN ORG KT NERAKA.ALLAH TU MELIHAT X CAM KO YG TLUPE KO TU ORG.CUMA YG AKU X TAU KO ORG UTAN KE ATAU ORG2 KT SWH PDI 2.YG X TAU NK BEZAKN BAIK DAN BURUK.NK INGATKN JE CERMIN DULU DIRI KO SMPURNA KE X UNTK MEGHINA ORG LAIN.DN SEPRKARA LG INGAT ALLAH MHA TAU APE JUA YG BRLKU BKN KO.FAHAM



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK