in

Amy Search dan Ramli Sarip di Ziarah Aidilfitri

”ZIARAH AIDILFITRI” MERIAHKAN RAYA DI SALURAN DUNIA RIA

Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui saluran TV2 sudah pasti akan menjadi perhatian sebagai saluran yang menyediakan pelbagai program dari berbagai genre sempena Hari Raya ini. Telemovie, drama, dokumentari dan pelbagai program khas Hari Raya terutamanya rancangan berkonsepkan muzikal sudah tentunya yang ditunggu-tunggu oleh penonton setia TV2.

Justeru itu, sambutan Aidilfitri dan kemeriahan pagi raya akan bertambah ceria dengan rancangan muzikal khas Hari Raya berjudul Ziarah Aidilfitri. Program yang akan diterajui oleh pelakon yang lebih popular dengan genre komedi iaitu Didie Alias dan Enot ini akan melibatkan beberapa artis ternama tanahair antaranya penyanyi rock Amy Search dan Ramli Sarip serta beberapa nama penghibur terkenal lain antaranya Sharifah Aini, Noreen Aziz. Mas Idayu, Ezlyn, Sheila Mambo, Norish Karman dan ramai lagi.

Sepanjang satu jam rancangan bersiaran, Didie Alias dan Enot bersama selebriti yang lain akan menziarah ke kediaman-kediaman selebriti tanah air untuk menyambut hari raya bersama mereka. Destinasi bermula dari kediaman Didie Alias sendiri dan seterusnya ke kediaman selebriti yang lain. Pelbagai gelagat dan karenah Didie Alias dan Enot sepanjang destinasi sambutan Hari Raya untuk menceriakan kediaman-kediaman selebriti yang mereka ziarahi.

Tidak sah rasanya rancangan berkonsepkan muzikal jika tanpa nyanyian dan tarian. Oleh sebab itu, selebriti-selebriti pilihan ini akan turut menyampaikan rangkaian lagu-lagu raya popular serta lagu-lagu raya evergreen kegemaran mereka.

Rancangan Ziarah Aidilfitri yang berkonsepkan muzikal ini telah dijadualkan tayangannya pada 20 September 2009 iaitu Hari Raya pertama bermula jam 11.00 hingga 12.00 tgh.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kacau Dodol Amal

Siapa Artis Wanita Bantu Bawa Pulang Jenazah Nenek Mariam?