in ,

Sertai Jelajah Anugerah Skrin 2015 di Johor Bahru

Selepas Pulau Pinang, Jelajah Anugerah Skrin 2015 akan menuju ke Selatan pula pada 31 Oktober 2015. Bagi menghangatkan lagi Anugerah Skrin 2015 (ASK 2015) yang bakal berlangsung pada 8 November 2015, TV3 dengan penaja utama ASK 2015, Babies Blinks Gold mengadakan 2 sesi Jelajah Anugerah Skrin 2015 khas buat penonton setianya yang berpeluang hadir ke makan malam eksklusif selain beramah mesra dengan artis-artis popular yang turut serta.

Lokasi kedua Jelajah ASK 2015 akan diadakan di tapak Karnival Jom Heboh Johor Bahru yang bertempat di Angsana Johor Bahru pada 31 Oktober 2015. Nantikan kehadiran bintang-bintang ASK 2015 seperti Siti Saleha (Drama Terbaik – Ada Sejadah Panjang Terbentang, Filem Terbaik – Mamak Cupcake & Terbaik Dari Langit), Azwan Kombos (Filem Terbaik – Nasi Tangas & Jalan Puncak Alam), Raja Ilya (Drama Terbaik – Lorong Kecil Ke Syurga, Filem Terbaik – Suamiku Encik Perfect 10), Amyra Rosli (Drama Terbaik – Kereta Kita, Drama Rantaian Terbaik – Astana Cinta Aleesa), Adiba Yunus (Filem Terbaik – Nasi Tangas), Jue Aziz (Drama Rantaian Popular Sosial Media – Angin Syurga), Nazrief Nazri (Drama Rantaian Terbaik – Cinta Ilahi & Hidayahmu Ramadan), Bil Azali (Drama Rantaian Terbaik – Angin Syurga & Astana Cinta Aleesa, Drama Rantaian Komedi Terbaik – RubberBand), Syafiq Kyle (Drama Terbaik – Dari Pintu Neraka, Drama Rantaian Terbaik – Rindu Awak 200%) dan Izzue Islam (Drama Terbaik – Kerana Seorang Ammar, Filem Terbaik – Mat Tudung & Suamiku Ustaz)

Jelajah Anugerah Skrin 2015 dihoskan oleh Maryam Nona Manis ini akan membuat penampilan khas di gerai Cerekarama dan gerai Lyanaz Beauty Care dari 11.00 pagi hingga 2.30 petang di tapak Karnival Jom Heboh Johor Bahru. Para pengunjung berpeluang untuk memenangi undangan eksklusif ke Makan Malam Eksklusif Bersama Bintang ASK 2015 pada malam itu.

Hanya 10 pemenang bertuah akan dipilih menerusi beberapa aktiviti cabaran yang diadakan di gerai Cerakarama dan juga gerai Lyanaz Beauty Care. Jadi, jangan ketinggalan untuk merebut peluang ini.

Lokasi pertama Jelajah ASK 2015 telah diadakan di tapak Karnival Jom Heboh Pulau Pinang pada 3 Oktober 2015 dengan kehadiran artis-artis popular seperti Ammar Alfian, Nisha Dirr, Raja Ilya, Mimi Ernida, Lan Siro, Sabhi Sadhi, Idris Khan, Atikah Suhaime dan Bil Azali.

10 pemenang bertuah dengan pasangan masing-masing telah diraikan di makan malam eksklusif bersama bintang ASK 2015 yang berlangsung di The Light Hotel Seberang Jaya pada malam tersebut.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1994, Anugerah Skrin anjuran TV3 meneruskan usaha untuk menjulang bakat dan memberi pengiktirafan kepada penggiat-penggiat seni dan karyawan tanah air. Seperti tahun sebelumnya, selain rangkaian televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad yang terdiri daripada TV3, NTV7, 8TV dan TV9, pihak penganjur turut menjemput stesen televisyen RTM, ASTRO, TV Al-Hijrah dan Hypp TV untuk sama-sama menyertai anugerah yang berprestij ini.

Kesemua rangkaian televisyen ini layak untuk menghantar penyertaan bagi terbitan drama dan terbitan program dalaman yang pernah disiarkan di stesen televisyen mereka untuk merebut anugerah bagi kategori yang dipertandingkan mengikut syarat yang telah ditetapkan.

Anugerah Skrin memberi pengiktirafan kepada pengeluar–pengeluar drama, filem dan produksi TV tempatan. Telefilem dan drama bersiri yang dicalonkan pula adalah hasil penerbitan syarikat yang memenuhi slot-slot drama di semua rangkaian televisyen setiap minggu.

Antara faktor telefilem dan drama bersiri ini terpilih untuk ditayangkan di kaca televisyen adalah garapan skrip yang baik, jalan cerita yang sempurna, lakonan yang mantap dan mutu penerbitan yang baik serta mampu menyampaikan mesej positif di samping boleh menarik perhatian penonton. Calon-calon yang dipertandingkan terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di kaca TV dan pawagam mulai 1 Julai 2014 hingga 30 Jun 2015. Semua pencalonan akan dinilai oleh panel juri profesional yang dipilih.

Secara keseluruhan, ASK 2015 mempertandingkan 31 kategori yang meliputi 12 kategori drama, 7 kategori filem, 6 kategori penerbitan dalaman dan 6 kategori teknikal.

Untuk kategori drama, 16 buah drama, 8 drama rantaian, 3 drama rantaian komedi dan 3 drama rantaian popular media sosial telah dicalonkan. Manakala untuk kategori filem pula, 25 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan.

Antara drama yang layak bertanding ialah Ada Sejadah Panjang Terbentang, Cahaya Cinta, Cahaya Malaika, Dari Pintu Neraka, Hak, Jalan Taubat, Kereta Kita, Kerana Seorang Ammar, Lorong Kecil Ke Syurga, Penyabong, Pulangnya Tok Misai, Sebentuk Kunci Sedetik Cinta, Seligar, Sujud Ibuku, Sinar Ya Rob dan Talak.

Bagi kategori drama rantaian pula, ASK 2015 menerima pencalonan seperti Angin Syurga, Astana Cinta Aleesa, Cinta Ilahi, Hidayahmu Ramadan, Mukhlis, Puteri Gunung Ledang, Tabuh Merdeka dan Zahira. Kategori drama rantaian komedi pula menerima pencalonan seperti Asam Pedas Untuk Dia, Menantu Mak Uteh dan RubberBand.

Manakala filem yang layak bertanding termasuk Mat Tudung, Adnan Sempit Sawadikap, Mamak Cupcake, Lagenda Budak Setan 3 – Kasyah, Nasi Tangas, Amir & Lokman Pergi Kelaut, Dollah Superstar, Dendam Orang Mati, Anak Jantan, Kelibat, Lelaki Harapan Dunia, Gila Baby, Manisnya Cinta Di Cappadocia, Ophilia, Terbaik Dari Langit, Villa Nabila, Suamiku Encik Perfect 10, Puaka Balai Gombak, Jalan Puncak Alam, Cicakman 3, Isyarat Cinta, Jengka, Hantu Bungkus Ikat Tepi, Pilot Café dan Suamiku Ustaz.

Anugerah Drama Bersiri Terbaik di Laman Sosial yang diperkenalkan pada tahun lepas kini dikenali sebagai Anugerah Drama Rantaian Popular Media Sosial. ASK 2015 menyaksikan Rindu Awak 200%, Setitis Kasih Darmia dan Tentang Hati tercalon dalam kategori ini. Uniknya, pemenang bagi kategori ini bakal ditentukan oleh jumlah undian orang ramai di laman Twitter & Instagram dari 5 Oktober – 5 November 2015. Untuk mengundi, anda perlu letak hashtag drama pilihan anda iaitu #rinduawak200peratus, #setitiskasihdarmia atau #tentanghati berserta dengan #ask2015. Akaun Twitter atau Instagram anda perlu ditetapkan untuk tatapan umum untuk proses pengiraan undi.

Ingin menjadi pemenang bertuah menonton ASK 2015 pada 8 November bersama bintang menerusi Peraduan Cabaran #ASK2015 ini? Anda hanya perlu melakonkan semula satu babak dalam salah sebuah drama bersiri yang bertanding dalam kategori Anugerah Drama Rantaian Popular Media Sosial iaitu Rindu Awak 200%, Setitis Kasih Darmia dan Tentang Hati. Muat naik video tersebut berserta hashtag #CabaranASK2015 di laman Instagram anda. Pastikan akaun Instagram anda ditetapkan untuk tatapan umum.

Hanya seorang pemenang lelaki dan seorang pemenang perempuan akan dipilih oleh Yana Samsudin dan Syafiq Kyle sebagai teman mereka untuk hadir ke ASK 2015 nanti. Dua pemenang tersebut juga menerima layanan istimewa dalam mempersiapkan diri ke acara karpet merah bersama-sama Yana Samsudin dan Syafiq Kyle. Ikuti laman Instagram @yanasamsudin dan @thesyafiqkyle untuk perkembangan terkini.

ASK 2015 menampilkan Babies Blinks Gold sebagai penaja utama. Selain menaja dua anugerah utama iaitu Pelakon Wanita Terbaik Drama dan Pelakon Wanita Terbaik Filem, Babies Blinks Gold turut menyampaikan Anugerah Bintang Bersinar Babies Blinks Gold kepada selebriti yang tampil paling segak atau anggun di acara karpet merah Anugerah Skrin 2015.

Peraduan #ImpianASK yang diadakan oleh Babies Blinks Gold di Instagram menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM10,000 dan juga tiket VIP Anugerah Skrin 2015 kepada para pemenang. Untuk menyertainya, anda perlu ‘follow’ @impianask. Muat naik gambar selfie anda bersama produk Babies Blinks Gold. Gambar dan slogan paling kreatif dengan hashtag #impianask dan #ask2015 akan dipilih sebagai pemenang. Akaun Instagram anda perlu ditetapkan untuk tatapan umum. Peraduan ini berlangsung dari 22 September – 31 Oktober 2015.

Selain itu, Anugerah Skrin 2015 juga menampilkan Tonton, Hot FM, Harian Metro dan ZIP (Majalah Digital) selaku rakan media. Kru penerbitan Anugerah Skrin 2015 diketuai oleh Muhamad Sufian Isa, Pengurus Penerbitan Hiburan, Khalijah Mohamed selaku Penerbit Eksekutif dan Roslina Abd Rahman sebagai penerbit dari Primeworks Studios.

Layari laman web www.tv3.com.my dan www.anugerahskrin.com serta Facebook, Twitter & Instagram TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Hangatkan lagi perbualan di laman sosial dengan hashtag #ask2015.

Adiba Yunus

Amyra Rosli

Azwan Kombos

Bil Azali

Izzue Islam

Jue Aziz

Nazrief Nazri

Raja Ilya

Siti Saleha

Syafiq Kyle

Mengenai Lyanaz Beauty Care
Lyanaz Beauty Care Sdn Bhd adalah syarikat kepunyaan bumiputera yang telah didaftarkan pada 12 Ogos 2014 sebagai sebuah syarikat perniagaan yang mengeluarkan produk penjagaan kesihatan dan kecantikan. Formula yang digunakan oleh Lyanaz Beauty Care adalah dari bahan-bahan semulajadi dan direka khas untuk kulit orang Asia. Ianya telah dibuktikan secara klinikal dan telah memberikan perubahan positif yang ketara serta bersesuaian dengan semua peringkat umur.

Sejak ditubuhkan, Lyanaz Beauty Care telah mengeluarkan pelbagai jenis produk antaranya Babies Blinks 5 in 1, Cotton Skin, Pimple Magic Roll On, Babies Blinks Gold, Lipstik Collagen Coklat Vanilla, 2 In 1 Lynn DD Cream Compact Cake, 7 Days Whitening, Jus Kurnia Terpilih, Angel Pink, Babies Slim Expert Garcinia, Fruity Shampoo, Marshmallow White Bies, Superstaz Blink Masker, Pearl White, Babies Slim Stemcell, Serum Awet Muda, Babies Blinks Coffee, Babies Blinks Chocolate, Coffee Walit dan Coffee Babies Blinks Gold.

Lyanaz Beauty Care kini mempunyai satu ratus (100) kakitangan dan disokong oleh lebih lima puluh (50) stokist dan pengedar diseluruh Malaysia, Brunei dan Indonesia. Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03-41444460/ 012-2431309.

KATEGORI-KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN DALAM ASK 2015

Drama
Drama Terbaik
Lakon TV Terbaik
Pengarah Terbaik Drama
Penyunting Terbaik Drama – Kategori Baharu
Videografi Terbaik Drama
Pelakon Lelaki Terbaik Drama
Pelakon Wanita Terbaik Drama (Ditaja oleh Babies Blinks Gold)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
Drama Rantaian Komedi Terbaik
Drama Rantaian Terbaik
Drama Rantaian Popular Media Sosial

Filem
Filem Terbaik
Lakon Layar Terbaik
Pengarah Terbaik Filem
Pelakon Lelaki Terbaik Filem
Pelakon Wanita Terbaik Filem (Ditaja oleh Babies Blinks Gold)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem

Penerbitan Dalaman
Rancangan Bual Bicara Terbaik
Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik
Laporan Khas Berita Terbaik
Rancangan Hiburan Terbaik
Rancangan Anugerah Terbaik
Rancangan Realiti Terbaik

Teknikal
Videografi Terbaik
Suntingan Terbaik
Penataan Cahaya Siaran Langsung Terbaik
Penataan Bunyi Siaran Langsung Terbaik
Rekabentuk Set Terbaik
Montaj Terbaik

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kisah Bintang Bola Sepak Dalam Filem GOAL! THE DREAM BEGINS

Pengalaman Budiey Seharian di KL CONVERGE! 2015