Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











SERINA RIDZUAWAN, ZACK KOOL DALAM DRAMA RODA-RODA KL



RODA-RODA KL : DRAMA BERSIRI TERBAHARU SKOP PRODUCTION SDN BHD, SETIAP SELASA, JAM 10.00 MALAM DI RTM2

Drama-drama yang diterbitkan Skop Production Sdn Bhd sememangnya tidak pernah menghampakan penonton terutama melibatkan drama bercorak kepolisian dan terbaharu menerusi Roda-Roda KL yang mengangkat usaha murni anggota polis trafik dalam menggalas tugasan seharian mereka.

Justeru RTM2 mengambil inisiatif menyiarkan Roda-Roda KL, setiap Selasa, jam 10.00 malam dengan mengetengahkan episod-episod berbeza antaranya menerusi tajuk Pelumba Malam, Taktik, Semangat Perwira, Integriti dan Liku-Liku Jalanan yang pastinya mampu memberikan kesedaran dan pengajaran berguna kepada penonton seperti isu lumba haram yang semakin berleluasa di kalangan remaja.

Roda-Roda KL dalam tajuk menarik Pelumba Malam mengisahkan Remy terkenal sebagai pelumba motosikal di sekitar Kuala Lumpur yang di anjurkan oleh Tauke Lim dan Zack. Pasukan Trafik mendapat maklumat tentang perlumbaan haram yang rancak diadakan hampir setiap minggu. Mereka giat mencari maklumat dan menjalankan operasi.

Sementara itu, Remy di cabar oleh Malik, pelumba yang memang di geruni satu masa dulu. Ramon cuba menasihati abangnya untuk tidak berlumba lagi tetapi tidak di endahkan oleh Remy.

Dalam pada itu Kopral Kamarul dan L/Kpl Rina ditugaskan membuat undercover bagi mengesan dalang perlumbaan haram lalu menyamar sebagai mat rempit untuk menumpaskan geng itu.

Manakala menerusi tajuk Taktik melibatkan kes geng perompak menggunakan taktik dengan melanggar belakang kereta mangsa kemudian menyamun dan melarikan kereta mangsa. Kejadian kerap terjadi kepada gadis-gadis yang memandu seorang diri, lebih-lebih lagi pada waktu malam.

Mangsa terbaru adalah seorang gadis yang di rompak di satu lokasi sunyi. Korpal Kamarul telah terserempak dengan mangsa di lokasi kejadian. Ekoran dari itu polis trafik Kuala Lumpur turut membantu cawangan jenayah bagi menjejaki suspek.

Dalam satu lagi tajuk menarik pula, Liku-Liku Jalanan memaparkan kisah tugas anggota trafik dianggap sekadar mengawal lalulintas, sebaliknya mereka memikul tanggungjawab yang lebih besar. Ini termasuk karenah dan rungutan daripada orang awam dan juga ketika berurusan dengan golongan elit dan orang atasan.

Dalam satu insiden, Kpl Kamarul terpaksa menyaman pemandu Tan Sri Hashim, seorang tokoh politik yang terkenal kerana kesalahan lalulintas. Prinsip Tan Sri Hashim yang sanggup disaman walaupun dia seorang yang berpangkat membuat semua anggota pasukan trafik bangga dengan sikapnya itu.

Dalam pada itu, satu rompakan bank berlaku dan bantuan daripada pasukan trafik diperlukan. Mereka diminta mengawasi laluan utama dan jalan-jalan yang mungkin dilalui oleh suspek.

Roda-Roda KL menampilkan lakonan berkesan digalas oleh Serina Ridzuawan, Zack Kool, Suhaiza Suhaimi, Husain Hashim dan Aisyah Atan menerusi 13 episod siarannya.

Pastikan ada meluangkan masa menonton Roda-Roda KL dengan tajuk-tajuk menarik yang sekaligus dapat menyumbang pengajaran kepada penonton ini, setiap Selasa, jam 10.00 malam di RTM2.

Tags: ,

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Ida Nerina Masih Belum Sembuh
  • Senarai Pencalonan Drama Anugerah Skrin 2011
  • Drama Roda-Roda KL Lakonan Serina Redzuawan, Jalaluddin Hassan, Memey Suhaiza
  • Biodata, Profile & Gambar Serina Redzuawan
  • Maskiran Jakiran dan Nor Fouziah Mohd Gous Hos Baru Roda Impian
  • Drama Camar Putih Mengisi Slot Cindai
  • Serina Redzuawan Selamat Melahirkan Anak Sulong
  • Let’s Try Segway PT PAUL BLART MALL COP
  • Profile DHINI AMINARTI Pelakon Drama Wulan
  • Gambar Serina Redzuawan di Pelancaran Mifa 2009



  • 6 Komen untuk entri “SERINA RIDZUAWAN, ZACK KOOL DALAM DRAMA RODA-RODA KL”

    1. baby_manja kata:

      xda lirik lagu nya ka ?saya minat sgt ngn lagu roda2 kl tw !!!!

    2. ahmad zain kata:

      saya suka sangat drama besiri roda-roda K.L dan saya ingin melayari laman web lagu roda-roda K.L

    3. faizal kata:

      hai, sya harap crita ni lebih baik dri GERAK KHAS……..

    4. Nur Farhana Syazwani Bte Yaakub kata:

      Salam,saya harap cerita roda-roda kuala lumpur ini dapat di teruskan.setiap rabu,saya pasti akan melihat cerita ini.saya harap cerita ini tidak di hentikan.pelakon jugu tidak kurang hebatnya;kerana dapat menjalakan watak dengan hebat sekali;OK1

    5. syawalseni ask kata:

      Ingin tahu, siapa 2 pelakon Roda Roda KL bergiat dalam sukan bolasepak dan menyertai pasukan PSC Kuala Lumpur?

    6. mugindrakumar kata:

      hai.saya minat sANGAT cerita ini…………………..roda-roda kl boleh………..

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK