Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Sekitar Sambutan Saida FC di Hari Jadi Saida Back To School



Pada 13 Disember, Sabtu lalu, jam 2 petang, Budiey telah dijemput untuk turut sama meraikan hari jadi Saida yang ke-32. Tentu semua pembaca masih ingat dengan entri malam sebelum itu, Budiey juga dijemput oleh Siti Nurhaliza Productions untuk turut sama meraikan kejutan hari jadi Saida oleh adiknya, Dato’ Siti Nurhaliza di Red Box Plus, Pavilion.

Namun, pada keesokannya, iaitu pada hari jadi Saida, peminat bintang kelahiran Akademi Fantasia yang menamakan diri mereka SAIDA FC ini berkumpul beramai-ramai di Dewan Mahligai, Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Terima kasih kepada Wani dari Saida FC yang sudi menjemput Budiey. Pertama kali bertemu mata dengan semua peminat yang semuanya mesra buat Budiey rasa gembira.

Bertemakan ‘Back To School’, Budiey kira majlis ini sangat berjaya menepati tema. Dari suasana dewan, atur cara sehinggalah cara pemakaian peminat yang hadir, Budiey lihat ini sesuatu yang baru dan pertama kali Budiey alami. Belum pernah Budiey lihat event yang mengembalikan kita kepada kenangan masa zaman persekolahan dulu. Dari pintu masuk dewan hinggalah ke hiasan dalam dewan disuntik dengan dekor seperti sebuah sekolah. Memang kreatif jugak Saida FC nih. Ada yang pakai baju sekolah, ada yang pakai baju sukan, nasib baik tiada peminat yang datang dengan pakaian pengakap dan kadet.

Jumlah peminat Saida tidaklah ramai sangat yang datang join. Saida tiba tepat pada waktunya dan disambut dengan ramah tamah dan kegembiraan oleh peminat yang bertemu dengan artis pujaan mereka. Apa yang menariknya, majlis pada petang itu boleh digambarkan seperti padang perhimpunan mingguan sekolah.

Setibanya Saida, majlis bermula dengan bunyian loceng dan seterusnya peminat diminta berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku. Seterusnya doa dan diikuti dengan ucapan dari Saida. 

Dari muka pintu, dah nampak meja pendaftaran. Siap dikasinya goodie bag yang berisi buku tulis dan juga kad kehadiran. Senang nak tulis markah kat situ. Kalau nak kasi markah, Budiey kasi je 9/10 untuk majlis ini.

Tengoklah hiasan dinding pun mengembalikan nostalgia kita. Zaman persekolahan kan satu zaman yang penuh dengan kenangan manis.

Saida tiba dengan pakaian sukan. Rumah sukan dia, pasukan merah jambu.

Hadir bersama suami Saida dan anak perempuannya.

Famili ceria dan bahagia. Selamat hari jadi, Saida!

Antara peminat yang datang.

Diorang sedang berdiri menyanyikan lagu Negaraku tapi takde bendera yang dinaikkan. Patut kena ada tiang bendera. Baru gempak.

Bacaan doa.

Ini kek hari jadi yang dihadiahkan oleh Saida FC kepada Saida.

Peminat Saida yang hadir.

Saida sedang melayan peminat ambil juadah makanan.

Posing untuk pembaca Sensasi Selebriti

Lepas tu, ada cabutan bertuah, persembahan dari Saida dan games. Seronok tengok diorang ni berseronok.

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Kejutan AF6: Saida Kakak Siti Nurhaliza Masuk AF 6
  • Gambar Saida & Sairah di Pelancaran Ewah-Ewah TV3
  • Gambar Saida di Pelancaran Album Lentera Timur
  • Lagu Segalanya Cinta Single Pertama Siti Saida
  • Gambar Terbaru Saida Bersama Anak
  • Gambar 14 Pelajar Akademi Fantasia 6
  • Eksklusif: Gambar Dato’ Siti Nurhaliza Buat Kejutan Birthday Saida
  • Gambar Saida di Pelancaran Album CTKD
  • Saida AF6 Kena Badi & Konsert AF6 di Istana Budaya
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza @ Pra Kemuncak Anugerah Bintang Popular



    • atuk

      seronoknyaaaa dapat firdt lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

    • saida fc1

      a ah ek .. klu ada bendera lagi best ek… thnks budiey for the review..

    • april24

      mmg besh tau…tq budiey sudi dtg :p

    • zaff

      aaarrggghhhh…. tidaaaakkk…. ku tak suka gmbr yg last tuuu….

      tak patut… mcm mana laa… ku leh jadi org pertama yg kene poison box tu…huuwwaaaa….

      walauapepun….. majlis tu happening best….. salute and tabik spring to all the AJKs…. cayalah!!!!

      good job!!!!

      alalala… en budiey kiter nih…. datang dgn tunang tersayang gitu… hehehe….

    • http://sensasiseni.blogspot.com SENSASI SENI

      LAR, TEMA BAJU TU RAMAI YANG TAK PAKAI, TERUTAMA CIKGUNYA, PATUT MCM CIKGU KAT SEKOLAH, PAKAI BAJU KURUNG. TETAMU PUN BOLEH KIRA DENGAN JARI

    • Wanie

      Cikgu besar mmg tak pakai baju sekolah tp pakai tshirt sekolah..adakah anda perhatikan? :D

      Takleh lah bilang jari…bilang jari kaki pun takleh.. :P

    • http://www.e-rafa.com Honeybee

      Sedih + kesian tgok kt white board tu ..

    • june

      wahh meriahnya sambutan…

    • http://www.e-rafa.com Honeybee

      Byk2 FC .. KFC gak yg best!

    • http://kai.asidz.per.sg kai

      wa best nye…
      waaaaaa…
      nasib baik le den kene Wakil Sekolah Lawan Badminton ekekeke..
      kalo x kompom meletop majlis tu..
      kekeke…

    • nita

      a ah..mengapa tak ramai yang datang??sepatutnyer kena kumpul semua peminat dah ramai baru buat majlis…baru seronok…

    • Wawa

      Penyertaan terhad…plus dewan besar…
      Sapa cepat dia dapat…
      igt lg majlis berbuka puasa…so grand

    • liza

      Berapa org jer yg pakai baju sekolah, yg lain tu pakai baju T.shirt dan Jeans, manada sekolah mcm tu, patutnya yg datang tak pakai uniform jgn la diambil pic, mcm kelam kabut jer majlis ni

    • hafiz

      ala.. jgn lee menilai pada gambar… cuba pegi sendiri majlis tu.. baru tau.. N press dtg pada awal majis shj… bukan smpai abes..

    • shidee

      memang la cikgu pakai T-shirt…..itukan baju sukan…..
      janji baju yg dipakai berkaitan dgn acara sekulah……ada paham ka…..

    • Wawa

      I know yg komen ni pun press yg dtg jg…
      Sian tu lah dtg tp tak abes..then judg the majlis..
      Tu lah kalau blajar tak tinggi tu sng buat speku…
      BTW, nmpk ke sme pki baju pink..so then itu baju sekolah..
      Pe slh pki jeans pun…it’s not full attire of it..just part of it..



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK