• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Sekitar Pra Tonton Filem Mukhsin

9
  • by Budiey
  • in Adibah Nor · Edry KRU · Fatimah Abu Bakar · Ning Baizura · Noorkhiriah · Rozie Rashid · Sharifah Aleya · Sharifah Amani · Sharifah Aryana · Zaibo
  • — 1 Mar, 2007

 

     Bertempat di Golden Screen Cinemas, Majlis Pra Tonton Filem Mukhsin telah berlangsung dengan dihadiri oleh para pelakon, krew belakang tabir, artis, selebriti, wartawan media, blogger dan tetamu jemputan. Agak sendat dan padat dewan 12 itu dengan hadirin. Menampakkan kepada saya betapa para jemputan rasanya tidak sabar dan ada di kalangan penulis blog yang rela mengambil cuti separuh hari untuk menjamu mata dengan santapan puitis garapan daripada Yasmin Ahmad ini.

     Saya tidak sabar untuk menonton apakah pembaharuan yang telah dilakukan oleh Yasmin dalam filemnya yang ketiga ini. Apakah masih sama atau sudah ada peningkatan. Apakah Yasmin sudah mula bertapis atau masih terus jujur dan berterus terang dalam karyanya? Atau apakah akan wujud isu-isu yang akan dibangkitkan oleh pengkritik yang ‘bertauliah’ di luar sana nanti…

     Hehe… rasanya pasti akan ada. Kan Yasmin memang tak sunyi daripada dihujani kontroversi?

     Filem ini merupakan filem pertama Grand Brilliance untuk tahun 2007. Satu pembukaan yang punya momentum yang kuat. Filem yang menelan belanja RM1.5 juta dengan kos promosi dan pembikinan ini dikatakan akan memberi anjakan baru kepada Grand Brilliance kerana plotnya agak unik. Bagi saya, kos ini agak kecil kerana tidak banyak menggunakan kesan khas atau aksi lasak.

     Namun, saya boleh jamin filem ini akan ‘pecah panggung’. Dijangkakan pada hari pertama atau minggu pertama tiket akan habis ditempah. Ini berikutan daripada kejayaan serta rekod filem arahan Yasmin sebelum ini dan impak dari kejayaan filem Mukhsin di beberapa festival filem. Bikin khalayak teruja dan excited untuk ke pawagam.

     Bercakap pasal festival, pihak Grand Brilliance turut membawa filem Mukhsin yang mengetengahkan kehidupan sosial masyarakat kita ini ke mata dunia dengan penyertaan ke festival-festival bertaraf antarabangsa seperti Festival Filem Antarabangsa San Francisco, Hong Kong dan Pusan. Akan datang, filem ini juga akan menjadi ‘tetamu’ di festival di negara seperti Norway, San Francisco, Amerika Syarikat, Sweden, Korea Selatan, Hong Kong dan Africa. Selamat maju jaya saya ucapkan.

     Bagi saya, filem Mukhsin merupakan filem yang sederhana, santai lagi menghiburkan, penuh komedi mencuit perasaan, padat dengan sindiran yang tajam lagi pedas dan saya rasa filem ini sebuah sinematografi yang memang cantik. Pelbagai emosi akan lahir dari filem ini. Saya banyak ketawa daripada menitiskan air mata. Sindiran tajam juga boleh mengundang ketawa penonton kerana disampaikan dengan pedas dan simbolik.

     Filem ini telah berjaya mengembalikan kembali nostalgia saya ketika melalui zaman kanak-kanak yang penuh dengan alam keriangan. Filem ini penuh dengan mesej yang begitu berkesan dalam mengajar kita erti sebuah perpaduan hidup berjiran dan bermasyarakat.

     Dapat dilihat bahawa filem ini mempunyai estetika dan artistik yang tersendiri kerana ada unsur-unsur simbolik dan gambaran yang begitu puitis. Filem ini mengisahkan kasih sayang dan persoalan cinta pertama yang dilalui oleh kanak-kanak yang sedang melangkah ke dunia remaja. Zaman remaja melalui akil baligh memang penuh ranjau dan cabarannya.

     Saya rasa ianya disampaikan dengan penuh hemah dan jujur oleh Yasmin kerana segala yang dipaparkan adalah satu realiti yang pernah berlaku.

     Boleh dikatakan semua pelakon datang untuk memberi sokongan padu untuk menjayakan promosi filem ini. Antaranya boleh saya sebut di sini, Mohd Syafie Naswip sebagai Mukhsin, Sharifah Aryana sebagai Orked, Sharifah Aleya sebagai Mak Inom, Irwan Iskandar sebagai Pak Atan, Adibah Noor sebagai Kak Som, Rozie Rashid, Noorkhiriah dan Sharifah Amani dan ramai lagi.

     Antara selebriti yang datang ialah Ning Baizura bersama Mr. Manager, Norman KRU, Yusri KRU, Osman Ali, Zaibo, Habsah Hasan, Fatimah Abu Bakar (yang menemani anaknya, Syarifah Aryana yang menjadi teraju utama) dan ramai lagi.

     Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Grand Brilliance kerana sudi menjemput para blogger hiburan bagi membantu untuk mempromosikan produk mereka. Seterusnya, mengiktiraf penulis blog sebagai salah satu entiti bagi menjadi pemerhati dan medium untuk menyalurkan informasi kepada masyarakat umum.

     Antara blogger popular lagi ternama turut menyerikan majlis ialah Suanie, Bluehikari, Sultanmuzaffar, Fiebie, Mr. Manager, Klubbkidd, Nizam Zakaria, Zulhabri, Fadz dan ramai lagi.

     Untuk tahun 2007 sebanyak 30 filem Melayu akan menanti dan beratur panjang untuk ditayangkan kepada khalayak. Daripada jumlah tersebut sebanyak 6 buah filem adalah daripada terbitan Grand Brilliance.

     Walaupun tempoh tayangan masih tinggal 7 hari lagi daripada hari ini, saya ingin menggatalkan tangan saya dengan menyelitkan sedikit sinopsis filem Mukhsin:

     Orked bukan seperti budak perempuan lain, yang lebih suka bermain masak-masak dan kahwin-kahwin. Dia yang kasar kelakuannya, sukar diterima kanak-kanak lain di kampungnya. Malah, orang kampung memandang aneh keluarga ini seperti ketika Orked dan ibu, Mak Inom bermain hujan sementara ayah, Pak Atan melagukan keroncong.

     Satu hari, Orked memerhati budak-budak lelaki bermain ‘hantu galah.’ Bila seorang pemainnya terseliuh kaki ada yang mencadangkan Orked menggantinya, tetapi seorang budak lelaki lagak ketua bukan saja enggan, malah membaling bola ke arahnya.

     Orked diam, tidak mengelak biarpun bola yang dibaling keras terkena badannya. Sedang mereka mentertawakannya, dia membalas dengan membaling bola sama ke arah budak lelaki tadi yang terkena dahinya.

     Dan, hidup Orked pun berubah.

     Kehadiran Mukhsin, budak lelaki itu yang datang bercuti di kampungnya membibitkan persahabatan di antara mereka. Orked malah bergaya seperti Mukhsin – baju dan seluar lusuh, serta berkaki ayam, bermain dengan budak lelaki, memanjat pokok dan berbasikal.

     Tapi, sebagai kanak-kanak yang meningkat remaja, Mukhsin mula menyimpan rasa terhadap Orked, menyebabkan ujud permasalahan antara mereka. Dan, bagaimana perasaan cinta mampu merosakkan sebuah persahabatan.

     Filem Mukhsin berkisar tentang kasih sayang dan percintaan antara watak Orked, 10, dan Mukhsin, 12. Filem ini memaparkan tentang rasa cinta pertama yang timbul di hati mereka.

     Bagaimanapun ketika itu masalah yang timbul ialah Orked masih terlalu mentah untuk bercinta, manakala Mukhsin pula sedang melalui zaman peralihan akil baligh.

     Hingga hari terakhir Mukhsin meninggalkan kampung Orked, dia masih gagal meluahkan rasa cintanya.

     Lalu Mukhsin pergi meninggalkan satu kenangan cinta indah buat Orked yang turut diminati seorang kanak-kanak Cina di sekolahnya.

Mesti baca:

1. Filem Mukhsin: Kemegahan atau Kejelikan?

2. Ulasan Klubbkidd

3. Ulasan Fiebie

4. Corat Coret Mr. Manager

Foto-foto yang sempat diambil ketika majlis pra tonton filem Mukhsin:

Untuk foto yang lebih BESAR & JELAS, sila layari: http://budifoto.blogspot.com/

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: Adibah NorEdry KRUIrwan IskandarMohd Syafie NaswipNoorkhiriahRozie RashidSharifah AleyaSharifah AmaniYusri Abd HalimZaibo

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Sunday Nite Live – Hazami & Soul Friends di Planet Hollywood
  • Next story So You Think You Can Dance?

ENTRI BERKAITAN

  • Gambar Pelakon Puaka Tebing Biru di Tayangan Media 19 Feb, 2007
  • Luigi Bajona & Ning Baizura Europe History 23 Feb, 2008
  • Sharifah Amani & Beto Khusyairi Kejar Cita & Cinta 23 Apr, 2011
  • Ning Baizura Selamat Melahirkan Bayi Lelaki di Hari Ulangtahun Perkahwinan Ke-5 31 Jan, 2013

9 Comments

  1. P-nut says:
    Thursday, March 1, 2007 at 8:39 am

    uwaaa terujanya nak pegi tengok…..musti kena booking tiket ni, kalo tak sure pack…. jelesnyaaaaaaaa

  2. rudy bluehikari says:
    Thursday, March 1, 2007 at 1:00 pm

    I saw u but unfortunately, too SEGAN nak tegur. Anyway, mungkin kena amik masa. Thanx for mentioning my blog in your review. Anyway, siapa yang tak faham ketika menonton MUKHSIN memang perlu menonton kali kedua untuk memahamkan makna KASIH-SAYANG dalam hidupnya. Masih tak berkesempatan untuk review filem ini. Saya cuma tertarik kepada tulisan2 cina di papan hitam di bilik orked dan buku latihan orked. So touched! [saya boleh memahami beberapa baris tulisan hantzu itu] .Ia menggambarkan perasaan sebenar yasmin kepada idolanya mukhsin. Hingga tiru cara pemakaian mukhsin. Sayangnya orked masih muda (10 tahun) dna tidak mengerti perasaan yg wujud pada mukhsin (12 tahun dah nak akil baligh).

  3. Budiey says:
    Thursday, March 1, 2007 at 9:03 pm

    Kak P-nut, wah komen akak ni kira buat pertama kali la ya. Terima kasih sbb sudi lawat blog Budiey.

    Hey Rudy… la tercari-cari jugak Rudy masa tu… tapi tak jumpa. Lain kali tegur la ya. Nak sangat jumpa dengan Otai Blogger… hehehe

  4. P-nut says:
    Thursday, March 1, 2007 at 11:59 pm

    ehhh sbl ni dah pernah komen kat sini la..
    tp ye la…saper la kita ponnnn orang tak pandang ponnnnn….

    * huk..huk..huk…berlalu pergi lari bersembunyi

  5. tobymiaw says:
    Friday, March 2, 2007 at 8:39 am

    Alahai.. ruginya terlepas tayangan ni… Harap ada Mukhsin II dua tahun lagi…

  6. Mr. Manager says:
    Saturday, March 3, 2007 at 4:13 am

    Thanks for linking me, Budiey, but the correct link is http://mrmanager.blogspot.com/2007/02/mukhsin-premiere.html :-)

  7. As Suanie Sees It - mukhsin - orked’s first and memorable love says:
    Monday, March 12, 2007 at 11:43 pm

    [...] More MUKHSIN reviews: Sultan Muzaffar, Budiey, KlubbKidd, The Drowmage, Ted’s Thoughts. [...]

  8. zaty says:
    Monday, April 20, 2009 at 7:01 pm

    wowowowo…… FATIMAH ABU BAKAR.
    sume anak2 gadis ikot jejak mummy
    dowang nieen..!!! memang dah keturunan
    darah seni mengalir dalam badan dowang.
    SHARIFAH ALEYA.. SHARIFAH AMANI..
    SHARIFAH ALEESYA.. SHARIFAH ARYANA..
    memang pon chantek2 gak taw…!!!!!!

  9. sara says:
    Sunday, April 4, 2010 at 4:31 pm

    minat semua filem yg diarahkan oleh abg ahmad idham…isterinya pun cantik.kalau ada peluang sy pun nak jd artis di bwh arahannya…sejuk mata tgok wajah abg ahmad idham dan isteri…semoga berjaya….amin.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Koleksi Gambar Anuar Zain Dengan Gaya Smart Kasual
    • Ulasan Album Lagu Terbaik dari Kotak
    • Album Sohaimi Mior Hassan 1 Kini Di Pasaran
    • Gambar Ulangtahun Pertama Sophie Paris Malaysia Meriah
    • Drama Rindu Ini Milik Dia Temukan Memey Suhaiza & Talha Harith
    • Drama Bersiri Etnik Demi Sugit Lakonan Anding Indrawani
    • Samsung Unifies Best-in-Class Windows PCs Under ATIV Brand
    • Isu Tangkap Khalwat Tunang Shahz Jaszle Mahukan Penjelasan
    • Gambar Sekitar Karnival Seni Kreatif Kita di Pasir Gudang
    • Telenovela Dangerous Love Dingdong Dantes & Marian Rivera di TV3
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • najwa-latifNajwa Latif Bakal Meriahkan Festival Kenyir 2013Monday, May 13, 2013
    • siti-nurhaliza-galau-videoKonsert Solo Siti Nurhaliza in Symphony di Dewan Filharmonik PetronasMonday, May 13, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • Nurhaliza on:Dayana, Azzam, Arill dalam Drama Misteri Rumah Tua
    • MeYmEy on:Nadia Mustafa, Leez Rosly, Nisha Dirr Dalam Cubit Cubit Sayang
    • nora on:Isu Tangkap Khalwat Tunang Shahz Jaszle Mahukan Penjelasan
    • Sara on:Isu Tangkap Khalwat Tunang Shahz Jaszle Mahukan Penjelasan
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Koleksi Gambar Anuar Zain Dengan Gaya Smart Kasual
    • Ulasan Album Lagu Terbaik dari Kotak
    • Album Sohaimi Mior Hassan 1 Kini Di Pasaran
    • Gambar Ulangtahun Pertama Sophie Paris Malaysia Meriah
    • Drama Rindu Ini Milik Dia Temukan Memey Suhaiza & Talha Harith
    • Drama Bersiri Etnik Demi Sugit Lakonan Anding Indrawani
    • Samsung Unifies Best-in-Class Windows PCs Under ATIV Brand
    • Isu Tangkap Khalwat Tunang Shahz Jaszle Mahukan Penjelasan
    • Gambar Sekitar Karnival Seni Kreatif Kita di Pasir Gudang
    • Telenovela Dangerous Love Dingdong Dantes & Marian Rivera di TV3
    • DiGi WWWOW Internet For All Awards 2013
    • Primeworks Studios Julang Anugerah di Intermedia-Globes Di World Media Festival
    • The 10th Olympic Day Run Dataran Merdeka 23 Jun
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.