in , , , ,

Filem MUKHSIN: Kemegahan atau Kejelikan?

Akhirnya, saya sudah pun menonton Filem Mukhsin. Filem yang saya tunggu-tunggu. Filem yang juga dinanti-nantikan oleh penggemar filem arahan Yasmin Ahmad.

Irama keroncong dari lagu tema Filem Mukhsin ini kini bergema di segenap ruang. Lagu ini banyak memberi gambaran isi luar dan dalam filem ini. Tema cinta dan kasih sayang yang cukup artistik masih lagi utuh menjadi tema utama filem Mukhsin.

Mukhsin_Green_Poster

Lirik lagu Hujan, lagu tema filem Mukhsin ciptaan ayah Yasmin Ahmad sendiri:

Mega mendung di angkasa
Hembusan bayu dingin terasa
gerimis berderai di merata
bagai mutiara

Rahmat dibawa bersama
Limpahannya meresap dijiwa
adakala bahgia terasa
meskipun duka nestapa

Tika hujan turun
sayup mendayu lagu keroncong
merdu irama dialun
bersenandung

Hujan membasahi bumi
melahirkan keluhuran budi
mengeratkan perpaduan suci
kasih sayang abadi

Lagu keroncong yang dipasang berulang-ulang dalam dewan panggung Golden Screen Cinemas menambahkan rasa teruja yang menghantui saya sebelum pra tonton hari ini. Merdu dan mendayu-dayu sungguh lagu ini apatah lagi apabila dinyanyikan oleh Adibah Nor, yang juga menjadi pelakon utama filem ini. Lagu ini seolah-olah ingin menyuntik memori dan nostalgia. Seperti filem ini juga yang boleh menggamit memori zaman kanak-kanak saya.

Untuk melihat foto sekitar tayangan pra tonton filem Mukhsin, sila klik: http://budifoto.blogspot.com/2007_02_28_archive.html

Foto sneak preview filem Mukhsin. Foto kredit & ihsan daripada Grand Brilliance Sdn Bhd :

404572220 3Eafc5B273 | 4
404567684 6208F2809A | 5
404564946 Dd96B8D87D | 6
404570223 5B6C9762B0 | 7

Akhirnya, saya sudah pun menonton Filem Mukhsin. Filem yang saya tunggu-tunggu. Filem yang juga dinanti-nantikan oleh penggemar filem arahan Yasmin Ahmad. Selepas Rabun, Sepet dan Gubra, karya Yasmin Ahmad kali ini menjadi buah tangan yang punya nilai sentimental bagi saya. Apa yang menjadi nilai sentimental itu, nanti saya ceritakan kemudian ya.

Nantikan juga foto-foto sekitar pra tonton Filem Mukhsin yang akan dipublish di blog ini.

Petang tadi, majlis pra tonton filem Mukhsin berlangsung dalam suasana meraikan kemeriahan sambutan kemenangan filem ini di Berlin. Apa tidaknya, filem Mukhsin diiktiraf sebelum tayangan di negara sendiri. Umum sudah tahu yang Filem Mukhsin telah memenangi Anugerah Filem Terbaik bagi kategori Generasi Baru di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-57 pada 17 Februari lalu. Bukan itu sahaja, filem terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd turut mencatatkan kemenangan berganda apabila berjaya meraih tempat kedua bagi Anugerah Juri Kanak-Kanak.

Apakah kemenangan ini bisa menutup mulut-mulut jahat yang menidakkan mutu dan terus mendakwa filem Yasmin menconteng budaya dan adat Melayu? Atau apakah kali ini mereka akan terus mengorek segala yang jelik dalam filem Mukhsin? Korek dan galilah… silakan.

Filem ini akan menemui penonton pada 8 Mac ini di 30 pawagam seluruh negara. Persoalan, apa lagi isu atau kontroversi yang bakal datang menerjah naskah Yasmin kali ini? Ya, saya dengar juga. Belum apa-apa lagi sudah ada yang mengatakan filem ini seolah ingin mengajak dan mengajar budak-budak remaja belasan tahun bercinta. Apakah ukuran mereka mendakwa sedemikian? Adakah dengan hanya membaca sinopsis atau sekadar melihat poster?

Tontonlah dahulu sebelum buat apa-apa andaian.

Saya anggap, dengan pengiktirafan negara luar terhadap filem Mukhsin, ini satu kemenangan buat semua sekurang-kurangnya nama negara dikenali sebagai antara pengeluar filem bermutu. Ini yang sepatutnya dilahirkan bukan melempar rasa kurang senang dengan garapan stail Yasmin yang dikatakan sentiasa mengundang kontroversi dengan menyentuh sensitiviti Melayu yang terkurung dalam taboo (pantang larangnya… Ops!)

Sebaliknya bagi penggiat dan pencinta filem tempatan semuanya meraikan kemenangan ini dengan rasa cukup rendah diri. Dua anugerah di Berlin berjaya menggamit perhatian juri. Bukan senang untuk mendapat kepercayaan orang luar. Semua itu tidak akan tercapai sekiranya tiada mutu keunggulan dan nilai estetika yang tinggi.

Lagu OST Tema filem Mukhsin:

Ne Me Quitte Pas (Don’t Leave Me) – Nina Simone
ENGLISH TRANSLATION:

Ne me quitte pas
Il faut oublier
Tout peut s’oublier
Qui s’enfuit déjà
Oublier le temps
Des malentendus
Et le temps perdu
A savoir comment
Oublier ces heures
Qui tuaient parfois
A coups de pourquoi
Le coeur du bonheur
Ne me quitte pas

Don’t leave me
We must forget
All we can forget all we have done
Let’s forget the cost of the breath
We’ve spent saying words unmeant
And the times we’ve lost hours that must destroy
Never knowing why everything must die at the heart of joy
Don’t leave me

Moi je t’offrirai
Des perles de pluie
Venues de pays
Où il ne pleut pas
Je creuserai la terre
Jusqu’après ma mort
Pour couvrir ton corps
D’or et de lumière
Je ferai un domaine
Où l’amour sera roi
Où l’amour sera loi
Où tu seras reine
Ne me quitte pas

I’ll bring back to you pearls of rain
From a distant land where rain never fell
And until my death I’ll keep mining the ground
To cover your body in gold and light
I’ll build you a domain where love is law
Where love is king and you are queen
Don’t leave me

Ne me quitte pas
Je t’inventerai
Des mots insensés
Que tu comprendras
Je te parlerai
De ces amants-là
Qui ont vue deux fois
Leurs coeurs s’embraser
Je te raconterai
L’histoire de ce roi
Mort de n’avoir pas
Pu te rencontrer
Ne me quitte pas

Don’t leave me
For you I’ll invent
Meaningless words that you will understand
Tales of lovers who fell apart and then fell in love again
I will tell you of a king
Who died from not meeting you
Don’t leave me

On a vu souvent
Rejaillir le feu
De l’ancien volcan
Qu’on croyait trop vieux
Il est paraît-il
Des terres brûlées
Donnant plus de blé
Qu’un meilleur avril
Et quand vient le soir
Pour qu’un ciel flamboie
Le rouge et le noir
Ne s’épousent-ils pas
Ne me quitte pas

Often we’ve seen that flames spill anew
From an ancient volcano we thought too old
When all’s said and done scorched fields
Could give more corn than the finest April
And when evening is nigh with flames overhead
The black and the red aren’t they married in the sky
Don’t leave me

Ne me quitte pas
Je ne vais plus pleurer
Je ne vais plus parler
Je me cacherai là
A te regarder
Danser et sourire
Et à t’écouter
Chanter et puis rire
Laisse-moi devenir
L’ombre de ton ombre
L’ombre de ta main
L’ombre de ton chien
Ne me quitte pas
Ne me quitte pas
Ne me quitte pas
Ne me quitte pas

Don’t leave me
I will cry no more
I will talk no more hide myself
To watch you dance and smile
And hear you sing and laugh
Let me be the shadow of your shadow
The shadow of your hand
The shadow of your dog
Don’t leave me

Berikut foto-foto detik indah kemenangan filem ketiga garapan Yasmin Ahmad di Berlin. Foto ihsan daripada Grand Brilliance Sdn Bhd :

404585312 05Cd315537 | 8

Syarifah Aryana dikerumuni peminat untuk tandatangan autograf.

404583936 554900750F | 9

Syarifah Aryana yang sentiasa tersenyum macam kakak-kakaknya.

404583772 Ce0051Aed1 | 10

Di red karpet… si cilik yang akan terus digilap.

404585209 9Aebed1131 | 11
404584050 4556De5894 | 12
404584568 E74146Bcfc | 13
404584275 893C4Ea328 O | 14
404584840 A9873829A3 O | 15

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ella 2020 | 47

Sekitar Showcase Sunday Nite Live Ella di Planet Hollywood

Hazami | 48

Sunday Nite Live Hazami & Soul Friends di Planet Hollywood Kuala Lumpur