in , ,

Sunday Nite Live Hazami & Soul Friends di Planet Hollywood Kuala Lumpur

Persembahan yang bermula pada pukul 10.30 malam ini, bakal menyaksikan kehebatan lontaran vokal Hazami yang cukup unik dan mantap, dan beliau akan ditemani oleh rakan-rakan beliau yang lain; ‘Soul Friends’.

Siri SUNDAY NITE LIVE 2007 dengan bangganya mempersembahkan kepada anda seorang penghibur yang telah dinobatkan pemenang kategori Persembahan Terbaik di Anugerah Juara Lagu 2006 (AJL 21) baru-baru ini; Hazami pada 11 Mac 2007 ini.

Perjalanan seni Hazami bermula secara kebetulan apabila beliau diundang menyanyi bersama ketika Dayang Nurfaizah membuat persembahan Sunday Nite Live di Planet Hollywood. Suara beliau berjaya memukau setiap mereka yang ada pada malam tersebut!

Melihat kepada sambutan yang di berikan ke atas ‘pendatang baru’ ini, Planet Hollywood tidak teragak-agak untuk menjemput Hazami kembali membuat persembahan, tetapi pada kali ini, bukan sebagai jemputan sahaja.

SUNDAY NITE LIVE MEMPERSEMBAHKAN SATU MALAM SAHAJA HAZAMI & ‘SOUL FRIENDS’ 

398690178 4B7F424468 O | 4
Kredit poster: Planet Hollywood (dihantar terus ke kotak email Budiey.com)

Pada bulan Julai 2003, beliau di undang untuk mengadakan persembahan beliau sendiri dan di sertai oleh tiga (3) artis baru yang lain ketika itu; Misha Omar, Jai dan Siti Sarah, eksklusif di bawah siri Sunday Nite Live.

MALAM MERAIKAN VOKAL EKSTRAVAGANZA YANG SEBENAR

Seperti yang dijangkakan, persembahan pada kedua-kedua malam tersebut mendapat sambutan yang begitu memberansangkan, bukan sahaja oleh para peminat, tetapi syarikat rakaman juga!

Wakil dari Warner Music Malaysia yang kebetulan ada menonton persembahan ketika itu terus menawarkan Hazami kontrak rakaman kepada beliau. Bermula dari situlah perjalanan Hazami bergelar artis bermula!

Memang seperti yang di jangkakan, Hazami bakal menjadi seorang artis rakaman yang cukup di segani dan beliau membuktikan jangkaan ramai itu adalah benar! Hazami bukan sahaja di kenali di Malaysia, beliau juga diterima baik di negara-negara jiran yang lain seperti di Indonesia, Singapura dan juga Brunei.

Single pertama beliau yang berjudul ‘Sonata Musim Salju’  mendapat sambutan dari pelbagai lapisan masyarakat. Single tersebut berjaya berada di dalam carta ERA selama 17 minggu dan kemudiannya mendahului carta (nombor 1) selama 5 minggu! Satu pencapaian yang cukup membanggakan sekali oleh seorang pendatang baru dalam industri hiburan tanah air ketika itu.

Melihatkan kepada respons ramai, Warner Music Malaysia kemudiannya membuat keputusan untuk melahirkan album pertama Hazami tiga bulan lebih awal dari tarikh yang dirancang!

Album ‘Tekad Redha Tabah’ berjaya terjual sebanyak 15,000 unit, seterusnya melayakkan Hazami di anugerahkan Platinum Emas! Tidak lama selepas itu, nama beliau tercalon di dalam kategori ‘Artis Baru Terbaik’ di anugerah yang cukup berprestij sekali; Anugerah Industri Muzik (AIM 2003).

Rezeki berpihak kepada beliau apabila kerap kali memenangi anugerah. Antara pengiktirafan terbaik yang pernah Hazami dicapai adalah seperti anugerah ‘Artis Lelaki Baru Popular’ di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2003), di nobat sebagai ‘Juara Kategori Pop Rock’ dan juga memenangi ‘Anugerah Vokal Terbaik’ di Anugerah Juara Lagu 2005 (AJL20) bagi single pertama ‘Kata’ di dalam album kedua beliau.

‘Kata’ di sebut sebagai di antara faktor-faktor utama yang menyumbang kepada kegemilangan yang dikecapi Hazami hari ini. Lagu yang cukup indah tersebut sesungguhnya berjaya mempopularkan Hazami sehinggalah ke hari ini.

Hazami merupakan seorang penghibur yang bukan sahaja bersandar kepada suara sahaja semata-mata. Beliau juga merupakan seorang penulis lagu yang tidak boleh di sangkal lagi kehebatannya.

Tidak terhenti di situ sahaja. Hazami kini melebarkan sayapnya lagi dengan mengajar vokal kepada mereka yang berminat. Sesungguhnya beliau merupakan seorang penghibur yang serba boleh dan cukup profesional sekali!

Beliau mula menjinakkan diri dengan nyanyian sejak dari 19 tahun dahulu. Kebolehan beliau menyanyikan lagu-lagu yang bernada tinggi sememangnya cukup menakjubkan sekali. Oleh kerana anugerah yang di miliki inilah, Hazami di nobatkan sebagai salah seorang penyanyi vokal terbaik yang Malaysia pernah ada!

Setiap lagu nyanyian beliau berjaya dipersembahkan dengan baik sekali dan penghayatan yang di berikan ke atas lagu-lagu tersebut sering membuatkan mereka yang mendengarnya terpukau.

Itulah sebenarnya daya penarik Hazami. Bersandarkan kepada prinsip ‘muzik itu ekspresi mutlak yang cukup indah sekali’, Hazami berjaya membuktikan kepada semua yang beliau bukanlah calang-calang penghibur!

Kali ini Hazami sekali lagi kembali menghiburkan peminat-peminatnya di bawah siri Sunday Nite Live. Ini merupakan persembahan solo pertama beliau selepas menjuarai kategori ‘Persembahan Terbaik’ di Anugerah Juara Lagu 2006 (AJL 21) baru-baru ini.

Selepas enam tahun bergelumang di dalam industri muzik tanah air, Hazami yang selama ini cukup di kenali dengan persembahan yang cukup berkreativiti tinggi sudah bersedia untuk menghiburkan para peminatnya di luar sana.

Ternyata sudah Hazami di gemari pelbagai pihak. Penonton memuja beliau, pengkritik seni mengagumi bakat beliau dan ini semua terbukti apabila beliau tidak lekang-lekang di nobatkan anugerah. Itulah Hazami! Sesungguhnya usaha beliau selama ini di hargai semua.

“Hazami sememangnya seorang penghibur sebenar dan bakat beliau tidak boleh disangkal lagi.

Bersedialah untuk menonton persembahan Hazami yang bakal ditemani oleh rakan-rakan beliau yang lain; Soul Friends di Planet Hollywood Mac ini.

Sudah pasti ia akan menjadi di antara persembahan terbaik yang bakal anda saksikan untuk tahun ini!.”

– wakil dari Planet Hollywood

Jangan lepaskan peluang untuk menonton persembahan Hazami ini, di mana anda semua akan di hiburkan dengan lagu-lagu istimewa pilihan Hazami sendiri. Berbekalkan dengan lontaran vokal yang terbaik dan aura persembahan yang cukup unik, sudah pasti ia mampu memukau malam minggu anda!

Lebih istimewa lagi, Hazami sudah menulis banyak lagu bagi penyanyi yang berbakat besar di persada seni tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Siti Sarah, Nikki, Fazli Zainal dan Amelia AF, jadi jangan terkejut jika ada di antara mereka ini akan di jemput menjadi sebahagian dari ‘Soul Friends’ pada persembahan beliau yang akan datang ini!

“Saya cukup teruja sekali apabila di jemput untuk sekali lagi mengadakan persembahan di bawah siri Sunday Nite Live di Planet Hollywood! Saya berjanji untuk memberikan hanya yang terbaik buat peminat-peminat saya di luar sana.

Jangan lepaskan peluang untuk berhibur bersama saya dan ‘Soul Friends’, di mana anda semua akan di kejutkan dengan pelbagai kejutan istimewa, hanya untuk malam tersebut! Jumpa anda di sana !??, jelas Hazami dalam nada yang cukup gembira sekali.

Sunday Nite Live di Planet Hollywood mempersembahkan showcase secara langsung yang terdiri daripada barisan artis yang popular di Malaysia. Persembahan yang terbaik, terulung dan juga bakat mereka yang unik dapat dilihat secara dekat dan intimasi.

Antara artis-artis yang telah membuat persembahan di bawah siri Sunday Nite Live termasuklah Siti Sarah, M.Nasir, Ning Baizura, V.E, Search dan yang terbaru sekali Jaclyn Victor, Lefthanded, Misha Omar, Sheila Majid, Wings, Zainal Abidin, Dayang Nurfaizah dan Ella.

Jangan lepaskan peluang untuk dihiburkan oleh Hazami dengan suara dan persembahannya yang tersendiri, di dalam suasana yang penuh intimasi. Waktu persembahan bermula pada jam 10.30 malam, dan ia akan berlangsung selama 45 minit setiap satu set.

Bayaran masuk bagi Sunday Nite Live bersama Hazami ialah RM 40, termasuk satu minuman percuma.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03- 2144 6602.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syafie Naswip | 22

Filem MUKHSIN: Kemegahan atau Kejelikan?

Syafie Naswip | 23

Sekitar Pra Tonton Filem Mukhsin Yang Sedat Padat, Kali Pertama Jumpa Yasmin Ahmad