Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Sekitar Pelancaran K-BOX Selayang Mall



Pada 27 Ogos 2008, Kiosk Box Technology Sdn Bhd telah merasmikan kelab hiburan karaoke atau KTV khas untuk seisi keluarga yang dikenali dengan nama K-BOX di tingkat 2, Selayang Mall.

Ramai juga artis yang datang untuk memeriahkan suasana. Antaranya grup Sixth Sense, Aizat, Are Mir (vokalis Sofaz), Sharifah Shahora, IZ OIAM, Fida, Rosma, Khai dan ramai lagi.

Antara jemputan VIP yang hadir yang turut melancarkan cawangan baru K-BOX ini ialah YB Amirudin Bin Shaari dan pegawai khas ADUN Batu Caves.

Pihak media yang datang juga turut diberikan peluang untuk berkaraoke pada petang itu.

Antara keistimewaan K-BOX, ia tidak menjual minuman beralkohol di mana minuman dan makanan di K-BOX semuanya halal.

Berhibur di K-BOX bersama famili anda tanpa perlu ragu-ragu. Di K-BOX juga disediakan tempat permainan kanak-kanak. Jadi, ibu bapa tidak perlu risau diganggu anak-anak semasa berkaraoke kerana kanak-kanak yang sedang bermain akan diawasi oleh staf K-BOX.

Di K-BOX juga disediakan pakej istimewa seperti majlis hari jadi, majlis ulangtahun syarikat, majlis meraikan rakan, pertandingan karaoke, pelancaran album, sesi bertemu peminat (untuk selebriti). Untuk setiap majlis hari jadi, tetamu akan dihadiahkan sebiji kek oleh pihak K-BOX.

Selain Selayang Mall, K-BOX telah membuka cawangan di Bintang Hypermarket Rawang, Sentral Mall Taiping dan Village Mall, Sungai Petani. Akan datang, K-BOX akan dibuka di Galaxy Ampang Mall, Pertama Kompleks Kuala Lumpur dan Quality Hotel Shah Alam pada bulan September 2008.

Setiap cawangan ada 20 bilik hingga 40 bilik. Ada bilik standard, famili, VIP dan VVIP. Bayaran murah aje, dari RM18.00 hingga ke RM35 untuk satu jam bagi semua golongan.

Untuk tempahan dan keterangan lanjut, sila hubungi K-BOX di talian 03-62573220 atau hantar email k_box[@[streamyx[dot]com

Tags: , ,

Tags: , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • David Teo & Tips Marketing Restourant
  • Sekitar Majlis Pelancaran Album Soundtrack Filem I’m Not Single
  • Majlis Pelancaran Filem Selamat Pagi, Cinta!
  • Gambar Rosma & Khai Pakai Baju Gaun Pengantin
  • Gambar Sekitar Road Tour ABPBH 2010 di The Mall
  • Winner Advertlets Referral Contest, Gathering Filem Kayangan & Peraduan Filem Kayangan
  • Let’s Try Segway PT PAUL BLART MALL COP
  • Karnival Sehari Bersama Jamal Abdillah
  • Jamal Abdillah Mahu Jumpa Peminat
  • Pelawak Yusof Chong Meninggal Dunia



  • Satu Komen untuk entri “Sekitar Pelancaran K-BOX Selayang Mall”

    1. Obefiend kata:

      haaha.. buruk perangai budiey oi. hahaha

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK