Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Sekitar Majlis Perasmian Kompleks Penyiaran Negeri Pahang



MAJLIS PERASMIAN KOMPLEKS PENYIARAN NEGERI PAHANG YANG BAHARU

Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang kini meyambut ulang tahun yang ke-62 kini melangkah maju setapak lagi dengan tersergamnya Kompleks Penyiaran Negeri Pahang yang memulakan proses pembinaannya sejak 6 Februari 2003. Tanggal 14 Julai ini telah dipilih sebagai tarikh keramat dimana kompleks penyiaran yang tersergam megah menjadi salah satu kebanggaan RTM bakal dirasmikan. Majlis bakal disempurnakan oleh Sultan Pahang, KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al Muadzam Shah.

Projek yang menelan belanja kira-kira RM50 juta ini dimiliki Jabatan Penyiaran Negeri Pahang yang bertanggungjawab terhadap proses pengurusan dan pentadbirannya. Kini, RTM Pahang terus melangkah maju ke hadapan dibawah kepimpinan Encik Mohd Fakhrur Razi Ismail selaku Pengarah Penyiaran Negeri Pahang. 

Ternyata dengan wujudnya Kompleks Penyiaran Negeri Pahang ini menyumbang kepada banyak kemudahan yang membantu melancarkan lagi program-program dan aktiviti melibatkan Jabatan Penyiaran Negeri Pahang kepada lebih teratur dan berjalan lancar.

Namun hakikatnya dari segi pentadbiran Jabatan, ia telah bermula sejak tahun 1981. Seorang pegawai dihantar mengetuai stesen yang sesuai dengan taraf sebuah stesen penyiaran. Jawatan ketika itu dikenali sebagai Ketua Stesen dan kini dinaik taraf sebagai Pengarah Penyiaran Negeri. Penambahan kakitangan juga dinaikkan dari semasa ke semasa dan seorang jurutera juga ditempatkan untuk mengetuai bahagian Kejuruteraan stesen ini pada tahun 1982 sehinggalah kini.

Antara kemudahan Kompleks Penyiaran Negeri Pahang yang menjanjikan keselesaan kepada semua ialah Konti Radio Pahangfm, Studio Rakaman Audio, Studio Suntingan Audio, Studio Berita TV, Studio Pelbagai Guna, Pentas Terbuka (Amphitheatre) dan Auditorium yang baharu dan dilengkapi dengan peralatan dan kelengkapan lebih canggih.

Antara pencapaian yang membanggakan yang telah dicapai oleh RTM Pahang ialah Anugerah Khas Titian Murni, Anugerah Sri Angkasa – Berita TV Terbaik dan Anugerah Ketua Pengarah Penyiaran pada tahun 1995. Manakala pada tahun 1996 mereka telah berjaya menggondol Anugerah Titian Murni dan juga Anugerah DJ Pengguna Radio Terbaik.  Pada tahun 2003 mereka memperoleh Anugerah Pengguna Radio Terbaik. Menyusul pada tahun 2004, RTM Pahang telah memenangi Anugerah Rancangan Agama Radio Terbaik anjuran IKIM.

Produk yang menjadi kebanggaan RTM Pahang adalah PAHANG fm. Kini siarannya meliputi ke seluruh negeri Pahang. Antara rancangan yang mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada pendengar setia PAHANG fm adalah Ceramah Pilihan, Forum Al Muqarrabin, Drama Mingguan, Bicara Malam, Tiara Mesra, Chit Chat Remaja, Hits PAHANG fm, Topik Bual Pagi, Buai Laju-Laju dan Dr. di Radio. PAHANG fm boleh didengari di gelombang siaran seperti berikut daerah Kuantan dan Pekan (104.1 MHz), daerah Jerantut (92.7 MHz), daerah Maran (92.0 MHz), daerah Kuala Rompin (91.9 MHz), daerah Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera (107.5 MHz), Muadzam Shah (87.7 MHz) dan Cameron Highlands (100.3 MHz).  

Daripada sudut lain, sumbangan dan peranan stesen RTM Kuantan bukan hanya terhad kepada siaran tempatan sahaja tetapi juga berperanan menyumbang kepada siaran daerah dan siaran nasional. Ini mewujudkan semangat intergrasi nasional. Sekaligus ia menyumbang kepada menambahkan lagi kreadibiliti stesen tempatan dalam member hiburan, maklumat dan pendidikan kepada orang ramai.

[tags]kronik, beyonce, rtm rasmi, dj popular, dadah, reman, ganja, muzik tempatan, isma halil, halim othman, farah fauzana, nana, edlin aman ramli, azizan nin, zahid, adam, sofaz, tertangkap, menunding jari, ramli sarip, jordin sparks[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • MAJLIS PERASMIAN KOMPLEKS PENYIARAN TUANKU MUHAMMAD NEGERI SEMBILAN
  • Konsert Jelajah Orkestra Simfoni Kebangsaan 2007
  • Lagu Joget Pahang dari Datuk Siti Nurhaliza
  • Gambar Sekitar Kembara TV3 di Pahang
  • Hotel Halal Berbuka Puasa Kedutaan Asing
  • SRI GEDOMBAK vs TITIH PUSAKA di PERTANDINGAN AKHIR DIKIR BARAT 2010
  • Majlis Perasmian Tower Beach Soccer Langkawi 2009
  • RTM Dilantik Sebagai Hos Penyiar Le Tour De Langkawi 2011
  • Senarai Peserta Finalis Pertandingan Bintang Klasik Nasional 2010
  • Sekitar Kembara TV3 di Pahang



  • 3 Komen untuk entri “Sekitar Majlis Perasmian Kompleks Penyiaran Negeri Pahang”

    1. khusaini kata:

      Kompleks yang cantik dan menarik. Segala kemudahan telah lengkap dan terkini. Harap-harap program rancangan yang dikedurakan lebih hebat lagi. Tiada alasan.

    2. adam ahmad kata:

      kompleks penyiaran pahang bukan main canggih lagi tapi nak buat website pahang fm yang dikemaskinikan selalu pun tak mampu.

      nak buat siaran pahang fm secara online pun tak mampu. radio lain semua dah online, harap segerakan website pahang fm dan siaran online yeeee.

    3. ahmad kata:

      bila nak buat siaran pahang fm online di internet ?

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK