Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Rozita Che Wan, Emelda, Ezani Dalam Drama Mentadak



ROZITA CHE WAN BERPENYAKIT KRONIK MENERUSI DRAMA MENTADAK DI TV2

Kemunculan pelakon cantik Rozita Che Wan menerusi layar skrin TV membawakan pelbagai watak pastinya cukup dinantikan peminat setianya. Malah kemampuannya mengahayati watak diberikan ternyata berupaya memadamkan ’cakap-cakap’ pelakon yang pernah bergelar pramugari ini diterima hanya kerana bersandarkan wajah cantik semata-mata.

Namun menerusi drama menyayat hati penuh konflik Mentadak disiarkan 30 Oktober 2009 (Jumaat), jam 8.35 malam di saluran TV2 ini, kakak kepada dramatis Ayu Raudhah ini memegang watak seorang wanita tabah yang menghadapi tekanan hidup akibat sejenis penyakit kronik bergandingan dengan pelakon lain antaranya Emelda, Ezani Nizarif dan Intan Azura.

Watak Hani dijayakan Rozita memerlukannya berubah menghidupkan watak seorang wanita penghidap sejenis penyakit Lupus SLE yang sedang menghampiri hari-hari terakhir  untuk kematian. Hani seorang yang kaya dan mempuyai sejarah latar belakang yang mewah sejak kematian suaminya kerana peninggalan wang pampasan dan insuran yang tinggi untuk menampung hidupnya.  
 
Hani telah ditemukan dengan seorang rakan karib yang bernama Shila yang juga senasib dengannya.  Kebetulan Shila memperkenalkan seorang rakan bernama Anas, seorang pengedar dan pengimport buku-buku agama. Perkenalan Hani dan Anas menjadi intim dan menimbulkan bibit cinta. Mereka membuat keputusan untuk hidup bersama.

Di akhir hubungan mereka, rupa-rupanya Anas bukanlah lelaki baik yang disangkakan. Anas seorang yang penipu besar. Rahsia nya terbongkar apabila dia bersekongkol dengan Shila untuk mengaut kekayaan dari insane yang lemah berpenyakit yang menanti saat kematian seperti Hani. Setelah diselidiki latar belakang kehidupan Anas, beliau rupanya pernah berkahwin dengan empat orang wanita yang berpenyakit fatal seperti Hani. Tugas Anas dan Shila yang sering bersatu untuk menjatuhkan kehidupan dan mengaut keuntungan serta kekayaan dari wanita yang lemah setiap kali berkahwin dengan wanita-wanita yang bernasib malang dan menanti saat kematian.

Kehidupan Hani ditampari pelbagai dugaan dan cabaran hidup setelah dipedayakan oleh Anas dan rakan baiknya Shila. Namun, disebalik noda hitam yang berselindung disebalik wajah ceria Hani, mampukah Hani melawan kuasa yang esa?  Ikutilah kesudahan kisah mereka  dalam drama yang menyentuh emosi dalam Mentadak bersiaran pada 30 Oktober 2009, Jumaat, jam 8.35 malam di saluran TV2.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Drama Cinta Balqis
  • Gambar Rozita Che Wan Rekaan Zery Zamry di MIFW 2010
  • Rozita Che Wan Masuk Hospital Menghidap Hepatitis
  • Gambar Rozita Che Wan di Pelancaran Anugerah Skrin 2011
  • AYYAD – Drama Bersiri Terbaru TV3 Lakonan Rozita Che Wan
  • Gambar keluarga Rozita Che Wan
  • Pelancaran Drama Intan Asmara Terbitan MIG Beat
  • Gambar Intim Adlin Aman Ramli dan Kekasih Emelda Rosmila
  • Drama Cinta Buat Emelda Lakonan Fizo Omar & Almy Nadia
  • Gambar Majlis Resepsi Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK