in

Filem Menantang Maut Lakonan Ivy Batuta, Nadila Ernesta

PANGKAL NAMA PEMBAYANG AJAL DALAM FILEM MIRACLE ’MENANTANG MAUT’

Filem cereka seram, misteri dan thriller sentiasa menjadi pilihan penggemar-penggemar filem tanahair. Filem-filem sebegini tidak pernah mengecewakan penonton-penonton terutama sekali dalam menghayati setiap lakon layar yang pasti menerujakan apabila jalan cerita, kesan khas. Kenyataan itu meletakkan saluran Dunia Ria TV2 untuk menayangkan sebuah filem cereka bergenre thriller sebagai sajian tontonan tatkala berhujung minggu bersama keluarga.

Justeru, bagi memenuhi permintaan itu TV2 menyajikan filem berjudul Miracle “Menantang Maut’ pada 25 Oktober 2009 jam 10.00 malam.  Kisah bermula apabila Kinar seorang pelajar perempuan telah mendapat petanda buruk melalui mimpinya bahawa bas yang akan mereka naiki untuk ke destinasi rombongan sambil belajar akan menimpa bencana. Setelah puas Kinar melarang kumpulan rombongan itu dari menaiki bas, hanya lapan darinya yang mengelakkan diri dari menaiki bas tersebut termasuk Kinar.

Walaubagaimanapun, petanda buruk seperti mimpi Kirna benar-benar berlaku apabila ternyata bas itu menghadapi kemalangan malah musnah terbakar dan kesemua ahli rombongan meninggal dunia. Kelapan-lapan mereka yang tinggal iaitu Satyo, Kaka, Ago, Tania, Mey, Aldi dan Pak Irwan guru mereka serta Kirna sendiri merasa lega kerana terlepas dari kemalangan itu namun kematian demi kematian ngeri tetap juga berlaku selepas kejadian itu.

Bermula dengan kematian Kaka, Pak Irwan, Tania dan Aldi, Kinar cuba meleraikan teka teki pembunuhan yang berlaku secara berturutan itu lalu mendapati pangkal nama setiap dari mereka telah membentuk nama “KITA” manakala baki yang masih tinggal membentuk perkataan “MATI” iaitu Mey, Ago dan Kinar yang dipanggil Inar atau Satyo atau Tyo.

Mereka berempat yang masih tinggal percaya kematian demi kematian itu adalah satu rancangan pembunuhan lalu menuju ke tempat kejadian bas rombongan untuk menyiasat dan mengelak dari terbunuh namun tidak kesampaian kerana kereta yang dinaiki mereka menghadapi kemalangan dipertengahan jalan dan tersesat di sebuah rumah usang.  Pelbagai perkara pelik dan menakutkan berlaku malah muncul pula seorang wanita misteri bernama Imas semasa di rumah usang itu.

Untuk mengetahui kesudahan kisah ini samaada mereka berempat dapat melarikan diri dari ajal pembunuhan? Dan siapa pula Imas yang muncul secara tiba-tiba dan mengeruhkan lagi keadaan? Teruskan menonton filem Miracle ‘Menantang Maut’ ini yang menampilkan lakonan Ivy Batuta, Nadila Ernesta, Lian Firman, Andry Ilham, Dhitra Marfie serta Intan Ayu Purnama yang pastinya sentiasa membuatkan jantung anda berdegup kencang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rozita Che Wan, Emelda, Ezani Dalam Drama Mentadak

Buzen Hashim, Hany Harmi Dalam Cinta Dalam Sebiji Durian