in

Peraduan Mai Menang CD Amy Search

[dropcap]K[/dropcap]epada peminat Amy Search, bermula dari 16 September – 20 September, pendengar yang bertuah melalui segmen “ Mai Menang CD di Pi Mai FM” berpeluang untuk memenangi cakera padat dari penyanyi yang dikenali ramai ini terbitan dari Sony Music. Di dalam album ini telah memuatkan lagu-lagu baru dan lama beliau yang menjadi pujaan ramai seperti Tiada Lagi, Kerja Gila, Ku Di Halaman Rindu, Isabella ’98, Saat Ku Idamkan dan banyak lagi.

Suhaimi bin Abd Rahman atau lebih dikenali dengan nama Amy Search yang dahulunya adalah penyanyi utama kumpulan search yang telah dikenali sejak 1980-an. Selepas 10 tahun bersama Search, Amy memulakan langkahnya untuk bergerak solo sehingga sekarang.

Untuk memenangi cakera padat tersebut, pendengar Pi Mai FM hanya perlu menjadi pemanggil ke-5 apabila isyarat memanggil disiarkan. 3 pemenang akan dipilh setiap hari dan seorang pemenang yang bertuah diantara pemenang harian akan mendapat hadiah bonus iaitu VDC karaoke Amy Search selain dari cakera padat. Untuk maklumat lanjut, layari www.facebook.com/pimaifm

amy -search

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Adi Putra Duta Produk Fereena Beauty Care

Terbang ke Singapura dari RM 49 sehala dengan AirAsia