Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Penulis Lirik Loloq Meninggal Dunia



Penulis lirik popular, Rosli Khamis, 50 tahun atau lebih dikenali dengan nama Loloq telah meninggal dunia pada tengahari tadi. Arwah pulang ke rahmatullah selepas dilaporkan koma akibat pendarahan dalam otak.

Mengikut sumber, semalam Loloq dilaporkan stabil dan menunjukkan sedikit perubahan selepas menjalani pembedahan kelmarin. Semalam, Allahyarham Loloq ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pakar Damansara, Kuala Lumpur. Pada mulanya, keadaan Loloq menunjukkan tanda positif apabila beliau ketika itu sudah mampu bernafas sendiri tanpa bantuan alat pernafasan. Namun, sewaktu beberapa temannya termasuk Amy Search melawatnya kelmarin, jururawat bertanggungjawab menjaganya memberitahu keadaannya agak kritikal.

Malaysia telah kehilangan seorang penulis lirik berbakat dan pelakon yang begitu prolifik dalam menghasilkan karya dan sentiasa menampilkan lakonan yang unik. Selain menulis lirik untuk penyanyi popular dan menulis skrip Loloq juga pernah berlakon dalam filem seperti Man Laksa dan Zombi Kampung Pisang. Dia juga juri rancangan Bintang Kecil yang diterbitkan dan disiarkan di TV9.

Salam takziah buat keluarga dan sanak saudara allahyarham. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

[tags]loloq meninggal dunia, lolog death, rosli khamis meninggal, pencipta lagu dead, death, passed away, gambar loloq, lolok mati[/tags]

Tags: ,

Tags: , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Faizal Tahir, Spider, Ziana Zain di Semi-final Muzik-Muzik Kategori Balada
  • Seri Bayu Meninggal Dunia
  • Lirik Bintang Impianku – Lagu Tema Filem Diva
  • Lirik Lagu Sinar Cinta – Abi AF5
  • Peraduan Jom Menonton Konsert Tribute Untukmu Loloq
  • Lagu Ciptaan Loloq Hero Wayang Single Pertama Siti Sairah
  • M.Nasir, Ramli Sarip, Ella & Spider Jayakan Konsert Untuk Loloq
  • Komposer Zubir Ali Meninggal Dunia
  • Pemenang Awal 12 Kategori Anugerah Industri Muzik 17
  • Lirik Lagu Angin & Kasih – Filem Diva Songs



    • http://www.heliza.com eita

      Al Fatihah Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman amin

    • MetalQuin

      Semoga ALLAH mencucuri rahmatnya.. InsyaAllah.

    • hanna_msa

      “Seorang teman rapatnya, penyanyi Hattan sewaktu dihubungi memberitahu keadaan penulis lirik berasal dari Singapura itu kini stabil.”
      —harian metro,30 jan 08—

      lom lg lar bro..samer2 lar kita berdoa atas kesejahteraan loloq…

    • feez

      al-fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat, jasamu di kenang dalam industri muzik tanah air

    • oshin

      Dari Allah kita datang…kepada Allah kita kembali…..Semoga segala amal nya di dunia diterima…. AL-FATIHAH. p/s : satu kehilangan besar….jasanya dikenang….

    • http://www.myspace.com/azwanzakwan tupai2pai

      al-fatihah buat Allahyarham…. dan takziah buat keluarganya…

    • eira

      takziah buat family Allahyarham..malaysia dah kehilangan penulis lirik dan lagu tersohor

    • nieza shukrie

      Semoga rohnya dicucuri rahmat.. kepergiannya satu kehilangan besar pada dunia seni tanah air.. Takziah buat keluarganya.

    • ain_nia

      al-fatihah. n salam takziah buat keluarga allahyarham loloq..
      mati itu pasti… sudahkah kita bersedia??… semoga Allah rahmati kita semua..

    • http://www.syamsulariff.com syamsulariff.com

      salam takziah buat keluarga allahyarham..

    • mummy rock

      kematian menJemput bila2 masa sja..
      AL-Fatihah Dan Takziah BT keluarga Allahyarham..

    • mawar

      erm..mna yg betul ni ek..?dh mnggal ke blum..?

    • Dewi Asmara

      “Al-Fateha..

      May ALLAH forgives all his past mistakes..

      May ALLAH accepts his return with a wide smile..

      May ALLAH places him amongst the pious people..

      May him rest in peace by ALLAH’s side..

      Amiiiiiiiiiiiiiin..”

    • http://loloq pinky

      saya dr brunei pun mrasa simpati atas yg berlaku k atas loloq.takziah buat keluarga loloq.semoga rohnya di sisi org beriman

    • junki

      al fatihah dan salam takziah buat keluarga allahyarham loloq…
      semoga allahyarham loloq ditempatkan bersama-sama org2 yg beriman amin…

    • oney

      terkejut jgk saya menerima berita ini…
      walau apa pun saya ucapkan takziah pada ahli keluarga
      allahyarham… al-fatihah buat arwah loloq…. amin..

    • yana

      al fatihah untuk arwah

    • http://yahoo!mial roshita

      al fatihah dan salam takziah buat keluarga loloq semuga allah cucuri rahmat keatas roh nya

    • undertaker malaya

      akum..
      takziah kepada keluarga dan sahabat beliau…
      janganlah kalian bersedih.. kerana kematian adalah 1 nikmat yang paling besar.. yang hakikat AKU ini tiada mula dan akhirnya.. AKU tiada hidup dan matinya.. diri tiada ke syurga .. tiada kita ke neraka.. dan AKU tak terikat dengan pancaindera..
      saya bangga dengan karya beliau yang penuh tersirat dengan sejuta rahsia hakikat.. yang hanya golongan sedikit sahaja yang mengetahui…

      dalam hutan ada taman ..
      dan dalam taman ada putrinya…
      dalam AKU ada DIA …
      dan dalam DIA ada segala galanya…

      yang tinggal AKU’”

    • wann

      Terkejut dan sedih aku dgr berita ini .Industri muzik dh hilang sorang tokoh yg sgt berjasa dlm bidang penulisan lirik .

    • Momod

      Semoga roh allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al Fatihah.

    • putri

      salam takziah untuk keluarganya..
      ada sesiapa yang bole beritau saya hasil karyanya?.. tentang hakikat..

    • Hitman

      Salam takziah kpd Loloq sekeluarga.. Dan Tak lupa kepada Ustz Ishak Baharom bekas Mufti Selangor… Al-Fatihah kepada mereka… Jasamu akn dikenang..

    • ann_dieyana

      unbelieveable…. my Allah bless him, al fatihah

    • antarsukha

      salam takziah pd keluarganya…walaupun beliau telah kembali pada tempat asalnya…namun peninggalannya iatu bait-bait kata hikmahnya tetap ada.. yang mana menjadi azimat pada mereka yang berada di dunia ini sebagai panduan dan renungan bagi mereka yang mahu berfikir…itulah ilmu yang paling bermanfaat…itulah amal jariah yang ditinggalkan nya pada kita semua…loloq adalah guru pada saya krn beliau banyak mengajar saya banyak perkara tentang makna diri..Al-fatihah….

    • http://www.iramabahtera.blogspot.com Iramabahtera

      Takziah ke pada keluarga Almarhum lolog..sesungguhnya almarhum adalah seorang yang berbakat besar di bidang seni dan digalati..Almarhum sangat terkenal dengan hasil nukilan dan seni almarhum tetapi kita hanya merancang tetapi tuhan menentukan semoga Roh almarhum Di cucuri Rahmat takziah dari peminat almarhum dari Brunei Darussalam..

    • iera

      salam takziah buat semua ahli kukarga allahyarham loloq..moga2 di tenang d sana…al-fatihah……

    • Ana

      Saya amat sedih dgn berita ini…namun kita kena redha dgn ketentuan ilahi,ini lah yg dikatakan ajal maut ditgn tuhan,walaupun bersedih tpi hakikatnya kita perlu lalui dan merasai kahilangan org yg disayangi,Salam takziah buat keluarga arwah dan saya berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat.Hanya kenangan semasa hayatnya menjadi penawar kerinduan kita.Alfatihah…..

    • http://- Nana

      Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau….Amin.

    • beddy

      a big lost for the idustry. takziah to his family and Al-Fatihah to arwah LOLOQ.

    • kawanku

      “waffi am fusikom affala tuqsirrun…..”
      “MAN AROFA NAFSAHU FAQAD AROFA RABBAHU”…
      haaa yang tau tu, tau laa, yang tak tau tu, tak boleh nak kata apa laaa…

      Kematian adalah satu fenomena permindahan Alam, Pada yang telah MENGENAL dan BERAMAL, Nescaya Indah lah perjalanan PENGEMBALIAN nya, Fitrah kubur adalah sesuatu yang menghiburkan, .. “Selamat RAIKAN CINTA wahai sahabatku, dan salamku untuk semua yang di sana”….
      Lepat, Germany.

    • Kung Fuuh

      Dia bunyi lubang tindik telinga dah bercantum ker masa dia meninggal ?

    • errie loloq

      salam..thanks pd yg fhm..tak sure lubg tlinga dh cntum..tp loloq dh tak pkai subg lagi sblum prgi umrah.. apa pun loloq antara manusia yg mncari utk tahu dan kenal juga amat mghargai hidup..to lepat,thanks..kau knal dia..pd smua trutama kwn loloq..maaf krn tdk mengizinkn korg tngok dia d icu..jg trima kasih pd warga bdr baru sg buluh atas sgala urusn utk arwah..smbiln buln tlh brlalu..sunyi tnpa krenah dia..al fatihah utk loloq.

    • zeysmile

      unsangkarable…..arwah dah pergi se tahun….still am feeling sad of his passing……..alfatiha…semoga di cucuri rahmat ke atas roh nya…amin.

    • lanang

      salam.aruah lolok adalah insan yg x lokek ilmu.3 bln sebelum beliau meninggal saya berkesempatan berjumpa dan smpt hadir ke majlis akikah ank saya bersama othman mahmood.ternyata dia amat disenangi.
      terlalu mudah utk didekati.amat terasa kehilanganya…….
      kehilangan karya2 yg bermutu.
      semoga rohnya dicucuri rahmat…
      Al-fatiha………………..



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK