in

Gambar Artis di Post Party Anugerah Juara Lagu 22

Sejurus selepas Anugerah Juara Lagu 22, Budiey bersama para wartawan dan media yang lain terus ke bilik sidang media. Banyak juga soalan-soalan hangat dan hangit yang ditanya kepada pemenang AJL dan pencipta lagunya sekali. Orang besar TV3, Encik Azhar Borhan dan Dato’ Sri Ahmad Farid Ridzuan pun ada. Anyway, Budiey first time jumpa dengan penulis lirik lagu Izinkan Ku Pergi iaitu Sulu Sarawak. Huhu… Ooo ni orangnya ya.

Budiey cuma dengar je wartawan ni tanya apa. Banyak soalan kepada Estranged yang membawa pulang wang tunai bernilai RM37,000 iaitu RM25,000 untuk Juara Lagu sementara RM12,000 lagi untuk kemenangan kategori Pop Rock. Wow! Banyak tu… rezeki bebs! Ada reporter tanya apakah perancangan Estranged dengan duit sebanyak itu. Estranged cakap nak memang diorang nak labur untuk album ke-2. Rich ada kata yang band underground ni akan memperbanyakkan lagu Melayu walaupun peminat kenali mereka dengan lagu-lagu Inggeris. 5 buah lagu Melayu akan ada dalam album ke-2. Harap dapat meletop jugak la.

Lama la jugak press conference AJL. Dalam 30 minit camtu… Lepas tu, diorang ajak join post party. Kat situ ramai juga artis, pengurus artis, orang seni, orang tak seni, peminat pun ada join. Siap dengan deejay yang pasang lagu-lagu macam kat clubbing. Tapi sayang, ramai artis popular tak join. Biasalah tu. Depa ni letih barangkali. Siti Nurhaliza, Fiq, Bob Mesra dan ramai lagi la yang tak nampak batang hidung.

 

Masa kat post party tu, ramai jugaklah yang Budiey sempat jumpa dan borak-borak kosong. Antaranya penyanyi yang meningkat naik dengan lagu Seribu Tahun, Imran Ajmain . Sebenarnya, petang tadi (29 Januari 2008) katanya ada majlis pelancarkan album repackage (Deluxe Edition) terbarunya berjudul Dengan Secara Kebetulan untuk pasaran Malaysia yang ada lagu Seribu Tahun. Imran ada jemput Budiey ke sidang media pelancaran album dia, tapi tu la pasal. Tak dapat join sebab kerja. Azwan pulak kena pergi press conference announcment of artist yang take part in sunburst kl international music festival di  Starhill 1, J.W Marriot Hotel. Festival tu macam konsert la… antara 20 artis yang perform ialah Incubus, John Legend, Incognito, Search, Gigi, meet Uncle Hussein, Hujan, Pop Shuvit, Tompi, Joe flitzow dan ramai lagi.

Minta maaf banyak Imran sebab kami tak dapat join. Apa-apa pun, Imran Ajmain sudah bersetuju untuk menghadiahkan album terbarunya kepada pembaca Sensasi Selebriti. Siap dengan tanda tangan Imran lagi katanya. Terima kasih Imran kerana sudi menghadiahkan album kepada pembaca blog ini.

Kepada korang semua, tunggu peraduan untuk album terbaru Imran Ajmain di blog ini dalam masa yang terdekat ini.

Sempat borak-borak dengan Hatta Dolmat yang mereka pakaian untuk Julia Ziegler. Ala-ala neo -romantic. Minggu lepas, pereka fesyen yang kian aktif dengan mereka pakaian wedding ini telah menghantar beberapa keping gambar untuk disiarkan secara ekslusif di Sensasi Selebriti. Terima kasih Hatta Dolmat. Gambar fesyen ala Neo Romantic rekaan Hatta Dolmat akan menyusul tidak lama lagi.

Di post party juga, Budiey tidak lupa untuk bergambar dengan pelakon drama Impak Maksima yang sekarang ni bertambah meletop iaitu Ashraf Muslim. Yang Budiey jadi malunya, Ashraf Muslim secara direct cakap yang Budiey ke yang buat portal blog untuk dia. Huhu… Memang betul, Budiey ada buka blog khusus untuk Ashraf Muslim. Untuk korang yang minat dengan Ashraf Muslim, boleh melayari: http://ashrafmuslim.co.cc . Tapi Budiey tidaklah update blog Ashraf Muslim ni tiap-tiap hari. Kalau ada berita terkini dan gambar terbaru Ashraf Muslim, barulah Budiey akan kemaskini blog tu. Kalau tak, biar je la bersawang kat situ. Huhu…

Ni ada gambar Budiey dengan beberapa orang artis lain…

 

[tags]dj sumo, japan, sex sumo, irma hasmie, laman mencari jodoh, lambat jodoh, magic amulets, minyak dagu, one in a million 2, pawang siam, project runway, rahsia minyak pengasih, relationship, romance, weddings, what girls like tengku shaheera ilani tengku iskandar, artis kahwin, azfendy, aznah hamid, Celebrities Divorces, dap website, divorces, doa selamat, engagement, fendy deja moss, festival filem malaysia 20, ffm21, nur fazura gossip, hajah deja moss seksi, harijadi deja moss bertudung, marriages, middle, sex university, pemuda umno, putus tunang, tengku shaheera, ilani, tengku iskandar[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Sarah Guna Mandrem Untuk Menang Dalam OIAM?

Penulis Lirik Loloq Meninggal Dunia