in

Penerbangan FattZura Lewat Sampai KLIA, Sidang Media Ditangguhkan Ke 6 Petang

Dengarnya, ada peminat dan media yang sanggup ke KLIA semata-mata untuk menyambut ketibaan selebriti hangat sekarang ni, Fazura dan Fattah Amin. Jam 4.50 petang ini, penerbangan yang membawa mereka sudah pun selamat sampai di KLIA. Syukur Alhamdulilah.

Peminat yang selama ini menunggu tentang status perkahwinan pasangan popular ini bakal mendapat kepastian jika mereka benar-benar sudah bernikah.

Spekulasi kisah cinta pasangan popular, Nur Fazura dan Fattah Amin bakal terjawab petang ini dalam satu sidang media yang akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini petang ini.

Fazura Fattah

Sidang media khas petang ini dijangka akan bermula lewat gara-gara penangguhan ketibaan pesawat yang dipercayai dinaiki oleh Fattah, Fazura dan rombongan keluarga mereka dari Arab Saudi.

Disebabkan penerbangan pulang Fattah dan Fazura berlaku kelewatan beberapa jam, sidang media petang ini akan dilewatkan.

Ini adalah status penerbangan pesawat Saudi yang dipercayai dinaiki oleh Fattah Amin dan Fazura dari flightstats.com

Sebelum ini, desas-desus bertiup kencang menyatakan pasangan itu sudah bernikah sebelum mereka berlepas ke Mekah untuk mengerjakan umrah pada 15 November lalu.

Pasangan ini mula rapat selepas digandingkan dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella, yang disiarkan pertengahan tahun ini.

Fazura Fattah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tema KAUM KERABAT di GEGAR VAGANZA Minggu Ke-5 

Fattah Amin & Fazura Umum Sah Bertunang, Belum Berkahwin