in ,

Tema KAUM KERABAT di GEGAR VAGANZA Minggu Ke-5 

Perjuangan Haida Hafiz di pentas Gegar Vaganza atau ‘GV4’ terhenti di pusingan keempat sewaktu konsert mingguan yang bertemakan ‘Berdua Lebih Baik’ pada Ahad lalu. Beliau yang memilih Ezad Lazim sebagai pasangan duetnya untuk menyampaikan lagu yang pernah dipopularkan oleh Iwan & Amelina berjudul ‘Memori Daun Pisang’ itu diumumkan sebagai bintang ketiga yang tersingkir selepas Raja Azura dan Ferhad.

Meskipun cuba memberikan persembahan yang memukau, namun gagal memikat hati juri sekaligus meletakkan beliau di tangga terendah dengan markah keseluruhan sebanyak 53.2%.

Gegar Vaganza

Sementara itu, Hazami yang berpadu suara dengan Juara ‘GV’ musim lalu, Azharina pula cemerlang dengan lagu ‘Jangan Pisahkan’ nyanyian asal oleh Deddy Dores & Mayank Sari dan mendapat pujian juri. Dengan markah sebanyak 86%, Hazami buat pertama kali berada di tangga teratas untuk minggu tersebut.

Liza Hanim dan pasangan duetnya, Hafiz Suip juga tidak kurang hebatnya di tangga kedua dengan markah 83.6% dengan lagu ‘Dirgahayu’ (Datuk Siti Nurhaliza & Faizal Tahir). Manakala Aishah pula di tangga ketiga dengan markah sebanyak 80.6%. Beliau telah bergandingan dengan Sam Innuendo untuk membawakan lagu yang dipopularkan oleh Jaclyn Victor & Rio Febrian berjudul ‘Ceritera Cinta’.

Gegar Vaganza

Cabaran Konsert ‘GV’ di minggu kelima Ahad ini yang bertemakan ‘Kaum Kerabat’ bakal menyaksikan bintang-bintang ‘GV4’ mendendangkan hasil karya oleh penyanyi asal yang mempunyai ahli keluarga lain dalam industri hiburan tanah air.

Untuk pusingan ini, Firman bakal menyanyikan lagu ‘Bukan Aku Tak Cinta’ nyanyian asal oleh Iklim. Hazami pula dengan lagu ‘Jerat Percintaan’ (Datuk Seri Siti Nurhaliza), Lan Kristal dengan ‘Sangkar Cinta’ (Ziana Zain), Tia Jinbara dengan ‘Antara Hujan & Air Mata’ (Sudirman Arshad) dan Aqasha dengan ‘Juwita’ (Datuk M. Nasir).

Manakala bintang wanita Aishah pula akan membawakan lagu Kris Dayanti berjudul ‘Menghitung Hari’, Liza Hanim dengan ‘Lelaki Teragung’ (Dayang Nurfaizah), Elyana dengan ‘Sepi’ (Yuni Shara) dan Syura dengan ‘Sepi Sekuntum Mawar Merah’ (Ella).

Siaran Langsung Konsert Gegar Vaganza Musim 4 (Minggu Kelima) pada 26 November 2017 (Ahad), jam 8.00 malam @ Dewan Sri Putra. Sila rujuk di bawah untuk butiran lanjut mengenai acara ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab Nadiya Nisaa Tak Menangis Langsung Menonton PINJAMKAN HATIKU

Penerbangan FattZura Lewat Sampai KLIA, Sidang Media Ditangguhkan Ke 6 Petang