in ,

Nurul Wahab Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

Penyanyi Nurul Huda Abdul Wahab, 36, selamat melahirkan bayi lelaki pertama menerusi perkahwinannya dengan lelaki Perancis, Eric Daniel Depp, jam 10.28 pagi tadi tanggal 3 Oktober 2013. Tahniah Budiey ucapkan. Semoga baby membesar dengan sihat dan dikurniakan minda yang cergas. Mesti comel kan?

Bayi lelaki seberat 3.02 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah hospital swasta di ibu negara. Memperkenalkan bayinya sebagai ‘Z’, berita gembira itu diumumkan sendiri Nurul menerusi laman blog peribadinya kira-kira dua jam selepas selamat melahirkan.

Nurul bersyukur proses kelahiran kali kedua dipermudahkan. Meskipun jarak anak sulung dengan kehamilan kali ini selama 15 tahun, dia tidak melalui tempoh kesakitan yang panjang.

nurul wahab dan suami

“Syukur saya selamat melahirkan ‘Z’, kami berdua berada dalam keadaan sihat. Saya mula terasa sakit kira-kira jam 10.30 malam, kesakitannya datang sejam sekali. Pada jam 3 pagi barulah saya ke hospital.”

Baca berita yang telah dikongsi Nurul melalui blognya:

BABY ‘Z’ IS HERE! SYUKUR ALHAMDULILLAH…Posted on October 3, 2013Syukur Alhamdulillah aku dah selamat melahirkan baby ‘Z’ jam 10:28 pagi tadi. Baby sihat dan begitu juga aku. Baby ‘Z’ dilahirkan secara normal dan beratnya 3.026 kg. semuanya okay. Aku sakit tak lama. Bermula jam 10:30 malam semalam – 1 jam sekali sakitnya – jam 3 pagi langsung ke hospital. Syukur Alhamdulillah berkat doa semua, pengalaman kedua ini amat mudah bagi aku. syukur..syukur..Di kala ini, keletihan melanda dan aku masih di computer riba menulis entry ini untuk memberitahu semua yang sememangnya menunggu kehadiran baby kedua aku, dan pertama bagi Eric. Aku tak sempat siapkan semuanya sebelum ini utnuk mengumumkan berita gembira ini. Aku tak tahu wajah siapa… baru dua jam.. tapi yang nyata kami sangat gembira dengan kelahiran ini. Ayu di Johor akan mendapat berita ini selepas waktu sekolah nanti. Hari ini hari kurang stress Ayu kerana paper PMR agak senang padanya iaitu English & Geografi. Namun tetap juga aku risau kerana bimbang dia buat salah dek terasa mudah. Ayu bakal pulang 11 Oktober dan aku pasti dia tak sabar nak habiskan PMR dan pulang ke KL!

Penuh emosi pagi ni especially dari ibu bapa mertua. Maklumlah kali pertama mendapat cucu. Roland & Germaine sangat bangga menjadi grandy! Soon aku akan letakkan gambar ya. Not today! Baby is here & I have to go.

Terima kasih sekali lagi di atas doa kalian. Aku amat hargainya. Semoga Allah rahmati semua peminat ku! Amin..

Kongsi wajah bayi dalam masa terdekat

“Alhamdulillah berkat doa semua, pengalaman bersalin kali kedua dipermudahkan. Setakat ini sukar hendak kata Z mengikut wajah siapa. Walau apa pun saya dan Eric tetap gembira dengan kelahirannya. Buat masa ini, saya belum bersedia untuk berkongsi wajah Z, namun saya akan mendedahkan wajah bayi kami dalam tempoh terdekat.”

Selain dirinya dan suami, kelahiran Z cukup dinanti-nanti anak sulung penyanyi itu, Ayu Nazirah, 15, serta ibu serta bapa mentuanya yang berada di Perancis. Bagaimanapun berita gembira itu hanya dimaklumkan kepada anak sulung, hasil perkongsian hidup dengan komposer Ajai, pada sebelah petang bagi tidak mengganggu tumpuan Ayu yang kini menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).

Nurul dan Eric berkahwin pada 6 Jun lalu tahun lalu dan pasangan ini disahkan bakal menimang cahaya mata pada awal tahun ini.

Penyanyi ini pernah berkata, suaminya memang mengharap kehadiran zuriat dalam rumah tangga mereka memandangkan usianya sudah pun mencecah 48 tahun.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Johan As’ari Ceburi Dunia Politik?

Sunsilk Lancar Sunsilk Hair Fall Solution Hair Tonic