in ,

Menangi Hadiah RM50,000 Dalam Kunci AM Krew Hot FM

Salam, korang nak menang hadiah lumayan tak? Budiey dengar stesen radio paling hangat di Malaysia, Hot FM sekarang ini sedang menganjurkan satu peraduan dengan menawarkan RM50,000 kepada pendengar stesen tersebut bermula 7 April 2014 ini melalui kempen Kunci AM Krew. Budiey pun rasa nak join contest nih. Gempaklah hadiah-hadiahnya…. siapa tak nak wei!

Melalui ruang frekuensi Hot FM, pendengar hanya perlu menantikan isyarat memanggil yang bakal kedengaran pada waktu- waktu tertentu sepanjang hari dan sekiranya mereka adalah pendengar ke lapan (8), mereka dikehendaki menjawab satu soalan mudah daripada Hot FM AM KREW yang dikendalikan oleh Fara Fauzana, AG dan juga Fizie.

 

Kunci AM Krew Hot FM

Peraduan Menangi Hadiah RM50,000 Dalam Kunci AM Krew Hot FM 

[dropcap]K[/dropcap]orang mesti nak tahu cara mudah untuk menyertai peraduan Kunci AM Krew ni kan? Senang je. Dengan menjawab dengan tepat, satu kunci akan diberikan kepada mereka di mana mereka berpeluang untuk memenangi hadiah utama bernilai RM50,000 nanti. Selain itu, saguhati sebanyak RM100 juga akan diberikan kepada pendengar yang berjaya menjawab dengan tepat.Namun sekiranya mereka merupakan pemanggil ke lapan (8) di waktu bonus yang hanya terdapat di segmen Hot FM AM KREW, selain kunci, mereka akan membawa pulang RM500.

[pullquote]Tidak tertumpu kepada tetuang udara Hot FM, kali ini kempen ini diperluaskan melalui pelbagai medium seperti laman web rasmi stesen itu iaitu www.hotfm.com.my. Bagi mereka yang aktif, mereka juga boleh mengejar rakan Hot FM Jazz Hybrid Zoomerz pada waktu-waktu tertentu.[/pullquote]

Bagi mereka yang aktif, mereka juga boleh mengejar rakan Hot FM Jazz Hybrid Zoomerz pada waktu-waktu tertentu. Manakala bagi mereka yang lebih suka menonton televisyen, mereka juga berpeluang memenangi kunci tersebut melalui saluran geng TV Hot FM iaitu TV3 dan TV9 serta portal digital, Tonton.

Jika anda sentiasa mendengar stesen radio Hot FM, pastinya anda akan mendengar promo dan juga pada masa ini, penyampai Hot FM memberi peluang kepada pendengar untuk menghantarkan status Twitter berkenaan dengan kunci. Macam-macam cerita pasal kunci ada. Kelakar pun ada. Begitu juga, ada pemanggil diberi peluang untuk menceritakan kisah tentang mereka berkaitan dengan kunci.

Bertempat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, acara kemuncak Kunci AM Krew ini bakal berlangsung pada 26 April 2014 di mana salah seorang pemegang kunci tersebut bakal membawa pulang salah satu hadiah bernilai RM50,000 dalam bentuk seperti berikut:

  • Wang pendahuluan untuk pembelian Kereta
  • Tajaan Pakej Perkahwinan
  • Dana Pendidikan
  • Percutian mewah 4 orang sekeluarga
  • Pakej Pengubahsuaian Rumah
  • Satu Tahun Pembayaran Bil Pelbagai
  • Membeli Belah
  • Wang Pendahuluan Rumah

Teruskan mendengar Hot FM bagi mendapatkan informasi terkini mengenai kempen ini. Pendengar juga disarankan untuk melayari laman sesawang rasmi Hot FM bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam kempen ini. Kata KUNCInya, bersedialah menjadi pemanggil ke lapan untuk melayakkan diri menjadi pemegang kunci yang bakal menjadikan hadiah utama RM50,000 milik anda! Segalanya bermula pada 7 April sehingga 25 April 2014.

Jangan lupa untuk follow hashtag Kunci AM Krew #RM50ribudisebalikpintu #KunciAMKrew dan juga follow laman Twitter, Instagram dan Facebook Hot FM: @hotfm976

Kunci AM Krew Hot FM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Toyota Camry 2.0GX Menanti Pemenang Prudential Astro Masters 2014

RTM Anjur Program Jeyarawara Rio To Malaysia