in

KBMM Sarankan Misi Thomas 2010

Selepas berjaya menganjurkan perlawanan amal badminton “Tangkis Untuk Palestin” Sabtu lalu, Kesatuan Bulutangkis Melayu Muda (KBMM) kini merangka untuk membuat jelajah ke seluruh negara bagi mempromosikan “Misi Thomas 2010” sebagai persiapan merampas semula piala berprestij itu tahun hadapan.   

Dalam sidang media pada sebelah petang sebelum perlawanan tersebut, Penasihat KBMM, Hasmi Hashim berkata, semangat masyarakat di peringkat akar umbi wajar disemarakkan bagi memberi sokongan padu kepada pasukan kebangsaan menuju kejohanan Piala Thomas dan Uber tahun hadapan.  

Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada kejohanan Piala Thomas tahun hadapan dan kali terakhir pasukan negara berjaya merebut piala itu adalah pada 1992. Sementara itu, KBMM yang kini tertumpu kepada merancakkan kegiatan sukan badminton di peringkat komuniti juga sedang bersiap untuk menghantar wakil ke Kejohanan Seluruh England Mac nanti.  

“Kita mahu melihat secara lebih dekat bagaimana kejohanan yang dianggap paling berprestij itu dianjurkan selain memberi sokongan kepada pasukan badminton kebangsaan di sana,” katanya.   

Menurut Hasmi lagi, dalam masa terdekat ini KBMM juga akan menghantar memorandum kepada Kementerian Pelancongan Malaysia bagi memohon agar lagenda-lagenda badminton negara diangkat sebagai ikon pelancongan di dalam dan luar negara.   

“Masyarakat antarabangsa mengenali Misbun dan Rashid Sidek misalnya, dan kita wajar memanfaat lagenda-lagenda ini sebagai ikon pelancongan di samping memperlihatkan Malaysia sebagai negara jagoan badminton dunia,” tambah Hasmi dalam sidang media yang sama.   

KBMM turut memohon kepada Kerajaan Selangor merezabkan rumah allahyarham Dato’ Haji Sidek bagi memberi penghormatan kepada bapa yang melahirkan pemain-pemain handalan dunia. Sementara itu, jurulatih perseorangan negara, Dato’ Misbun Sidek pula berkata, program amal seumpama perlu terus diadakan bagi menyemarakkan lagi sukan badminton di peringkat akar umbi. 

Ketika bercakap dalam program talk “Badminton Di Hati Saya,” Misbun turut membongkar rahsia rambut gaya Mohican yang pernah menjadi perhatian suatu masa dahulu.  

“Saya mahu menjadi pemain nombor satu dunia, dan saya lakukan apa sahaja untuk mendapat gelaran itu. Rambut gaya Mohican itu seperti nombor satu daripada hadapan kepala sehingga ke ekor rambut,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Berek Lakonan Sharifah Shahira, Ani Mayuni, Norseha

Baby Ballroom, Cash, Treasures, Bones Season 4