in

Baby Ballroom, Cash, Treasures, Bones Season 4

Hati anda pasti tertawan dengan sajian program hebat Februari ini, hanya di ntv7!

Februari ini, terus setia bersama ntv7 sementara kami menghiburkan anda dengan koleksi program baru seperti Baby Ballroom, Cash dan Treasures serta Bones Musim 4. Jadi, jangan ketinggalan untuk menyaksikan program hebat ini yang pasti mewarnai hari-hari anda!

Tontonilah aksi comel dan mencuit hati anak-anak kecil dalam sebuah rancangan tarian di TV – Baby Ballroom. 14 pasangan penari ballroom muda, berumur dari enam tahun hingga sebelas tahun bersaing untuk jolokan juara Baby Ballroom. Penari kecil ini dikehendaki untuk menambat hati panel juri yang terdiri daripada tiga selebriti; Ray Quinn dari X Factor, bintang muda Bonnie Langford dan tutor tarian terkenal –  Pierre Dulaine.

Dihoskan oleh Kate Thornton, Baby Ballroom mencari penari muda paling berbakat dan hebat bawah dua belas tahun yang berani untuk menyertai beberapa cabaran di ruang tari-menari sehinggalah berjaya ke peringkat akhir. Lihat aksi penari muda ballroom ini dengan gaya tersendiri dan kemahiran mereka yang mengagumkan dalam Baby Ballroom, setiap Isnin, dari 8.30 malam hingga 9.30 malam mulai 2 Februari 2009.

Cash and Treasures ialah siri dokumentari pengembaraan terbaru di ntv7. Setiap minggu, pengacara Kirsten Gum akan mengetuai suatu adventur yang menarik dan luar biasa bagi mencari batu permata semulajadi, harta karun dan pelbagai barangan beharga – di lokasi sebenar yang turut boleh diterokai oleh orang ramai . Seterusnya, Kirsten akan menemui pakar tempatan untuk mengubah batu permata mentah ke harta karun tidak ternilai. Juga, anda pasti akan lebih teruja apabila batu permata mentah tersebut dinilai dengan harga yang sangat tinggi dalam segmen Show Me the Money! Reveal. Harta karun yang dijumpai termasuklah berlian Herkimer, emas Alaska, batu fairuz dan macam-macam lagi. Sertai Kirsten Gum pada setiap Isnin, dari 7.30 malam hingga 8.00 malam mulai 23 Februari 2009.

Bones Musim 4, sebuah siri penyiasatan yang penuh dengan babak mendebarkan ini bermula dengan sebuah kes profail tinggi yang memerlukan kemahiran Brennan dan Booth. Pada episod lepas, Zack terbukti mempunyai hubungan dengan seorang penjenayah iatu anak didik kepada seorang pembunuh upahan bernama Gormogon. Kali ini, lebih banyak kes menarik yang dibongkar oleh agen handalan ini termasuklah kes seorang hos program realiti TV terkenal, penulis sains fiksyen yang digeruni, sukarelawan, paderi dan banyak lagi. Persahabatan antara Brennan (Emily Deschanel) dan Booth (David Boreanaz) turut dilanda badai musim ini.

Jadi, masih adakah harapan untuk mereka bersama di musim ini dan apakah penjelasan Zack mengenai kes jenayah yang seakan membabitkan dirinya itu? Bones Musim 4 bersiaran setiap Isnin dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam mulai 23 Februari ini!

Februari ini, anda pasti tertawan dengan bersiarannya drama dan program realiti  ternama seperti Baby Ballroom, Cash and Treasures dan Bones Musim 4. Jangan lupa untuk bersama kami untuk hiburan penuh gaya, hanya di Saluran Ceria Anda!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KBMM Sarankan Misi Thomas 2010

Gambar Fauziah Latif Dengan Anak Lelaki