in

Jelajah Gempak Astro Retro 2009

JELAJAH GEMPAK ASTRO RETRO 2009!
Barisan artis popular dijangka gegarkan Dataran Kluang

Bagi meneruskan kesinambungan dan inisiatif bagi mengeratkan jenama Astro di samping menawan hati para pelanggan, Astro terus gigih dalam ekspedisinya untuk terus mendekati para pelanggan melalui acara promosi bergerak Gempak Astro Retro 2009 yang akan diadakan pada 17 Oktober ini bermula seawal jam 10 pagi hingga jam 10 malam bertempat di Dataran Kluang, Johor.

Ketua Pemasaran Segmen Melayu, Puan Molina Musa berkata, ” Pada tahun ini, kami telah memperhalusi strategi kami dengan melakukan pendekatan yang berbeza daripada promosi-promosi bergerak yang lain. Penumpuan kami kini lebih kepada komuniti. Oleh itu, setiap minggu, pasukan pemasaran di bawah payung Gempak iaitu Gempak Desa, Gempak Selebriti dan Gempak Astro akan menjelajahi kawasan-kawasan yang disasarkan melalui acara-acara promosi yang banyak melibatkan penyertaan masyarakat berbilang kaum dan umur.

Kami telah mengatur pelbagai aktiviti promosi bergerak pada setiap minggu secara selang-seli sepanjang tahun. Program Gempak Desa akan menjelajahi kawasan-kawasan pendalaman manakala program Gempak Selebriti pula mensasarkan kepada kumpulan pelanggan yang datang dari kawasan Bandar. Sebagai bonus, kami dengan berbesar hati mengembalikan acara Gempak Astro yang akan diadakan secara besar-besaran pada tahun ini.”

Tambah beliau lagi, ”Setiap acara Gempak mempunyai sasaran yang tersendiri dalam memenangi hati pelanggan tidak kira mereka datang dari kawasan pendalaman mahupun dari kawasan Bandar. Setakat ini, Astro telah berjaya menguasai kira-kira 51% dari kumpulan sasaran penonton TV dari kediaman Melayu. Jumlah ini semakin meningkat setiap kali kami menjelajah ke lokasi-lokasi baru seluruh negara pada setiap minggu.”

Acara promosi bergerak Gempak Astro Retro 2009 yang akan diadakan pada 17 Oktober ini bakal menerima kunjungan oleh artis dan selebriti terkenal seperti Datuk Khatijah Ibrahim, Anuar Zain, Ning Baizura, Zainal Alam Kadir, Farish serta bintang-bintang Akademi Fantasia yang lain seperti Akim, Stacy, Akma, Yazer, Farah, Farhan, Idayu, Nadia, Toi, Zahid, Reza dan ramai lagi yang akan sama-sama turun padang bagi memeriahkan lagi acara.

Menurutnya lagi, ”Kami yakin program-program yang telah diaturkan ini akan menarik kunjungan orang ramai. Sebagai testimoni, acara promosi bergerak Gempak Selebriti Astro di Midvalley, KL dan Gempak Desa Astro di Felda Keratong, Pahang yang telah diadakan baru-baru ini masing-masing berjaya menarik lebih dari 3000 ke 6000 pengunjung di setiap lokasi. Kami percaya dengan kehadiran artis-artis terkenal seperti Datuk Khatijah Ibrahim, Anuar Zain, Ning Baizura dan bintang-bintang AF seperti Akim, Stacy, Akma, Zahid, Farah dan ramai lagi di acara Gempak Astro Retro 2009 ini mampu menarik kunjungan orang ramai.

”Kami ingin memanfaatkan setiap kunjungan kami bukan semata-mata mahu menghiburkan dan memanjakan para pengunjung tetapi juga ingin mengambil kesempatan untuk mendekati dan bertukar-tukar pendapat dengan para pelanggan Astro yang baru dan lama bagi meningkatkan lagi mutu dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Astro,” jelas Puan Molina.

Pelbagai aktiviti interaktif telahpun diatur khusus untuk semua ahli keluarga tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa sepanjang hari bermula dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam untuk karnival ini. Para pengunjung juga berpeluang untuk beramah mesra dengan barisan artis yang turut hadir sebelum menyaksikan persembahan pentas yang akan berlangsung pada sebelah malam.

Di antara aktiviti-aktiviti yang telah diatur ialah pertandingan mewarna buat kanak-kanak, pertandingan pakaian beragam, pertandingan nyanyian karaoke, acara sukaneka dan sebagainya. Di samping itu, pentas ujibakat akan turut dibuka bagi mencungkil bakat-bakat baru untuk rancangan Raja Lawak musim keempat.

SENARAI PROGRAM GEMPAK ASTRO RETRO 2009

Karnival Astro Bermula
9.30 – 10.30 pagi
Pertandingan mewarna Gempak Desa Astro (GDA) & Gempak Selebriti Astro (GSA)
Poco-poco Discovery
Persembahan Dr Freestyler
Aktiviti indoor bermula

10.30 – 11.30 pagi
Sukaneka bersama artis-artis terlibat
Sesi bertemu peminat 

11.30 pagi – 12.30 tengah hari
Bengkel kaligrafi bersama Uztaz Dinie
Sesi interaktif Disney
Aktiviti bersama PDRM

12.00 -12.50 tengahari
Pertunjukan Modenas GDA
Pertandingan gusti lengan GSA
Pertunjukan memasak Discovery

12.00 tengah hari – 2.00 petang
Ujibakat Raja Lawak 4

2.00 – 2.30 petang
Sesi bertemu peminat bersama pelakon Kau & Aku

2.00 – 3.00 petang
Sesi interaktif Disney
Bengkel melukis kartun bersama Uztaz Dinie

3.00 – 4.00 petang
Karaoke Retro bersama orang kampung GSA
Kung Fu Panda face painting
Bengkel stompers

4.00 – 4.30 petang
REHAT
4.30 – 5.30 petang
Pertandingan pakaian beragam Retro
Persembahan Dr Freestyler

5.30  – 6.30 petang
Persembahan Stompers
Aktiviti bersama PDRM

6.30 pm – 7.00 pm
Persembahan Dr Freestyler

7.00 pm – 8.00 pm
REHAT untuk solat Maghrid

Playback Indahnya Iman oleh Saluran 106 Astro Oasis
8.00 pm – 8.45 pm
Playback MUSTIKA Live-feed
8.45 pm – 10.00 pm
KONSERT Retro @ Gempak Astro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Great Savings The Cheapest Domain Name

TOM CRUISE & CAMERON DIAZ IN KNIGHT & DAY