Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Jadual Show Unzipped 8TV

UNZIPPED
membawakan kepada anda muzik hebat yang mengegarkan

Berita baik untuk semua peminat dan pencinta muzik tempatan tanahair ! Dari tenaga kerja dan gabungan idea-idea kreatif, 8TV mempersembahkan sebuah lagi produksi tempatan terbarunya – Unzipped! Saksikan persembahan-persembahan hebat dan karya-karya terbaik dari artis dan kugiran terpilih kegemaran anda pada setiap hujung minggu, jam 3.00 petang di Ruums, Kuala Lumpur bermula pada 15 Jun 2008!

Unzipped ialah sebuah siri persembahan muzik secara langsung istimewa yang mengketengahkan kugiran-kugiran dan artis-artis hebat di Malaysia. Rancangan terbaru ini bakal mempersembahkan 12 bakat kugiran tempatan pada setiap minggu.

Unzipped bukan sahaja bertujuan untuk mengketengahkan bakat-bakat muda pemuzik tempatan tetapi juga menyediakan platform bagi mengembangkan lagi bakat muzik yang sedia ada  dalam darah mereka. Pada masa yang sama, peluang ini tentunya dapat  meningkatkan lagi jumlah peminat dan menarik perhatian penyokong baru.

Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan Kumpulan, Pemasaran dan Komunikasi di 8TV, Cik Lam Swee Kim:

“Saya berasa sungguh teruja dengan penambahan  terbaru kepada program kami yang sedia ada. 8TV sentiasa menyokong muzik tempatan dan ini adalah salah satu lagi usaha kami dalam menyokong pemuzik-pemuzik muda ini memajukan muzik mereka dan mengiktiraf bakat yang ada. Saya pasti para peminat muzik dan penonton 8TV gembira dengan berita ini dan teruja untuk merasai sendiri pengalaman menjayakan rancangan terbaru ini. Mereka semua dijemput hadir untuk menyaksikan secara langsung persembahan yang akan diadakan secara percuma atau menonton rakamannya yang bakal ditayangkan di 8TV kelak.”

Rancangan Unzipped ini bakal bersiaran selama sejam, mempamerkan persembahan oleh kumpulan pilihan pada setiap minggu. Penonton juga berpeluang untuk menonton rakaman dan klip video artis kegemaran yang menjadi idola mereka serta pendedahan tentang kisah peribadi dan pengalaman masing-masing.

Sebagai permulaan, Jaclyn Victor dijemput untuk menggegarkan pentas buat pertama kali pada hari Ahad lalu, 15hb Jun 2008, jam 3.00 petang di Ruums at Live Centre, Kuala Lumpur.

Teruja untuk mengetahui bilakah artis kegemaran anda akan mengadakan persembahan? Sila rujuk pada jadual di bawah untuk maklumat lanjut.

1
Jaclyn Victor
15 Jun 2008

2
Hujan
22 Jun 2008

3
Meet Uncle Hussain
29 Jun 2008

4
Gerhana Ska Cinta
29 Jun 2008

5
Pop Shuvit
5 Julai 2008

6
Estranged
6 Julai 2008

7
Love Me Butch
6 Julai 2008

8
Deja Voodoo Spells
12 Julai 2008

9
Tempered Mental
12 Julai 2008

10
One Buck Short
13 Julai 2008

11
They Will Kill Us All
13 Julai 2008

12
Bittersweet
20 Julai 2008

13
Faizal Tahir
26 Julai 2008

Technorati Tags: , , , , , , , , , , ,

none

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Rakaman Unzipped HUJAN di Ruums KL
  • Meet Uncle Hussain, One Buck Short, Tempered Mental & Deja Voodoo Spells di Unzipped
  • Jadual Promosi Pelancaran Album Afgan Syah Reza di Kuala Lumpur Malaysia
  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 1428H / 2007M
  • Daphne Iking Dalam The Breakfast Show di NTV7
  • Video Youtube Paris Hilton at The Late Show David Letterman
  • Mawi Pergi Show di Terengganu Naik Helikopter?
  • Erra Fazira Janji Sokong Filem Hans Isaac
  • Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia
  • PROFILE ZUHRI First Single Album LAGU PENGHARAPAN



  • Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:














    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK