Gambar Kamal Adli Pelakon Drama Bio-Nik di TV3 2009

Pemenang tempat pertama Hero Remaja 2008, Kamal Adli terus mengorak langkah dengan menerima tawaran untuk membintangi sebuah drama superhero berkonsep futuristik berjudul Bio-Nik.

Ketika hadir di Media Prima Television Networks Screening 2009 yang lalu, Budiey sempat berborak dengan Kamal tentang drama ini. Katanya, drama terbitan KRU Studios ini adalah drama berepisod pertama yang menggunakan teknologi CGI. Ada 26 episod kesemuanya.

Kamal Adli memegang watak Nik atau nama sebenarnya Ahmad Haznik. Seorang pelajar yang mencari pekerjaan selepas tamatnya SPM. Wataknya lebih happy go lucky dan punya sikap yang positif. Berkisar tentang kehidupan Nik yang telah direvamp oleh bapanya, seorang profesor menjadi seperti robot setelah dirinya terlibat dalam satu kemalangan. Antara pelakon lain yang membintangi drama ini ialah Syaz, Intan Ladyana, Fizow dan akan ditayangkan pada bulan Mac 2009 di TV3.

Pada tahun hadapan, TV3 akan menyambut ulangtahun ke-25. Dengar khabar, banyak sekali program menarik dan juga ground event akan diadakan. Tunggu ya!

Sekarang ini Kamal Adli sedang sibuk berlakon drama Bio-Nik yang berlokasikan sekitar Kuala Lumpur, Damansara dan sebuah kolej swasta.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Adakah Ini Gambar Seksi Fasha Sandha Tersebar di Internet

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Kuala Lumpur International Film Festival 2008