in ,

Filem Terbaik & Animasi Meraikan Sambutan Hari Natal

Filem-Filem Terbaik dan Animasi Meraikan Sambutan Hari Natal di TV2

Dalam meraikan sambutan Hari Natal pada 25 Disember ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak ketinggalan untuk berkongsi variasi program menghiburkan sepanjang tiga hari berturut-turut untuk meraikan penonton setia salurannya seisi keluarga.

Debaran sambutan perayaan ini bermula awal sehari sebelum sambutannya iaitu pada 24 Disember 2011 apabila RTM menayangkan filem “Mickey’s Once Upon a Christmas”, jam 10.00 pagi yang bertemakan sambutan Krismas di bahagikan kepada tiga plot berbeza. Kisah pertama berkembang sekitar kisah penceritaan semula oleh Donald Duck tentang Hari Groundhog (1993) yang mengaitkannya dengan kemunculan watak Huey, Dewey dan Louie. Kesinambungannya kisah A Very Goofy Christmas di mana Goofy cuba untuk mengatasi keraguan anaknya tentang Santa Claus. Akhir sekali, “Mickey & Minnie’s Gift Of The Magi” yang membawakan semula kisah klasik Krismas yang membawakan pengajaran supaya menjauhkan perbuatan mementingkan diri.

Tinker Bell

Saksikan juga “12 Days of Christmas Eve”, hiburan 12.00 malam lakonan Steven Weber, Mark Krysko dan Chad Willett yang mengetengahkan kisah Calvin Carter seorang eksekutif yang berjaya. Namun malang tidak berbau apabila dirinya terlibat dalam kemalangan dan hanya tersedar apabila dirinya telah terlantar di hospital. Jururawat memberitahu bahawa dia hanya mempunyai dua belas hari atau dua belas peluang bagi persediaan Krismas.

Kegembiraan meraikan hari Krismas tanggal 25 Disember ini turut diraikan dengan tayangan “Mickey’s Twice Upon a Christmas”, jam 10.00 pagi yang merupakan kesinambungan daripada filem Mickey’s Once Upon a Christmas. Jalan ceritanya yang menarik dan menceriakan semestinya membangkitkan semangat meraikan perayaan ini.

Keesokkannya usah ketinggalan menyaksikan filem “Tinker Bell” yang disiarkan jam 8.40 pagi. Filem animasi yang meminjam suara Mae Whitman, Kristin Chenoweth dan Raven-Symone ini berkisar dunia ajaib pari-pari dan watak Pixie Hollow yang diwujudkan membawa pelbagai kisah mengenai perubahan musim.

Luangkan masa anda untuk turut menyaksikan filem “Jiminy Cricket’s Christmas”, jam 10.30 pagi dan “Most Wonderful Time of The Year”, jam 2.30 petang kemudiannya lakonan Brooke Burns, Henry Winkler dan Warren Christie hanya di TV2.

12 Days of Christmas Eve

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Christmas Joy 2011 Di TV2

Sambutan Tahun Baru 2012 di Saluran Ceria Anda