in

Filem KL Gangster 2 Kutip RM3Juta Tiga Hari Tayangan

Berita yang baru sahaja Budiey terima, filem KL Gangster 2 telah berjaya mengutip RM3juta kutipan setelah 3 hari berada di pawagam iaitu dari 3 Oktober lalu. Berita diumumkan oleh Tengku Iesta dari Grand Brilliance melalui Twitter miliknya. Tahniah sekali lagi Budiey ucapkan.

Sebelum ini, Budiey mendapat perkhabaran dari pengarah Syamsul Yusof tentang jumlah kutipan filem KL Gangster 2 untuk hari pertama (Khamis, 3 Oktober 2013) telah berjaya mengutip RM1.2 juta. Jumlah ini hanya beza RM300ribu dari KL Gangster pertama (RM1.5 juta) untuk hari pertama.

Syabas buat Skop Productions & Grand Brilliance! Semoga kutipan lebih tinggi. Kepada anda, pembaca sekalian, jom, sokonglah filem Malaysia!

Seniman Hulur Bantuan

[dropcap]D[/dropcap]alam pada itu, Budiey lihat filem KL Gangster 2 juga mendapat sokongan dari Persatuan seniman Malaysia (SENIMAN) di mana persatuan ini telah menganjurkan tayangan khas filem KL Gangster 2 sebagai tanda sokongan terhadap filem terbabit yang dirompak secara digital dan cetak rompak sebelum tayangan asalnya bermula 2 Oktober lalu. Tayangan itu dihadiri kira-kira 200 orang membabitkan ahli Kelab Penyokong SENIMAN, barisan Exco SENIMAN, penggiat seni dan artis yang diadakan Khamis lalu di pawagam TGV KLCC.

Tayangan khas itu atas inisiatif Biro Komunikasi Media Baru SENIMAN dalam usaha Kempen Perangi Cetak Rompak yang dilancarkan persatuan terbabit. Wah, baguslah. Sebab sebelum ini, Seniman juga ada mengadakan tayangan sebegini untuk filem Tanda Putera sebagai sokongan kepada penjualan tiket filem itu.

KL Gangster 2 Dapat Sokongan 10 Penerbit

[dropcap]B[/dropcap]udiey juga ada mendengar berita tentang 10 penerbit syarikat produksi tempatan telah bergabung meringankan beban ditanggung syarikat Skop Productions Sdn Bhd dan Primeworks Studios Sdn Bhd. Sokongan ini berbentuk pembelian tiket sebanyak 5,000 keping. Kat sini dapat kita gambarkan, betapa eratnya tali persahabatan antara penerbit filem. Yang ni, yang kita mahukan sebenarnya dalam industri. Bukan ada yang benci membenci dan dengki mendengki. Itu kita tak nak la okay.

Setiap syarikat bersetuju membeli 500 tiket untuk meringankan beban kos besar. Maklumlah, bila dah jadi mangsa cetak rompak, kedudukan filem KL Gangster 2 yang boleh mendapat kutipan paling tinggi agak terganggu dan terbantut. Namun, dari apa yang Budiey perhatikan, masih ramai peminat yang menonton filem dengan cara yang halal. Baguslah korang. Ramai yang cakap, mereka berpuas hati dengan jalan cerita dan aksi begitu juga dengan kesan khas dan kualiti warna yang lebih terang dapat dinikmati di layar besar.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MTV Chronicles The Epic Rise Of Miley Cyrus

Nurul Dapat Tajaan Rawatan Berpantang