Filem Duyung Lakonan Maya Karin & Yasmin Hani
Dulu-dulu, pernah kita tonton filem lama berjudul Air Mata Duyung (1964) arahan M. Amin lakonan Nordin Ahmad dan Suraya Haron. Filem cereka fantasi ini menceritakan tentang seorang nelayan bernama Awang Jermal yang bersahabat baik dengan putera raja bernama Engku Alang di mana dalam masa yang sama, adik Engku Alang, Engku Suraya telah jatuh cinta dengan Awang Jermal. Akibatnya Engku Suraya telah disumpah menjadi ikan duyung kerana bercinta dengan rakyat biasa.
Terbaru, sebuah lagi filem yang menggunakan ikan duyung sebagai objek utama. Filem diterbitkan oleh KRU Film ini diarahkan oleh Prof Abdul Razak Mohaideen. Antara pelakon filem Duyung ialah Maya Karin, Saiful Apek, Yassin Yahya, Yasmin Hani, Abu Bakar Omar, Hafidzuddin Fazli, Rosnah Mat Aris, Raja Nor Baizura dan ramai lagi. Melihat pada senarai pelakon, saya keliru adakah filem ini lebih menjerumus kepada komedi atau fantasi cereka romantik?
Melihat nama Maya Karin membawa watak ikan Duyung, Budiey mahu mengucapkan tahniah pada beliau kerana berjaya dipilih untuk watak sebegini. Maya Karin semestinya rasa bertuah sebab diberi peluang untuk menjadi ikan Duyung. Setelah menjadi puntianak, Maya Karin dijelmakan pula sebagai ikan duyung; satu lagi legenda dalam filem Melayu. Budiey yakin Maya karin mampu memperbaiki bakat lakonannya dan mengukuhkan citra dan gaya lakonan cemerlang untuk menjadi seorang biduanita atau ratu filem untuk menggantikan Erra Fazira yang tengah jatuh merudum.
Seperti biasanya, KRU akan menerbitkan album soundtrack filem Duyung menampilkan Dafi AF5 dan beberapa artis di bawah KRU Records. Mungkin KRU boleh memperluaskan bisnes marketing dengan menghasilkan novel Duyung pula selepas ini?
[tags]filem duyung, trailer filem duyung youtube, sinopsis ikan duyung movie, synopsis duyung, maya karin, Air Mata Duyung, M. Amin, Nordin Ahmad, Suraya Haron, pameran kahwin 2007, kru movie, Maya Karin, Saiful Apek, lagenda ikan duyung, cerita lawak, cerita lagenda ikan duyung, erra fazira kahwin, gambar erra fazira kahwin, Yassin Yahya, maskahwin, panduan kahwin, Yasmin Hani, Abu Bakar Omar, Hafidzuddin Fazli, Rosnah Mat Aris, Raja Nor Baizura, ulasan filem duyung, kritik filem duyung, poster filem duyung[/tags]

Tags: Filem, KRU, Maya Karin, Yasmin Hani
Tags: Filem, KRU, Maya Karin, Abu Bakar Omar, Air Mata Duyung, cerita lagenda ikan duyung, cerita lawak, erra fazira kahwin, filem duyung, gambar erra fazira kahwin, Hafidzuddin Fazli, kritik filem duyung, kru movie, lagenda ikan duyung, M. Amin, maskahwin, maya karin, Nordin Ahmad, pameran kahwin 2007, panduan kahwin, poster filem duyung, Raja Nor Baizura, Rosnah Mat Aris, Saiful Apek, sinopsis ikan duyung movie, Suraya Haron, synopsis duyung, trailer filem duyung youtube, ulasan filem duyung, Yasmin Hani, Yassin YahyaClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





Comments
Powered by Facebook Comments