Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Diana Ross Jadi Penama Kedua Dalam Wasiat Michael Jackson



LOS ANGELES: Kejutan berlaku apabila Michael Jackson bukan saja menamakan ibunya sebagai penjaga anak-anaknya dalam surat wasiat malah penyanyi legenda, Diana Ross sebagai penama kedua. Perkara itu terdedah selepas surat wasiat lima muka surat yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi Daerah Los Angeles, dikemukakan di mahkamah semalam.

Diana Ross

Ia juga menyebut pembahagian harta untuk Ross, 50, perlu ditinggalkan dalam Amanah Keluarga Michael Jackson. Surat wasiat itu didaftarkan pada 2002 juga menyebut nilai harta Michael berjumlah lebih AS500 juta tetapi tidak jelas bagaimana angka penilaian itu dibuat.

Michael bagaimanapun dipercayai berdepan dengan masalah hutang yang bertimbun menjelang kematiannya. Dalam surat wasiat itu, ibu Michael, Katherine Jackson dinamakan sebagai penjaga tiga anaknya manakala Ross, 65 dinamakan sebagai pengganti Katherine sekiranya emaknya meninggal dunia terlebih dulu.

Tiga rakan rapat Michael, peguam John Branca, eksekutif muzik, John McClain dan akauntan Barry Siegel — dinamakan sebagai pelaksana bersama wasiat itu. Bagaimanapun, bapanya, Joe tidak langsung disebut dalam wasiat serta nama bekas isterinya, Debbie Rowe.

Diana Ross dan Michael Jackson masa American Music Awards pada 17 Januari 1984

“Saya secara sengaja tidak memasukkan apa-apa hak untuk bekas isteri saya, Deborah Jean Rowe Jackson dalam wasiat ini,” kata Michael dalam wasiat bertarikh 7 Julai 2002 itu. Jika saya meninggal, hak penjagaan anak-anak saya diserahkan kepada emak saya, Katherine Jackson, Jika Katherine Jackson gagal atau tidak mahu menerima tanggungjawab itu, saya menamakan Diana Ross sebagai penjaga,” katanya.

Isnin lalu, mahkamah membuat keputusan Katherine sebagai penjaga sementara tiga anak Michael – Prince Michael, 12, Paris, 11, dan Prince Michael II, 7. – AFP

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Michael Jackson Peluk Islam
  • Michael Jackson Gay?
  • Misteri Acara Pengebumian Michael Jackson
  • Hubungan Michael Jackson Dan Pengasuh Macam Pasangan Sudah Berkahwin
  • Tempat Michael Jackson Dikebumikan
  • Penyakit Kulit Hanya Alasan Untuk Michel Jackson Berkulit Putih
  • 6.5 juta Layari Facebook Michael Jackson
  • Michael Jackson’s Michael Is The #1 Selling Global Album
  • Michael Jackson dan Farah Fawcett Meninggal Dunia
  • Laporan Bedah Siasat Mayat Michael Jackson Dikeluarkan Minggu Depan



    • http://indahduniaku09.blogspot.com/ endok

      hmm sian tul si michael ni.x habis2 lg citer dia.semoga aman dia disana

    • Ntahla..

      Betul2 konflik isu pembahagiaan harte MJ ni…nape ayah & bekas jande dia x termasuk dlm senarai ek..pelik2…

    • fiza

      coz ayah dia jahat la….bukan sume org suke their parents…some ppl they just have to live with it

    • tandil tobol

      berakhirlah riwayat seorang lagi keturunan kunta kintie yang berjaya

    • NONA

      TK BAIK LA SI TANDIL NI…ORG DAH MATI, DIA CKP CAM TU LAK…KO TAU KER NASIB DIA KT SANA N NASIB KO SENDIRI KT SANA….NTAH2 KO YG KETURUNAN KUNTA KINTIE KOT…MANA LA KITA TAU KAN..NAMA KO PUN MISTERI JUGAK…MESTI KETURUNAN TANDIL TOBOL KAN…MMM TP KETURUNAN JENIS APA TU YEAK…..HU HU…JGN MARE…

    • jambu batu

      ape y korang sumer merepek nie…kalau dia dah masuk islam alhamdulillah laa…jgn terkejut kalau dia lebih dulu masuk syurga dari kita.bila dia masuk islam dah tentu dosa2 dia y dulu2 dah terhapus cam baby.baru 8 bulan islam dah meninggal.byk manerla sgt dosa dia banding y kita islam nie berpuluh2 tahun.tak kira lah kunta kuntie ker tombol mombol ker,..y pntg dia islam

    • baby

      kelakar tul lh nona ni



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK