in ,

BMW Group Malaysia Perkenal BMW X3 yang Terbaharu

Generasi ketiga Kenderaan Sports Activity (SAV) bersaiz sederhana, BMW X3 terserlah dengan reka bentuk dinamik, ciri pemanduan sport serta teknologi ketersambungan yang tinggi – ia kini mempunyai misi untuk melangkau lebih jauh dalam persaingan segmen kenderaan premium.

The All-New BMW X3 (7)

BMW Group Malaysia hari ini, telah memperkenalkan kenderaan keluaran terbaharu iaitu BMW X3 yang akan dipasang di dalam negara buat julung kalinya. Ini membuktikan komitmen BMW Group Malaysia untuk mengembangkan pelaburannya di Malaysia, dan langkah ini juga menitikberatkan Malaysia sebagai sebuah hab bagi BWM Group di rantau Asia Tenggara.

The All-New BMW X3 (33)

En. Harald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap CEO BMW Group Malaysia berkata, “Hari ini, kita meraikan generasi terbaharu BMW X3, dan berdasarkan sejarah industri automotif premium, jentera inilah yang mewujudkan segmen premium SAV bagi kenderaan bersaiz sederhana pada tahun 2003. Ini merupakan contoh terbaik untuk menggambarkan inisiatif BMW ambil demi membentuk masa hadapan. Dengan penghasilan dua generasi kenderaan BMW X3, kita berjaya menjual lebih daripada 1.5 juta kenderaan untuk meneraju segmen ini di peringkat dunia. Pada hari ini, jentera terbaharu BMW X3 bersedia untuk meneruskan kejayaan BMW dalam segmen kenderaan premium.”

The All-New BMW X3 (4)

Tambah Hoelzl, dengan penjualan kenderaan melebihi 1,000 unit pada tahun 2018, keluaran BMW X sedang menikmati peningkatan sebanyak 39% di Malaysia, berbanding tahun lepas berdasarkan tempoh yang sama. Jentera yang memangkin pertumbuhan ini ialah The Boss – iaitu BMW X5, dan BMW X2 yang pertama. Kini, dengan keluaran BMW X3 yang baharu, BMW Group Malaysia berhasrat untuk membawa Famili BMW X lebih jauh pada tahun ini. “Buat pertama kalinya, BMW X3 yang lebih mengghairahkan telah dilancarkan dan boleh didapati sebagai kenderaan yang dipasang di dalam negara untuk menawarkan pelanggan kami lebih banyak pilihan produk serta kombinasi pilihan daripada model yang diimport sepenuhnya dari luar negara dalam segmen kenderaan premium sports activitiy,” ujar Hoelzl.

The All-New BMW X3 (11)

Secara keseluruhannya, BMW Group Malaysia telah menjual 3,000 unit kenderaan BMW, MINI dan Motorrad pada suku pertama tahun 2018, melakarkan pertumbuhan yang memberangsangkan iaitu sebanyak 15% berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas dengan penjualan sebanyak 2,600 unit kenderaan. Secara terperinci, BMW telah menyaksikan perkembangan penjualan sebanyak 18% dengan penjualan lebih daripada 2,500 unit kenderaan baharu pada suku pertama 2018 (S12017: 2,100 unit kenderaan). MINI pula telah berkembang sebanyak 6% – dengan penjualan 220 unit kenderaan berbanding tahun 2017 dalam tempoh yang sama dengan penjualan sebanyak 200 unit kenderaan. Sementara itu, BMW Motorrad telah mencatat perkembangan sebanyak 2% pada suku pertama tahun 2018 dengan penjualan menghampiri 260 unit motosikal.

The All-New BMW X3 (36)

BMW X3 yang baharu kini menampilkan reka bentuk yang lebih menonjol dan dinamik, serta dilengkapi dengan sistem pemanduan yang terbaik – kesemua ciri-ciri ini melambangkan jiwa BMW X3 yang tampak lebih berdikari, “Atas sebab ini, BMW X3 digelar The Independent dalam Famili BMW X,” ujar Hoelzl.

Unit kenderaan BMW X3 diperkenalkan dalam varian BMW X3 xDrive30i Luxury. Kualiti pengendalian dinamik yang dilengkapi dalam kesemua kenderaan BMW X3 diperkukuhkan dengan agihan berat ideal 50:50, casis yang canggih serta sistem pacuan semua roda yang pintar iaitu BMW xDrive, diperkenalkan pada tahun 2003 semasa generasi pertama BMW X3 dilancarkan.

The All-New BMW X3 (18)

Reka Bentuk yang Khas dan Lebih Rapi.
BMW X3 menterjemahkan reka bentuk serba garang dan dinamik pada tahap yang lebih tinggi berbanding model yang sebelumnya. Perintis kenderaan Sports Activity bersaiz sederhana generasi ketiga ini mengambil haluan yang hampir sama dengan famili BMW X melalui kombinasi rupa paras off-road yang lasak dan tampak lebih sporty. Dimensi luaran BMW X3 mungkin kelihatan sama seperti model yang terdahulu; namun, jarak roda kenderaan ini dipanjangkan lagi sebanyak lima sentimeter, dan turut menampilkan bonet yang lebih luas serta unjur hadapan yang lebih singkat untuk mewujudkan keseimbangan yang lebih kukuh – ia juga memberi penekanan terhadap agihan berat kenderaan 50:50 yang lebih sempurna di antara gandar hadapan dan belakang kenderaan; lantas menawarkan kelebihan kepada pemandu.

The All-New BMW X3 (14)

Buat pertama kalinya untuk model BMW X, beberapa perincian terbaharu ditampilkan di bahagian hadapan dengan rekaan signatur gril kidney tiga dimensi serta lampu kabus berbentuk hexagon yang memberikan aura keyakinan kepada jentera BMW X3 terbaharu ini. Selain itu, model SAV ini turut dilengkapi dengan lampu unit LED yang merangkumi lampu malap dan lampu suluh tinggi, lampu sisi dan lampu membelok. Model ini juga turut menampilkan teknologi bantuan lampu suluh tinggi (high-beam assistant) untuk menukar lampu hadapan yang utama kepada lampu suluh tinggi secara automatik apabila diperlukan. Bahagian bawah badan kereta BMW X3 ini pula dilindungi dengan salutan warna kelabu (Frozen Grey) dan kilatan krom (High-gloss Chrome) selain turut hadir dengan tayar aloi Double Spoke dwiwarna kelabu (Ferric Grey) bersaiz 19”.

The All-New BMW X3 (45)

Di bahagian belakang pula, model BMW X3 ini tampil gah dengan susunan lampu-lampu dengan impak visual dari unit LED tiga dimensi, spoiler bumbung dengan rekaan unik, serta dua ekor paip ekzos yang mantap. Ruangan kargo unit kenderaan ini juga menawarkan versatiliti melalui kebolehan untuk melipat tempat duduk belakang yang memberikan keluasan bonet berkapasiti 550 liter hingga 1,600 liter. Ciri Comfort Access pula akan memudahkan pengguna untuk mengakses kenderaan ini serta pintu but kenderaan ini tanpa menggunakan kunci.

Pemanduan Hebat, Kecekapan Luar Biasa.
Kenderaan ini dilengkapi dengan enjin petrol BMW TwinPower Turbo 2.0 liter empat-silinder yang merangkumi pengecasan turbo TwinScroll, High Precision Injection, kawalan aci sesondol boleh ubah Double-VANOS, dan pemasaan injap boleh ubah sepenuhnya Valvetronic. Dengan transmisi 8-kelajuan Steptronic Sport, BMW X3 terbaharu ini boleh memecut dari 0-100km dalam masa 6.3 saat dengan kelajuan maksimum 240 km/j. Dengan keupayaan untuk menjana output maksimum sebanyak 252hp dan tork mencecah 350Nm, model ini menawarkan pengalaman pemanduan yang hebat dengan kecekapan yang luar biasa.

Model BMW X3 terbaharu ini juga tampil dengan pengurangan berat sebanyak 55kg berbanding model terdahulu, sekaligus memberi gambaran terhadap prestasi dinamik kenderaan ini yang lebih gah serta kecekapannya yang luar biasa. Selain itu, BMW X3 juga direka dengan bacaan aerodinamik terendah iaitu 0.29 Cd; lebih rendah bacaan pekali seretan ini, maka lebih rendah kesan rintangan angin yang berlaku terhadap badan kenderaan tersebut. Hasilnya, keseimbangan reka bentuk yang dinamilk lagi efisien dicapai.

The All-New BMW X3 (32)

Tambahan lagi, pemandu juga boleh mengakses rangkaian variasi konfigurasi dengan adanya suis standard Driving Experience Control yang menawarkan mod seperti ECO PRO, COMFORT, SPORT dan SPORT+. Kesemua mod ini direka khas untuk pemanduan yang lebih dinamik, lebih selesa dan lebih cekap.

Kenderaan Off-Road Yang Sempurna.
Kualiti kawalan dinamik BMW X3 terbaharu ini adalah hasil daripada pembahagian berat yang ideal iaitu pada nisbah 50:50, casis yang dihasilkan dengan ketilitian tinggi, dan pemasangan sistem pintar pacuan semua roda, xDrive. Sistem ini memberikan cengkaman yang menakjubkan pada permukaan licin dan ia mempunyai kesan positif terhadap dinamik pemanduan. Sistem ini turut berangkaian dengan Dynamic Stability Control (DSC) yang menonjolkan ciri terkemuka BMW dengan pecahan kuasa boleh ubah terhadap keempat-empat tayar kenderaan ini lantas memberikan pemandu kebolehan untuk mengawal kenderaan dengan lebih cekap walaupun ketika memecut. Selain itu, kualiti pemanduan off-road SAV ini juga datang dengan kebolehan kawalan menurun bukit (Hill Descent Control) direka untuk memastikan kestabilan kelajuan ketika menuruni laluan curam.

The All-New BMW X3 (3)

Keselesaan Dalaman dengan Ambien Kemewahan.
Tradisi BMW diteruskan lagi dengan rekaan dalaman model terbaharu BMW X3 yang memberi fokus kepada pemandu dan mengoptimumkan ruang kokpit sejajar dengan aspek rekaan luaran kenderaan ini. Sebagai contoh, ruang runcing berbentuk heksagon dan bersudut merupakan ciri utama rekaan dalaman model ini. Bahagian dalamannya dikemaskan dengan bahan-bahan berkualiti yang bersesuaian dan ia menyerlahkan kefungsian kenderaan ini. Contohnya, konsep ruang simpanan kenderaan ini yang direka dengan ketelitian dapat diakses dengan mudah, selain permukaan penghawa dingin, audio dan juga pengawal stereng kenderaan ini yang disaluti dengan plat tergalvani serba mewah dan premium.

Hasil kerja kualiti tinggi oleh pereka dalaman model BMW X3 baharu ini termasuklah lambang timbul BMW X yang eksklusif, menonjol di permukaan tetiang B, konsol, dan trim pintu belakang. Selain itu, lambang timbul BMW X yang dikurangkan ketaranya juga dapat dilihat di antara pintu hadapan dan penghujung papan pemuka.

Pemandu yang memasuki kenderaan ini akan disambut dengan kerusi sport yang dikemaskan dengan Leather Vernasca serta sulaman kontra yang menawan, dilengkapi dengan pad penyandar sisi dan ruangan bahagian bahu yang mengagumkan. Papan pemuka BMW X3 terbaharu ini pula diletakkan pada kedudukan yang lebih rendah untuk memberikan “Command Position” kepada pemandu yang menawarkan kawalan dan perhatian menyeluruh.

Sesuai dengan tema mewah, model BMW X3 terbaharu ini menawarkan panel instrumen yang dikemaskan dengan jahitan kontra berserta jaluran trim dalaman berwarna kayu Oak gelap bersama sulaman jaluran serba krom (Pearl Chrome). Model ini juga didatangkan dengan pencahayaan 6 tona warna ambien (oren, ungu, hijau, gangsa, biru, dan putih) di ruangan dalaman yang turut menawarkan seleksi kontur dan mood pencahayaan.

BMW X3 juga dilengkapi dengan kamera belakang, serta Pengawalan Jarak Parkir (Park Distance Control) yang memberikan amaran akustik dan visual (untuk jarak sahaja) sekiranya terdapat halangan di kawasan belakang kenderaan tersebut. Untuk memudahkan pemandu lagi, sistem bantuan parkir ini juga boleh membantu pemandu untuk memarkir kenderaan ini dalam ruangan parkir yang selari dan lateral secara automatik.

Teknologi dan Komunikasi
Ruang dalaman BMW X3 terbaharu ini hadir dengan perincian yang menarik seperti panel instrument pelbagai fungsi dengan teknologi Black Panel yang menggantikan kluster tolok klasik terdahulu. Selain daripada memaparkan informasi seperti navigasi, ketiga-tiga mod pemanduan iaitu ECO PRO, COMFORT, dan SPORT yang diperkemaskan dengan paparan terperinci tersendiri turut diberikan sentuhan skema warna dan gaya grafik yang tersendiri.

Paparan informasi utama bersaiz 10.25 inci BMW X3 terbaharu ini dipasang di atas panel instrumen dengan kawalan kefungsian sesentuh yang memberi akses intuitif terhadap informasi yang diperlukan oleh pemandu. Pemilik kereta ini juga akan mempunyai kelebihan ketersambungan yang lebih lancar terhadap kenderaan tersebut serta terhadap dunia luar dengan BMW ConnectedDrive. Tambahan pula, unit ini turut didatangkan dengan Welcome Light Carpet yang mewujudkan pesona menarik ketika anda menghampiri kereta tersebut.

Model BMW X3 terbaharu ini menawarkan variasi warna serba garang yang baharu seperti coklat (Terra Brown), hitam (Black Sapphire), perak (Glacier Silver) dan putih (Alpine White). Ruangan dalaman kenderaan yang disertakan dengan Vernasca Black sesuai untuk dipadankan dengan Alpine White, Black Sapphire, Glacier Silver dan Terra Brown; manakala Vernasca Mokka sesuai untuk dipadankan dengan Alpine White dan Black Sapphire. Model terbaharu BMW akan mula menjengah pasaran mulai Rabu, 25 April 2018* melalui pengedar-pengedar BMW yang sah di seluruh negara. Penghantaran pula dijadualkan bermula pada Julai 2018*.

Program Pembiayaan Dinamik.
Dengan Balloon Financing Plan yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW X3 boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan bermula dari RM 3,532.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh 5 tahun).

Pengalaman Pemilikan Premium yang Menyeluruh
Pembeli BMW X3 juga boleh menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia yang merangkumi:
• Waranti Perbatuan tanpa Had selama 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma.
• Program Waranti Tayar selama 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran servis Run Flat Tyre.
• Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW.
• Aplikasi Mudah Alih BMW Group Loyalty+ – BMW White Card.
• Servis Atas Talian oleh BMW.

Anggaran* harga jualan (atas jalan, tanpa insurans) BMW X3 yang terbaharu ialah:

Kenderaan Terbaharu BMW X3 xDrive30i – RM 320,000.00*

About BMW EfficientDynamics
BMW EfficientDynamics was coined by BMW more than a decade ago to define the company’s long term sustainable strategy to produce fuel-saving and alternative vehicle concepts through clean production processes. It is an array of technologies that are already fitted as standard across practically the whole model range. As the manufacturer with the most comprehensive programme for reducing fuel consumption and emissions, BMW EfficientDynamics are designed to enhance the performance and driving pleasure of the vehicles at the same time. In 2007, BMW was awarded a “Green Steering Wheel” for outstanding environmental innovation for its BMW EfficientDynamics technology.

The BMW Group
With its four brands BMW, MINI, Rolls-Royce and BMW Motorrad, the BMW Group is the world’s leading premium manufacturer of automobiles and motorcycles and also provides premium financial and mobility services. The BMW Group production network comprises 31 production and assembly facilities in 14 countries; the company has a global sales network in more than 140 countries.

In 2017, the BMW Group sold over 2,463,500 passenger vehicles and more than 164,000 motorcycles worldwide. The profit before tax in the financial year 2016 was approximately € 9.67 billion on revenues amounting to € 94.16 billion. As of 31 December 2016, the BMW Group had a workforce of 124,729 employees.

The success of the BMW Group has always been based on long-term thinking and responsible action. The company has therefore established ecological and social sustainability throughout the value chain, comprehensive product responsibility and a clear commitment to conserving resources as an integral part of its strategy.

Website: www.bmwgroup.com
Facebook: http://www.facebook.com/BMWGroup
Twitter: http://twitter.com/BMWGroup
YouTube: http://www.youtube.com/BMWGroupview
Google+: http://googleplus.bmwgroup.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kolaborasi Celcom & Edotco Untuk Jadi Peneraju Industri

Kenyataan Tak Berasas Mengenai Isu Politik, Wardina Dikecam Hebat