Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)











[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






BMW Umumkan Pemenang BMW Shorties 2008

BMW mengumumkan Pemenang BMW Shorties 2008
Hadiah Utama bernilai RM75K dalam bentuk bantuan produksi dianugerahkan kepada artis bebas.

BMW Shorties 2008 selesai malam semalam (15 Mei 2008) dengan majlis gilang gemilang untuk mengumumkan pemenang Anugerah Utama yang juga penerima hadiah bernilai RM75,000, Anugerah Penghargaan, Anugerah Lakonan Terbaik dan Anugerah Pilihan Ramai.

Budiey ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang!

Penyertaan yang dinobatkan sebagai pemenang pada tahun ini jatuh kepada filem For the Love of Drowning, sebuah filem sepanjang sembilan-minit 52-saat yang dihasilkan oleh artis bebas berusia 29 tahun, Nizam Mohammed Esa. Kisah cinta dan perhubungan yang seolah-olah benar ini telah dipilih sebagai pemenang dari sejumlah 62 penyertaan yang diterima.

Tahniah Nazim!

Nazim bakal menerima bantuan produksi bernilai RM75,000 dan juga bimbingan dan tunjuk ajar dari para pengadil untuk pembikinan sebuah lagi filem pendek secara professional dan filem tersebut diketengahkan di pesta antarabangsa melalui rangkaian global Kumpulan BMW. Hadiah utama ini telah ditambahkan nilainya dari RM50,000 pada tahun lepas.

Sementara itu, pensyarah bahasa Inggeris Mahaletchumi Tayamany dan pelajar perfileman Edmund Yeo menerima Anugerah Penghargaan bagi penyertaan mereka bertajuk Sing in the Rain dan Chicken Rice Mystery.

Mahaletchumi Tayamany

Terdapat juga satu kejutan bila mana, Pengurus Ehwal Korporat BMW Malaysia, Vijayaratnam Tharumartnam mengumumkan bahawa pemenang Anugerah Penghargaan akan turut menerima hadiah berupa lawatan untuk menghadiri Pesta Perfileman Antarabangsa Rome pada bulan Oktober.  Kedua-dua penerima anugerah akan dapat menghadiri majlis terpilih yang ditaja oleh BMW di pesta tersebut. 

Vijayaratnam Tharumartnam

Anugerah Pilihan Ramai telah dimenangi oleh Moe Izwan Kamal melalui filem Goat, sebuah filem sepanjang enam-minit 20-saat yang mengisahkan bagaimana dunia persekitaran dilihat dari kaca mata seorang kanak-kanak berusia lima tahun.  Filem ini menerima jumlah undian tertinggi dari pengundi online. (Assuming Goat maintains its lead margin until 14 May)

Kategori anugerah terbaru iaitu Anugerah Lakonan Terbaik dimenangi oleh pelakon Kimmy Kiew melalui watak beliau sebagai seorang ibu yang diselubungi oleh perasaan bersalah di dalam filem Chicken Rice Mystery.  Kiew yang juga merupakan pelakon teater veteran, pernah berlakon di dalam beberapa filem produksi tempatan.

Dianjurkan di SENI Mont’ Kiara, majlis gilang gemilang ini dihadiri oleh peserta BMW Shorties 2008, selebriti dan professional di dalam industri ini.

“Kami sekali lagi telah membuktikan bahawa terdapat banyak lagi bakat terpendam di dalam bidang perfileman asli di Malaysia.  Apa yang telah dilaksanakan oleh program BMW Shorties ialah memberikan landasan yang kukuh bagi pembuat filem yang berbakat.  Kami amat yakin bahawa pemenang anugerah tahun ini, termasuk juga 10 peserta finalis dan kesemua 62 peserta yang ada, akan menyumbangkan kepada pembangunan dunia perfileman peribadi di Malaysia,” kata Tharumartnam.

Para pemenang dan finalis, melalui penterjemahan mereka yang pelbagai di dalam mengupas tema tahun ini iaitu “H2O”, telah dipilih selepas perdebatan hangat selama dua hari oleh para pengadil terkenal iaitu pemenang anugerah dan pembuat filem Filipina, Raymond Red, pelakon Ida Nerina, pembikin filem peribadi Tan Chui Mui dan pemenang Anugerah BMW Shorties tahun lepas, Abdullah Zahir bin Omar.

“Proses pengadilan bukan semudah melaksanakan proses penyingkiran dan pemilihan; ianya dilaksanakan melalui penilaian rangkuman pandangan yang mendalam dan dinamik yang diterima dari rakan professional di dalam industri ini.  Diakhir kesemuanya, kami mendapat pengajaran yang amat bermanfaat dari sesama sendiri,” kata Red, yang mempengerusikan panel pengadil tersebut.

“Saya rasa bahawa BMW Shorties merupakan perkara terbaik yang berlaku kepada industri ini semenjak sekian lama.  Landasan yang kukuh seperti ini amat penting kerana ianya memberikan peluang dan dorongan bagi seseorang individu untuk tampil kehadapan dan mempamerkan jiwa mereka melalui sebuah kisah.  Inilah perkara yang amat saya kagumi mengenai pertandingan ini,” kata Nerina.

 

Abdullah Zahir turut berkongsi pendapat beliau di mana kejayaannya memenangi pertandingan BMW Shorties yang pertama telah membantu kerjaya professionalnya.  Teddy & I, filem yang dihasilkan melalui hadiah wang kemenangan yang diterimanya, telah mendapat sambutan yang mengalakkan dan akan ditayangkan di Pesta Filem Rotterdam pada tahun hadapan.

“BMW Shorties telah membuka peluang kepada saya.  Di dalam tempoh hanya satu tahun, saya telah mengalami pengalaman yang amat bermakna dan bermanfaat di dalam kerjaya saya.  Saya amat yakin bahawa pemenang tahun ini akan turut mengalami pengalaman yang sama,’ kata Zahir.

Melengkapkan senarai finalis BMW Shorties 2008 ialah penyertaan dari Teresa Choong (F.L.O.W), Lim Kean Sang (Dissolve), Wan Muh Hun (Cold Water), Lee Eng Keong (Going Home), Shanjey Kumar Perumal (Broken Bangles) dan Law Gwo Yunn (7 square).

Senarai 10 finalis BMW Shorties 2008 boleh di perolehi di laman web www.bmwshorties.com.my.

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Tahniah Buat Penulis Blog Terkemuka Tok Rimau!
  • Portal Cars, Bikes & Trucks Launching
  • Senarai Pemenang Peraduan Menangi Tiket Wayang Filem Kuntilanak 3
  • Senarai Pemenang Peraduan Konsert Tour Search Di Awan Biru
  • Pemenang Cabaran Media Twisties Bingit Hot FM Rockstar Band Profile
  • BUDIEY SANA SINI: INDIANA JONES, STIRRING ODISSI, MEDIA TEA PARTY
  • Pemenang Peraduan Mari Menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin
  • SENARAI PEMENANG PERADUAN EURO 2008 SORAKAN EMOSI
  • Senarai Nama Pemenang Peraduan Hari Kekasih Bersama Imran Ajmain
  • Keputusan Pemenang Peraduan Jom Menonton Filem Eden Lake



  • Satu Komen untuk entri “BMW Umumkan Pemenang BMW Shorties 2008”

    1. Edmund Yeo kata:

      Thanks for the coverage!

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!