in

BMW Motorrad Malaysia Menyemarakkan BMW Motorrad Nightfuel 2018

BMW Motorrad Malaysia Menyemarakkan BMW Motorrad Nightfuel 2018 dengan Persembahan Muzik, Makanan, dan Permainan.

BMW Motorrad Malaysia bakal menyambut Making Life a Ride bersempena BMW Motorrad Nightfuel ke-4 pada hari Sabtu, 7 April ini di Putrajaya Recreational Airport. Acara dipenuhi muzik, hiburan, dan makanan ini merupakan acara pertemuan terbesar bagi peminat-peminat motosikal premium dari seluruh pelusuk negara.

2018 Nightfuel logo final

Peminat yang hadir akan diberikan pratonton eksklusif rangkaian BMW Motorrad Spezial iaitu rangkaian istimewa yang mempunyai seleksi pengubahsuaian untuk jentera BMW R 1200 RT yang menawarkan sentuhan peribadi dengan kualiti terbaik. Rangkaian ini merangkumi warna-warna ekslusif Spezial dan aksesori tambahan berkualiti tinggi di mana kesemuanya boleh dipadankan dengan penampilan menyeluruh BMW R 1200 RT tersebut.

Untuk memeriahkan lagi malam istimewa ini, pelbagai aktiviti akan diadakan untuk penunggang motosikal dan mereka yang menggemari BMW Motorrad. Rangkaian aksesori penunggangan BMW Motorrad terbaharu akan turut dipamerkan di samping hidangan makanan yang lazat ketika acara tersebut berlangsung yang akan disertakan dengan alunan muzik tempatan melalui persembahan daripada kugiran muzik, 9 Lives. Para hadirin juga berpeluang mencuba nasib melalui beberapa sesi cabutan bertuah yang diatur, ‘Win with BMW Motorrad’.

Butiran acara:
Tarikh : 7 April 2018, Sabtu
Waktu : Dari 7:00 Petang hingga 11:30 Malam
Tempat : Putrajaya Recreational Airport (Airfield)
Jalan P6, Presint 6, 62200 Putrajaya.

Untuk maklumat lanjut mengenai BMW Motorrad Nightfuel 2018, layari laman Facebook BMW Motorrad 2018.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HBO ASIA Bawakan Pengalaman Realiti Maya WESTWORLD di Malaysia

Dapatkan Pas Musim GC2018 Raikan Atlet Negara di Sukan Komanwel