in ,

Betul Ke Maya Karin Kini Sedang Bercinta?

[dropcap]P[/dropcap]elakon dan penyanyi terkenal, Maya Karin mengakui yang dia sekarang ini sedang mengenali hati budi seorang lelaki namun menjelaskan hubungan itu masih pada peringkat awal. Maya kata, sudah tiba masanya untuk dia membuka hati bagi menerima satu hubungan baru selepas gagal dalam rumah tangga bersama jejaka Inggeris iaitu Muhammad Ali atau nama sebenarnya Steven David Shorthose pada tahun 2010.

[pullquote align=”right”]”Ya, saya sedang mengenali hati budi seseorang yang saya sudah kenal lama tetapi hubungan ini masih pada peringkat awal. Sudah tiba masanya saya membuka hati namun biarlah hubungan ini berkembang secara perlahan-lahan.”[/pullquote]

Maya buat pengakuan semasa ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Bintang Syurga anjuran syarikat rakaman Warner Music Malaysia di Hotel Palace of The Golden Horses pada petang kelmarin. Lagu berjudul Bintang Syurga ciptaan Audi Mok dan Omar K itu bakal dimuatkan dalam albumnya bersama syarikat rakaman itu yang akan dipasarkan pada penghujung tahun ini.

Sementara itu, Maya enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai lelaki tersebut kerana masih belum bersedia berbuat demikian. Sebelum ini, Maya pernah dikaitkan dengan pelakon Remy Ishak dan lelaki misteri itu yang sekarang dikatakan bersahabat dengan Maya itu turut terlibat dalam industri hiburan. Agak-agak, siapa la ya? Okay, klunya, lelaki itu sukakan aktiviti lasak dan kelakar.

“Apa yang boleh saya kongsi buat masa ini adalah dia terlibat dalam dunia seni juga selain seorang yang bijak.”

Dalam pada itu, Maya berkata, kerjasamanya dengan Warner Music bukan sahaja untuk menerbitkan album tetapi menyerahkan kepada syarikat itu bagi menguruskan kerjaya seninya. Jelas Maya, kesibukan dan jadual yang terlalu padat membuatkan dia mengambi keputusan tersebut agar perjalanan kariernya lancar.

“Saya tidak mampu untuk menguruskan kerjaya dengan hanya bantuan dua orang pembantu dan memerlukan syarikat pengurusan supaya pihak ketiga yang ingin berurusan dengan saya tidak tertunggu-tunggu jawapan daripada saya. Dengan adanya Warner Music yang mewakili saya ia akan lebih lancar dan menerusi perbincangan pihak pengurusan juga telah mengaturkan pelbagai strategi untuk mengukuhkan lagi nama saya dalam industri.”

Maya juga tidak menolak keputusannya itu berkait rapat dalam usaha memberikan lebih banyak ruang dan masa kepada kehidupan peribadinya. Dalam perkembangan sama, Maya berkata, dia mengikat kontrak untuk tiga buah album penuh bersama syarikat rakaman itu dan berharap karier muziknya dapat bergerak lancar selepas ini.

“Muzik dan nyanyian adalah cinta pertama saya dan saya yakin dengan strategi pihak syarikat rakaman agar dapat merancakkan kembali nama saya dalam bidang itu,” katanya. Sumber: Mstar Online

Apa-apa pun, Budiey doakan semoga Maya Karin bahagia bersama ‘bintang syurga’nya itu dan semoga hubungan ini membawa ke jinjang pelamin.

Gambar Maya Karin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penampilan Khas Anuar Zain Dalam Teater Nyonya & The Gang

Titisan Darah Pahlawan Lakonan Adam Shah