in ,

Bapa Dira Abu Zahar Selamat Dikebumikan

Jenazah ayah kepada pelakon dan pengacara, Dira Abu Zahar yang juga bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Abu Zahar Ithnin selamat dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Al-Azim di sini, Sabtu pagi.

dira abu zahar

[dropcap]J[/dropcap]enazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Merlimau Pasir, Jasin dan disolatkan di masjid berkenaan sebelum dikebumikan pada 11.30 pagi.

Antara yang hadir bersama kira-kira 500 rakyat Melaka ialah Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan isteri Toh Puan Zurina Kassim serta Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron.

Abu Zahar, 74, meninggal dunia di kediamannya akibat komplikasi kencing manis dan buah pinggang kira-kira 6 petang semalam.

Allahyarham merupakan ketua menteri kelapan dan menjawat jawatan itu dari 23 Mei 1997 hingga 2 Dis 1999. Sementara itu, Idris berkata kerajaan negeri dengan persetujuan anggota keluarga Abu Zahar mengadakan pengebumian di Makam Pahlawan bagi menghargai jasa dan sumbangan Allahyarham terhadap negeri Melaka.

Beliau berkata Allahyarham dikenali sebagai seorang yang mudah mesra, suka berjenaka namun tegas dalam menunaikan tanggungjawab.

“Ketika menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Allahyarham pernah membawa sarung tinju untuk dihadiahkan kepada wakil kerajaan atau pembangkang sekiranya mereka bergaduh.”

Anak Allahyarham yang juga pelakon terkenal, Khaidhirah, 29, berkata beliau reda dengan pemergian ayahnya pada bulan Ramadan.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Dira berkata ayahnya dimasukkan ke Hospital Gleneagles Kuala Lumpur kira-kira sebulan lalu sebelum dipindahkan ke Hospital Melaka pada 8 Julai.

Kata anak bongsu daripada enam beradik itu arwah bapanya kemudian dibawa pulang ke rumah pada Khamis lepas sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisi anggota keluarga petang semalam.

Dira-Abu-Zahar-new

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Menangi Trip Ke Jerman Dengan Think Blue. – National Challenge 2013

Pelakon Izreen Azminda Selamat Bersalin Bayi Lelaki