in ,

Band Hujan Lancar Album Lonely Soldier Boy

Sejak ditubuhkan dalam tahun 2005, band Hujan dianggap sebagai sifu atau mentor kepada grup indie yang lain. Ini kerana Hujan boleh dikira antara yang paling popular di Malaysia buat masa ini.

Hujan merupakan satu-satunya band di Malaysia yang mempunyai 8 single dalam satu tahun. Hujan juga telah mengumpulkan lebih dari 100 ribu pengikut di mana sesawang Myspace dan persembahan mereka di Youtube telah dilayari lebih dari 2 juta pengunjung. Pencapaian Hujan di AIM juga telah menjulang 2 trofi untuk kategori Album Rock Terbaik dan Lagu Rock Terbaik untuk lagu Bila Aku Sudah Tiada.

hujan launching

Semalam, tepat jam 5 petang, Hujan telah mencatat sejarah manis apabila melancarkan album terbaru mereka yang ketiga berjudul Lonely Soldier Boy. Majlis santai yang diadakan secara kerjasama dengan Warner Music Malaysia dan Radio Era ini dibuat secara terbuka di Boulevard, (pintu depan) Berjaya Times Square, Jalan Imbi. Tidak ketinggalan juga disaksikan oleh peminat setia Hujan dan para media yang dijemput khas.

Hujan kini dianggotai oleh 3 orang ahli iaitu Noh Hujan selaku vokalis dan pemain gitar, izzat uzaini – bassist (sessionist) dan Hang Dimas selaku pemain keyboard.

Sejurus selepas majlis pelancaran diadakan, showcase Hujan pula diadakan dilokasi yang sama. Namun, peminat tegar Hujan yang menamakan diri mereka Raingers ini telah berkumpul dan menanti showcase ini seawal jam 4 petang lagi.

Kalau album kedua sebelum ini, Mencari Konklusi ada 7 buah lagu, Lonely Soldier Boy pula menghadiahkan 14 buah lagu kepada semua peminatnya.

Untuk album terbaru ini, Hujan masih mengekalkan ciri-ciri muzik alternatif biarpun mereka cuba bereksperimentasi dengan sesuatu yang baru.

Lagu-lagu yang pasti menambat hati ialah Lonely Soldier Boy, Kotak Hati, Bagaikan Matahari, Inspektor Remos, Kita Tak Peduli, Bahgia, Kasihan, Kotak Hati, Walaupun Jauh, Jangan Kejutkan dia, Hampir, Sentiasa Ada, Aku Yang Asing dan Di Kala Bulan Bermain Biola.

Dalam album ini juga, Hujan mempertaruhkan lagu Muda yang sudah pun boleh dimuatturun secara digital.

Ironinya, kesemua lagu-lagu ini diperolehi dari demo yang telah dimuatturunkan di internet. Namun, peminat masih boleh menikmati album ini kerana terdapat 10 buah lagu lagi yang masih baru dan belum pernah dimainkan di mana-mana.

Album Lonely Soldier Boy telah pun berada di pasaran pada 25 November 2010.

hujan launching

Dihoskan oleh 3 orang penyampai baru Era FM

hujan launching

Peminat setia Hujan aka Raingers

hujan launching

Setia menanti walaupun terpaksa dibasahi hujan

hujan launching

Sidang media berlanjutan secara eksklusif pula diadakan di Starbuck Cafe.

hujan band

Noh Hujan sebagai vokalis dan bermain gitar

hujan band

izzat uzaini – bassist (sessionist)

hujan band

Hang Dimas selaku pemain keyboard dan synth

hujan launching

hujan launching

hujan band

hujan band

hujan band

hujan band

hujan band

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tomok Lancar Album Solo Pertama

STUART LITTLE 3 Call of The Wild di TV2